Notis Privasi




Pelanggan kami yang dihargai,

Data peribadi anda dilindungi!


Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai "PDPA") yang mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial, turut merangkumi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (054795-V) dan syarikat-syarikat berkaitan dengannya (selepas ini disebut sebagai "Perodua", "kami", atau "kita"). Dalam notis bertulis ini, terma-terma "data peribadi" dan "pemprosesan" mempunyai maksud seperti yang ditakrif oleh PDPA tersebut.

 

  1. Notis bertulis ini berfungsi bagi memaklumkan anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak Perodua.
  2. Data peribadi yang diproses oleh kami termasuk nama*, nombor kad pengenalan*, butiran kenalan*, alamat e-mel*, nombor telefon*, nombor fax*, bangsa*, jantina*, tarikh lahir* dan butir-butir keluarga anda*.
  3. Kami sedang memproses data peribadi anda, termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian, bagi tujuan- tujuan berikut ("Tujuan-Tujuan"):
    1. untuk berkomunikasi dengan anda
    2. memberi perkhidmatan kepada anda
    3. untuk memproses transaksi anda
    4. untuk membalas pertanyaan anda
    5. untuk memproses pembayaran insentif bagi cawangan dan pengedar kereta Perodua
    6. untuk menguruskan penyertaan anda dalam pertandingan
    7. untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dalaman
    8. untuk tujuan kaji selidik pasaran, kaji selidik berkenaan kepuasan pelanggan dan analisis berkenaan trend
    9. untuk tujuan proses eksais di Jabatan Kastam Diraja
    10. untuk memberitahu anda tentang aktiviti Kelab Ahli Perodua (Perodua Circle)
    11. bagi proses pendaftaran kenderaan
    12. untuk berkongsi dengan agensi penyelidikan yang disahkan bagi tujuan aktiviti kaji selidik
    13. untuk mempromosi dan memberikan anda maklumat berkenaan dengan produk dan servis Perodua, syarikat-syarikat kumpulan Perodua dan / atau rakan kongsi perniagaan Perodua melainkan anda sebaliknya menunjukkan bahawa anda tidak berminat untuk Perodua memproses data peribadi anda untuk tujuan tersebut.
    14. lain-lain aktiviti perniagaan sah Perodua
  4. Data peribadi anda akan/telah dikumpulkan daripada maklumat yang anda akan/telah berikan kepada kami.
  5. Anda boleh mengakses dan meminta untuk membuat pembetulan terhadap data peribadi anda dan untuk menghubungi kami dari Isnin hingga Jumaat (9.00 pg - 5.00 ptg, kecuali cuti umum) jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda seperti berikut:

     

    Jawatan Orang yang Dihubungi: Eksekutif, Sales Planning Eksekutif, After Sales Planning & Admin
    No. Telefon: 03-6092 8888 ext : 5135 / 3077 03-6733 8888 ext : 5159 / 5419
    No. Faks: 03-6733 0504 03-6733 0303
    Alamat Surat Menyurat: Perodua Sales Sdn Bhd
    Sales Division, Level 2
    Sungai Choh, Locked Bag 226,
    48009 Rawang,
    Selangor Darul Ehsan
    Perodua Sales Sdn Bhd
    Sungai Choh, Locked Bag 226,
    48009 Rawang,
    Selangor Darul Ehsan
    Alamat E-mail:: salesplanning@perodua.com.my pdpaservice@perodua.com.my

     

    Selaras dengan PDPA:
    1. Kami mungkin mengenakan bayaran untuk memproses permintaan anda untuk mengakses atau membuat pembetulan; dan
    2. Kami boleh untuk enggan mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau membuat pembetulan kepada data peribadi anda.
  6. Data peribadi anda mungkin dizahirkan kepada syarikat induk kami, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat berkaitan dan/atau sekutu, pemegang lesen, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat bagi mana-mana Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas atau apa-apa tujuan yang baginya data peribadi anda hendak dizahirkan pada masa pengumpulannya atau apa-apa tujuan lain yang berhubungan secara langsung dengan mana-mana Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas.
  7. Adalah wajib anda memberikan kami data peribadi yang ditandakan dengan asterisk dalam perenggan 2 di atas.
  8. Sekiranya anda gagal untuk memberikan kami data peribadi yang dinyatakan di atas, kami tidak dapat memproses data peribadi anda bagi mana-mana Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas.
  9. Data peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia.
  10. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tetap, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
  11. Jika anda memberi data atau maklumat peribadi orang lain kepada kami, anda hendaklah memastikan terlebih dahulu bahawa orang tersebut telah melantik anda untuk mewakilinya, membenarkan untuk memproses data peribadinya dan untuk menerima sebarang notis perlindungan data bagi pihaknya.
  12. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.

Bahawasanya anda dengan ini bersetuju telah menerima, memahami butir-butir notis ini dan mengizinkan Perodua untuk memproses data peribadi anda bagi Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas jika Perodua tidak menerima sebarang jawapan balas secara bertulis daripada anda yang menyatakan sebaliknya berkaitan notis ini dalam masa empat belas (14) hari bekerja dari tarikh notifikasi kami melalui mesej teks.