Perodua brightens up Shan Children’s Home this Deepavali

19 Nov 2018

Prai, 19 Nov: As part of its three-year Corporate Responsibility commitment to Shan Children’s Home that began last Deepavali, Perodua returned to the Penang home on Friday to shower its occupants with the love, joy and hope that accompany the Festival of Lights.

In the morning while the children were out at kindergarten or school, 10 Perodua volunteers spring-cleaned and decorated the premises, and crafted a beautiful kolam (colourful powder art) at the entrance. Greeted by Perodua UFirst mascot Ken, the kids were truly surprised and overjoyed when they got home.

Perodua gave the home an industrial oven plus other baking equipment and ingredients, worth over RM5,000 in all. The carmaker had earlier this year arranged a bread-making class for the children – today’s contribution follows up on that by opening up the possibility for them to commercialise their baked goods.

 

 As a truly People First company, Perodua believes in sustainable charity; hence this long-term sustainability project with Shan Children’s Home. Having previously taught these children to bake, we now furnish them with apparatus they can use to do small-scale baking.

“We will then give them guidance on how to market their goods. This approach is two-pronged. One, we hope their takings can alleviate some of the home’s costs, if not support itself fully. Two, we want to encourage the children to develop entrepreneurial skill and thinking,” said Perodua President and Chief Executive Officer Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

“Shan Children’s Home nurtures 20 bright young children between the ages of 5 and 15. I see great potential in them all and hope they can make some money of their own through the education and equipment we have provided. Malaysia’s future leaders and entrepreneurs all have to start somewhere, and we hope it is here for them!” he added.

Perodua also gave the home a RM3,000 cash contribution and money packets to each child and houseparent. The children were then treated to afternoon tea and a fun sand art activity, with their smiles never leaving their faces. 

“At the heart of Deepavali is the triumph of light over darkness and hope over despair. We at Perodua sincerely hope we have succeeded in bringing that spirit to the lovely residents of Shan Children’s Home. We pray that they will be happy always and filled with optimism for the future,” said Datuk (Dr) Aminar.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Perodua menceriakan Rumah Kanak-Kanak Shan sempena Deepavali 

Prai, 16 Nov: Sebagai sebahagian daripada komitmen Tanggungjawab Korporatnya selama tiga tahun kepada Rumah Kanak-Kanak Shan yang bermula Deepavali lepas, Perodua kembali ke rumah kebajikan itu pada Jumaat lalu untuk berkongsi kasih sayang, keceriaan dan harapan sempena Pesta Cahaya tahun ini.

Sewaktu kanak-kanak berada di taska atau sekolah di awal pagi, 10 anggota sukarelawan Perodua bergotong-royong membersihkan dan menghiaskan kawasan rumah, di samping membuat kolam (seni serbuk berwarna) di hadapan pintu utama. Ditambah dengan kehadiran maskot Perodua UFirst Ken, anak-anak semua cukup teruja dan gembira apabila mereka pulang ke rumah.

Perodua turut menyumbang sebuah ketuhar industri serta bahan dan peralatan lain bernilai lebih RM5,000, sebagai kesinambungan kepada kelas membuat roti yang telah diaturkan oleh Perodua untuk Rumah Kanak-Kanak Shan awal tahun ini. Ini membuka peluang kepada mereka untuk mengkomersilkan bahan buatan sendiri.

“Sebagai syarikat People First, Perodua memberi perhatian kepada ikhtiar kebajikan yang mampan, seperti projek jangka masa panjang dengan Rumah Kanak-Kanak Shan ini. Anak-anak sudahpun diajar membuat roti dan kek; sekarang Perodua membekalkan mereka dengan peralatan lengkap supaya mereka boleh melakukan pembuatan berskala sederhana.

“Kami akan membimbing mereka ke arah memasarkan produk mereka, dengan harapan hasil pendapatan mampu membantu mereka menampung kos perbelanjaan mereka sedikit sebanyak. Dengan ini kami juga berharap dapat memupuk semangat dan sifat keusahawanan di kalangan anak-anak semua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

“Rumah Kanak-Kanak Shan terdiri daripada 20 orang kanak-kanak yang berusia dari 5 hingga 15 tahun. Saya lihat potensi besar di kalangan mereka dan berharap bahawa mereka mampu menjana pendapatan sendiri melalui bantuan kami. Pemimpin dan usahawan Malaysia pada masa akan datang akan terlahir dari mana-mana sahaja. Kami berharap ianya di sini untuk mereka!” tambahnya. 

Perodua juga menyumbang RM3,000 tunai kepada Rumah Kanak-Kanak Shan serta mengagihkan duit raya kepada setiap anak-anak dan penjaganya. Kanak-kanak kemudiannya menikmati minuman petang dan dihiburkan dengan aktiviti seni pasir.

“Deepavali menandakan kecerahan mengatasi kegelapan, juga harapan memenangi kekecewaan. Kami di Perodua berharap bahawa kami telah berjaya dalam membawa semangat itu kepada penghuni-penghuni Rumah Kanak-Kanak Shan yang tersayang. Kami berdoa bahawa mereka akan sentiasa dipenuhi kegembiraan dan keyakinan untuk masa hadapan,” kata Datuk (Dr) Aminar.