10 young talents soar to the top in Badminton Talent Development Programme

21 Oct 2018

Johor Bahru, 21 Oct: The Badminton Talent Development Programme (BTDP), a five-year collaboration between Perodua and the Malaysian Ministry of Education (MOE), has wrapped up its first year with the conclusion of its national finals at EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri today.

Hard-fought from 18-21 October amongst 128 finalists from primary schools across the country, the national finals led to singles champions Lim Jun Lee (Pahang) and Wong Au Mel (Kuala Lumpur) for under-9, Lim Boon Le (Pahang) and Saidatul Saadiah Muhammad (Sabah) for under-10, and Loh Ziheng (Kedah) and Shaneesa Shahidi (Melaka) for under-11, for boys and girls respectively.

Doubles, which were solely contested by under-11s throughout, were won by Kee Is Qian and Loh Ziheng (Kedah) for boys, and Dania Avriel Alviera Azif and Dania Sofea (Johor) for girls.

“The BTDP was jointly launched with Perodua in February to find and develop badminton talents amongst primary school children, in the hope that they would one day represent the nation in a sport that is so irrevocably close to the hearts of Malaysians.

“Now, 2,800 children, 140 coaches, 70 badminton development centres, four tournament stages and eight months later, we have 10 young national champions we can all be proud of,” Education Minister YB Dr Maszlee Malik said.

    

 

 

 

 

 

Attending the closing and prize-giving ceremony on his behalf was MOE Sports Director Dr Mehander Singh Nahar Singh. Also present were Perodua President and Chief Executive Officer Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, Perodua management and representatives from Daihatsu Motor Company of Japan.

“As a proudly Malaysian company with the slogan Building Cars People First, Perodua is always eager to be involved in activities and initiatives that benefit and make a difference to the rakyat,” said Datuk (Dr) Aminar.

“When I saw that many of these children were not from well-to-do families and had never even touched a badminton racquet prior to this, but now are highly competent amongst their peers, I knew we had a great partner in the MOE to potentially change the lives of these children.

“They have been given the chance to represent their schools, districts and states, and it is our hope that they will go on to proudly bear the Jalur Gemilang at regional and international competitions,” he added.

“The BTDP is a holistic educational endeavour. Besides promoting an active and healthy lifestyle, participants develop camaraderie, sportsmanship, respect and a competitive spirit throughout the programme. Said values cannot always be acquired in the classroom,” said YB Dr Maszlee.

“To the 9- and 10-year olds, we hope you will join again next year. To the 11-year olds, we hope you will build upon the skills and experience gained here and take your game to the next level and beyond.

“The talent, dedication and potential I see here, and from such a young age, give me great hope for the future of Malaysian badminton, and I cannot wait to see a return to the glory days,” YB Dr Maszlee added.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

10 bakat muda ungguli Program Pembangunan Bakat Badminton KPM-Perodua

Johor Bahru, 21hb Okt: Program Pembangunan Bakat Badminton (PPBB), satu kerjasama lima tahun antara Perodua dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah menamatkan tahun pertamanya dengan perlawanan akhir peringkat kebangsaan di Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri hari ini.

Perlawanan sengit yang bermula dari 18 hingga 21 Oktober dengan penglibatan 128 atlet murid daripada sekolah rendah di seluruh negara itu, telah membawa gelaran juara perseorangan kepada Lim Jun Lee (Pahang) dan Wong Au Mel (Kuala Lumpur) untuk bawah-9, Lim Boon Le (Pahang) dan Saidatul Saadiah Muhammad (Sabah) untuk bawah-10, dan Loh Ziheng (Kedah) and Shaneesa Shahidi (Melaka) untuk bawah-11, masing-masing untuk kategori lelaki dan wanita.

Bagi kategori beregu yang hanya dipertandingkan untuk bawah-11 tahun, telah dimenangi oleh Kee Is Qian dan Loh Ziheng (Kedah) untuk kategori lelaki, dan Dania Avriel Alviera Azif dan Dania Sofea (Johor) untuk kategori wanita.

"PPBB dilancarkan bersama dengan Perodua pada bulan Februari lalu untuk mencari dan memupuk bakat badminton di kalangan anak-anak sekolah rendah, dengan harapan bahawa mereka suatu hari nanti akan mewakili negara dalam sukan yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia.

"Kini, dengan 2,800 orang atlet murid, 140 jurulatih, 70 pusat pembangunan badminton, empat peringkat kejohanan dan lapan bulan kemudian, kita telah mempunyai 10 juara muda kebangsaan yang boleh kita banggakan," kata Menteri Pendidikan YB Dr Maszlee Malik.

Beliau diwakili Pengarah Sukan KPM Dr Mehander Singh Nahar Singh di majlis penutup dan penyampaian hadiah sebentar tadi. Turut hadir adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, pihak pengurusan Perodua serta wakil-wakil daripada Daihatsu Motor Company of Japan.

"Sebagai sebuah syarikat tempatan yang mengutamakan modal insan, selaras dengan slogan Building Cars People First, Perodua sentiasa bersemangat untuk terlibat dalam aktiviti dan inisiatif seumpama ini yang memberi banyak manfaat kepada rakyat," kata Datuk (Dr) Aminar.

"Saya lihat kebanyakan kanak-kanak ini bukan datang daripada keluarga yang berada  dan mereka tidak pernah menyentuh raket badminton sebelum ini, tetapi kini mereka sangat berdaya saing di kalangan rakan sebaya. Dengan kerjasama KPM yang dihargai, kami berpotensi mengubah kehidupan kanak-kanak ini.

"Mereka telah diberi peluang untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri, dan kami berharap mereka akan terus membanggakan Jalur Gemilang di kejohanan peringkat serantau dan antarabangsa di masa hadapan," katanya.

"PPBB adalah satu usaha pendidikan holistik. Selain menggalakkan gaya hidup yang aktif dan sihat, para peserta dapat memupuk keakraban, kesukanan, saling menghormati dan semangat berdaya saing di sepanjang program in berlangsung. Nilai-nilai ini sukar diperolehi di dalam bilik darjah," kata YB Dr Maszlee.

"Kepada atlet murid yang berumur 9 dan 10 tahun, kami berharap anda akan menyertai program ini lagi pada tahun hadapan. Kepada atlet murid yang berumur 11 tahun, kami berharap anda akan membina kemahiran melalui pengalaman yang anda peroleh di sini dan membawa tahap sukan anda ke peringkat seterusnya.

"Bakat, dedikasi dan potensi yang saya lihat pada atlet murid di usia muda ini, memberi saya harapan yang besar untuk masa hadapan badminton negara, dan saya tidak sabar untuk melihat kembali era kegemilangan sukan ini," tambah YB Dr Maszlee.