Perodua contributes 50 Myvis to Bomba, 25 higher-learning institutions

07 Dec 2018

“We are donating seven current-generation Myvis and 43 previous-generation Myvis to these organisations in the hope that they will be useful in their research, training and education,” said Perodua President and Chief Executive Officer Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh. 

He was speaking at a symbolic hand-over ceremony held at Perodua’s Sungai Choh headquarters yesterday. Bearing witness was Perodua Sales Sdn Bhd Managing Director Dato’ Dr Zahari Husin.

The said 25 HLIs comprise universities as well as vocational, technical, industrial training and youth skills institutes.

“As a People First company, Perodua has always believed in empowering youth through education, as they are Malaysia’s future leaders and future drivers of the local automotive industry.

“Some of our many educational initiatives include the Perodua Eco Challenge and the Perodua Youth Training Programme, which is our longest-running Corporate Responsibility programme, having produced over 630 graduates since 1999,” said the President and CEO. 

This year, Perodua graduated 141 candidates that it trained in collaboration with the Human Resources Ministry’s Department of Skills Development (JPK) towards receiving Malaysian Skills Certification (SKM) for technical and vocational competence.

Over 70% of them will take on roles at Perodua service and Body & Paint centres across the nation.

“With over a million units sold since its 2005 birth, the Myvi has been Malaysia’s most popular vehicle for the past 13 years. It is therefore the perfect vehicle for local research and training as it is the most accurate representation of a vehicle on Malaysian roads,” Datuk (Dr) Aminar added.

The Perodua Myvi recently won an award in the Entry-Level Segment at the 2018 Malaysia Car of the Year Awards, hosted by the Malaysia Automotive Institute (MAI).

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Perodua sumbang 50 buah Myvi kepada Bomba, 25 institusi pengajian tinggi

Rawang, 6hb Disember: Perodua akan menyumbang 50 buah Myvi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak serta 25 institusi pengajian tinggi di seluruh negara untuk kegunaan mereka dalam latihan dan penyelidikan, menjadikan ia antara penyerahan kenderaan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh syarikat tersebut. 

“Kami menyumbang tujuh buah Myvi generasi terbaharu dan 43 buah Myvi generasi sebelumnya kepada organisasi-organisasi ini dengan harapan ia dapat dimanfaatkan di dalam penyelidikan, latihan dan pembelajaran mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Datuk (Dr) Aminar menyerahkan kenderaan-kenderaan tersebut secara simbolik kepada wakil-wakil organisasi masing-masing dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin, di satu majlis yang diadakan di ibu pejabat Perodua di Sungai Choh semalam.

25 institusi pendidikan tinggi tersebut merangkumi universiti serta institusi vokasional, teknikal, latihan industri dan kemahiran belia.

“Sebagai syarikat People First, Perodua gigih memperkasakan golongan belia melalui pendidikan, kerana merekalah bakal pemimpin Malaysia dan peneraju masa hadapan industri automotif tempatan. 

“Inisiatif-inisiatif pendidikan kami termasuk Perodua Eco Challenge dan Perodua Youth Training Programme (PYTP). PYTP merupakan program Tanggungjawab Korporat yang paling lama telah kami laksanakan, menghasilkan lebih 630 graduan sejak 1999,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Awal tahun ini, Perodua telah mengadakan majlis konvokesyen untuk 141 belia yang dilatih dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, melayakkan mereka untuk menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan kecekapan teknikal and vokasional.

Lebih 70% daripada mereka akan berkhidmat di pusat servis dan fasiliti Badan & Cat (Body & Paint)  Perodua di seluruh negara.

“Dengan lebih sejuta unit dijual sejak kelahirannya pada tahun 2005, Myvi merupakan model kenderaan terlaris di Malaysia selama 13 tahun berturut-turut.

“Justeru itu, Myvi sangat sesuai untuk tujuan penyelidikan dan latihan tempatan kerana ia adalah model yang paling dekat mewakili kenderaan di Malaysia,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Baru-baru ini, Perodua Myvi telah memenangi segmen Aras Mula (Entry-Level) di Anugerah Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2018, anjuran Malaysia Automotive Institute (MAI).