Perodua-MOE Badminton Talent Development programme attracts 2,800 students nationwide

01 Oct 2018

 

 

Rawang, 1 Oct: Some 2,800 primary school students nationwide took part in the inaugural Badminton Talent Development Programme (BTDP) this year, which will see 128 students compete at the national finals in three weeks’ time.

Jointly launched in February by Perodua and the Malaysian Ministry of Education (MOE), the BTDP is a five-year nationwide human capital development programme that aims to find and cultivate future Malaysian badminton talents amongst school children aged between 9 and 11.

“Having completed competitions within each of the 70 identified Badminton Development Centres in July and between districts in August, the tournaments at state/federal territory level are now almost complete,” said Perodua Auto Corporation Vice-President Dato’ Zainal Abidin Ahmad, who also heads the BTDP committee for Perodua.

“As of today, 14 of the 16 state/federal territory tournaments have concluded, and we welcome the public to visit the remaining competitions and show their support for our talented young ones,” he added.

 The remaining state/federal territory competitions are Johor (5-6 Oct at Gelanggang Persatuan Badminton Johor, Johor Bahru) and Sarawak (6-7 Oct at Dewan SMK Tinggi Sarikei).

“I have to say I am generally impressed by the children’s capabilities and standard of play, given that many of them have never played badminton before.

“Perodua is proud to join forces with the MOE in not only introducing them to the sport, but growing their interest in it and unearthing talent they never knew they had,” Dato’ Zainal added.

According to En Maszuhairi Shafi’i, proud father of 9-year old student at SK Putrajaya Presint 14 (1) Muhammad Fayyard Darwisy, the BTDP has brought considerable benefits to his son.

“Fayyard had never played badminton before and wasn’t very keen at the beginning. As training progressed he became more and more interested, and I am glad that he’s embraced the sport. The coaches have done a great job.

“Children are becoming more and more glued to digital screens these days. This initiative by Perodua and the MOE encourages them to take part in an active, healthy and sporting activity, and I think that’s very good,” said En Maszuhairi.

“It is our earnest hope that the children will build upon what they have gained here and continue taking their badminton skills to the next level and beyond, so they can hopefully one day bear the Jalur Gemilang in regional and international competitions,” said Dato’ Zainal.

The tournaments are played in eight categories– under-9 singles, under-10 singles, under-11 singles and under-11 doubles, with each divided into boys and girls.

The eight winners from each of the 16 states/federal territories (128 in all) will duke it out at the national finals from 18 to 21 October at the EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Program Pembangunan Bakat Badminton Perodua-KPM tarik 2,800 pelajar di seluruh negara

Rawang, 1 Okt: Seramai 2,800 pelajar sekolah rendah di seluruh negara telah mengambil bahagian di dalam Program Pembangunan Bakat Badminton (BTDP) yang pertama kali diadakan pada tahun ini, akan menyaksikan 128 pelajar bersaing di peringkat kebangsaan dalam masa tiga minggu lagi.

Dilancarkan bersama pada bulan Februari lalu oleh Perodua dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), BTDP adalah program pembangunan modal insan di seluruh negara selama lima tahun bertujuan untuk mencari bakat badminton Malaysia masa hadapan di kalangan kanak-kanak sekolah berumur antara 9 dan 11 tahun.

"Setelah melaksanakan pertandingan ini di setiap 70 Pusat Pembangunan Badminton yang dikenalpasti pada bulan Julai dan di antara daerah pada bulan Ogos, pertandingan di peringkat negeri/wilayah persekutuan pula kini hampir ke penghujungnya," kata Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Dato' Zainal Abidin Ahmad, yang juga mengetuai jawatankuasa BTDP untuk Perodua.

"Sehingga hari ini, 14 daripada 16 pertandingan di peringkat negeri/wilayah persekutuan telahpun selesai, dan kami amat mengalu-alukan orang ramai untuk hadir ke 2 lagi pertandingan yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini serta tunjukkan sokongan mereka kepada golongan muda yang berbakat ini," katanya.

 Pertandingan peringkat negeri/wilayah persekutuan yang akan berlangsung pada awal bulan ini adalah di  Johor (5-6hb Okt di Gelanggang Persatuan Badminton Johor, Johor Bahru) dan Sarawak (6-7hb Okt di Dewan SMK Tinggi Sarikei).

“Saya amat kagum dengan keupayaan dan prestasi anak-anak ini secara keseluruhan, walaupun kebanyakan daripada mereka tidak pernah bermain badminton sebelum ini.

"Perodua amat berbangga dengan gabungan usahasama bersama KPM kerana program ini bukan sahaja memperkenalkan kanak-kanak ini kepada sukan badminton, tetapi dapat memupuk minat mereka serta menonjolkan bakat yang tidak diketahui mereka sebelum ini," kata Dato' Zainal.

Menurut En Maszuhairi Shafi'i, bapa kepada pelajar berusia 9 tahun di SK Putrajaya Presint 14 (1) Muhammad Fayyard Darwisy, BTDP telah membawa banyak manfaat kepada anaknya.

"Fayyard tidak pernah bermain badminton sebelum ini dan tidak berminat sangat pada awalnya. Namun, semasa sesi latihan lanjutan dia mula berminat dan saya gembira kerana dia menyukai sukan ini. Para jurulatih telah melakukan tugas mereka dengan baik.

"Kanak-kanak masa kini semakin banyak terpaku pada skrin digital. Oleh itu, inisiatif oleh Perodua dan KPM ini sedikit sebanyak dapat menggalakkan mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sukan yang aktif dan sihat, dan saya rasa itu adalah sangat baik," kata En Maszuhairi.

“Kami berharap agar anak-anak ini mendapat manfaat daripada apa yang mereka telah perolehi di sini dan meneruskan kemahiran badminton mereka ke peringkat seterusnya supaya suatu hari nanti mereka dapat mengibarkan Jalur Gemilang di  pertandingan peringkat serantau dan antarabangsa," kata Dato' Zainal lagi. 

Kejohanan ini berlangsung di dalam lapan kategori iaitu perseorangan bawah 9 tahun, perseorangan bawah 10 tahun, perseorangan bawah 11 tahun dan beregu bawah 11 tahun, dengan masing-masing dibahagikan kepada lelaki dan perempuan.

Setiap lapan pemenang dari 16 negeri/wilayah persekutuan (128 pelajarkesemuanya) akan berentap di peringkat kebangsaan bermula dari 18 hingga 21 Oktober di Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri, Johor.