Perodua hints at future capabilities at KLIMS18

22 Nov 2018

“Perodua’s stand at KLIMS18 offers a glimpse into a future direction it may take to meet the ever-evolving expectations of our valued customers,” said Perodua President and Chief Executive Officer Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

“Themed Illumination, the Perodua stand is our vision of what we aspire to be; a beacon of ideas in line with the needs and wants of our future customers,” he added.

Unveiled today at Perodua Illumination was the X-Concept, a tech-laden concept vehicle geared towards future aspirations and lifestyles. Visitors are welcome to engage with Perodua’s Research and Development team to give their feedback and views, Datuk (Dr) Aminar said.

Assuming a dynamic hatchback profile, the Perodua X-Concept’s highlights include an LED-illuminated front grille and Perodua logo, low-set Y-shaped LED headlamps, dynamic pulse turn indicators and sway doors that open to reveal the absence of a B-pillar.

  

Inside, the X-Concept features a futuristic dashboard layout that incorporates a TFT instrument panel, a 12.9-inch central touch-screen and a flat-bottomed steering wheel.

“In keeping with KLIMS18’s Beyond Mobility theme, the Perodua X-Concept is much more than just a vehicle in the accepted sense. It is the manifestation of Perodua’s vision of the future, a vision where cars are lifestyle statements first, means of transport second, and bristling with connected technology.

“And we’re letting the public ‘drive’ and experience it, through the wonders of virtual reality,” Datuk (Dr) Aminar said.

Also debuting at Perodua’s KLIMS18 stand is the Myvi GT, a design exercise that explores a sportier version of the popular Myvi. The vehicle features bolder front and rear bumpers, upgraded brakes behind 17-inch sports rims, Alcantara bucket seats and a flat-bottomed steering wheel, amongst others.

Technical enthusiasts will delight at a showcase of a next-generation powertrain courtesy of Perodua’s technical partner, Daihatsu Motor Company of Japan, and finally, visitors will be treated to a sneak peek of a future Perodua offering.

“Drop by and see us – we have loads of activities lined up throughout the show, including games, digital contests, prizes and performances, so we can really get closer to our current and future customers,” said Datuk (Dr) Aminar.

KLIMS18 opens to the public from tomorrow until 2 December at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Perodua Illumination is located on Level 1.

______________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Perodua beri petunjuk keupayaan masa hadapan di KLIMS18 

Kuala Lumpur, 22hb Nov: Perodua memberi peluang kepada para pengunjung Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) untuk melihat keupayaan masa hadapannya, terutama sekali dari segi konsep reka bentuk.

“Sudut pameran KLIMS18 Perodua menawarkan satu kilasan kepada arah yang mungkin kami jejak untuk memenuhi jangkaan para pelanggan kami yang sentiasa berkembang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

"Bertemakan Illumination (pencahayaan), sudut pameran Perodua menggambarkan visi dan cita-cita kami untuk terus mencetuskan idea-idea yang sejajar dengan keperluan dan kehendak pelanggan masa hadapan kami,” katanya.

Turut diperkenalkan hari ini di Perodua Illumination adalah X-Concept, sebuah kenderaan konsep berteknologi tinggi yang menuju ke arah aspirasi dan gaya hidup masa hadapan. Para pengunjung dialu-alukan untuk berhubung dengan pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Perodua dengan memberi maklum balas dan pandangan mereka terhadap X-Concept, kata Datuk (Dr) Aminar.

Mengambil bentuk dinamik hatchback, ciri-ciri menarik Perodua X-Concept termasuk gril hadapan dan logo Perodua yang diterangi LED, lampu hadapan LED berbentuk Y, lampu isyarat membelok yang berurutan dan pintu sway yang mendedahkan ketiadaan pilar B apabila dibuka.

Pada bahagian dalaman, X-Concept mempunyai susun atur papan pemuka futuristik yang mengelilingi panel instrumen TFT, skrin sesentuh tengah 12.9 inci dan stereng flat-bottom.

“Seiring dengan tema Beyond Mobility KLIMS18, Perodua X-Concept adalah lebih daripada sekadar kenderaan. Ia merupakan manifestasi visi Perodua masa hadapan di mana kenderaan menjadi kenyataan gaya hidup dan dipenuhi dengan teknologi tersambung (connected technology).

“Kami juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk 'memandu' dan mengalami sendiri X-Concept, melalui dunia realiti maya (VR),” kata Datuk (Dr) Aminar.

Turut dipamerkan di Perodua Illumination adalah Myvi GT, satu percubaan reka bentuk yang meneroka versi Myvi yang lebih sporty. Kenderaan ini mempunyai bumper hadapan dan belakang yang tampil lebih agresif, sistem brek yang dinaik taraf serta sport rim 17 inci, kerusi bucket Alcantara dan stereng flat-bottom.

Peminat teknikal akan teruja dengan pameran powertrain generasi seterusnya yang dibangunkan oleh rakan teknikal Perodua, Daihatsu Motor Company of Japan, dan akhir sekali, para pengunjung akan diberi intipan kepada tawaran masa hadapan Perodua.

“Kunjungilah sudut pameran kami kerana kami akan menjalankan banyak aktiviti di sepanjang kelangsungan KLIMS18. Antaranya permainan interaktif, peraduan digital, hadiah-hadiah dan persembahan yang menarik supaya kami dapat lebih dekat dengan para pelanggan semasa serta masa hadapan kami,” kata Datuk (Dr) Aminar.

KLIMS18 dibuka kepada orang ramai mulai esok hingga 2 Disember di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Perodua Illumination terletak di Aras 1.