News & Events

13 Dec 2011

Perodua anjur majlis berkhatan beramai-ramai

Rawang 13 Dis: Badan Agama Islam Perodua (BAIP) telah menganjurkan satu majlis berkhatan beramai-ramai untuk 50 kanak-kanak yang mendiami di sekitar Kampung Sg Choh dekat sini bersempena dengan cuti sekolah akhir tahun.

Kanak-kanak yang berumur 6 tahun sehingga 12 tahun terdiri daripada anak-anak kakitangan Perodua dan juga pelajar-pelajar daripada beberapa sekolah di Sg Choh.

Pengerusi BAIP Tuan Haji Noor Hashiman Sulaiman telah merasmikan majlis berkhatan anjuran bersama Masjid Nurul Islamiah Sg Choh dan Hospital Selayang pada 11 Dis.

“Ini adalah kali pertama, BAIP menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai. Insyallah Perodua melalui BAIP akan menganjurkan lebih banyak lagi majlis-majlis kemasyarakatan seperti ini pada masa hadapan,” kata Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh.

Perodua menaja RM80 daripada RM150 caj berkhatan bagi setiap orang kanak-kanak. Satu majlis Aqiqah telah diadakan pada 10 Dis di mana seekor lembu, tajaan 7 kakitangan Perodua, telah disembelih. Perodua juga turut menyumbangkan RM3,000 untuk majlis tersebut.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh bersama Pengerusi BAIP, Tuan Hj Noor Hashiman Sulaiman menyiram air kepada kanak-kanak yang bakal berkhatan.