Perodua appoints new Chief as Aminar completes his term

13 Dec 2018

 Under Datuk (Dr) Aminar’s leadership, Perodua not only expanded its market share from 31.2% in 2010 to above 37% as of year-to-date 2018, but also started the much-needed transformation initiative within the Perodua Group.

After-sales improved significantly, as well as cost efficiency, quality and delivery. Most importantly, Perodua embarked on a RM1.3 billion investment to build Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, Malaysia’s first Energy-Efficient Vehicle (EEV) plant as certified by the Ministry of International Trade and Industry.

“The Perodua Board of Directors wishes to thank Datuk (Dr) Aminar for his contributions to Perodua and to the Malaysian automotive industry as a whole,” Perodua Chairman Tan Sri Asmat Kamaludin said.

Datuk (Dr) Aminar is to be succeeded by Dato’ Zainal Abidin Ahmad, previously Vice-President of Perodua Auto Corporation Sdn Bhd. He is expected to further efforts to work on improvements in efficiency and competitiveness, with the aim of expanding Perodua’s export business.

 

“To this end, the Perodua Board of Directors looks to Dato’ Zainal to lead the charge as he has the capability in managing Perodua as well as its vendors, suppliers and dealers to become regional players,” Tan Sri Asmat said. 

“Taking Perodua regional requires someone that can not only lead but who can also effectively engage the government and together navigate the ever-challenging automotive industry.

“Dato’ Zainal has also proven his ability to work well with all shareholders, including Daihatsu Motor Company of Japan in bringing new technology to Perodua and encouraging investment within the country,” he added.

Tan Sri Asmat said, “The future of Perodua depends on our ability to work more harmoniously with Daihatsu as they have always been very supportive of us. Dato’ Zainal has proven that he is well-suited for this task.”\

“With the manufacturing knowledge shared by Daihatsu, we were able to stay competitive domestically, and with their guidance, we are looking to further grow our business beyond Malaysia,” he added.

Datuk (Dr) Aminar’s tenure as Perodua President and Chief Executive Officer ends 31 December 2018, and Dato’ Zainal will take the helm from 1 January 2019.

Dato’ Zainal Abidin Ahmad, 52, holds a Bachelor’s Degree in Management Information Systems and Accounting from the Pacific Lutheran University, Washington, USA. He began his career in Perodua in 1995 in the cost control department, and was directly involved in creating Perodua’s manufacturing cost structure.


Dato’ Zainal will be the first President and Chief Executive Officer selected from within Perodua. He participated in the formulation of the National Automotive Policy (NAP) and is working closely with the government through the various bodies under the Ministry of International Trade and Industry to further improve the policy.

Dato’ Zainal was also instrumental in establishing the Sendayan, Negeri Sembilan powertrain hub, which incorporates Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd (opened 2016) and transmission plant Akashi Kikai Sdn Bhd (opened in 2015).

“We look forward to further progress under his leadership,” said Tan Sri Asmat.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Perodua lantik Ketua baharu selepas Aminar tamat tempoh khidmat

Rawang, 13hb Dis: Perodua hari ini menyaksikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya yang paling lama berkhidmat, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, bersara selepas sembilan tahun menerajui syarikat tersebut. 

Di bawah kepimpinan Datuk (Dr) Aminar, Perodua bukan sahaja dapat meningkatkan bahagian pasarannya daripada 31.2% pada 2010 kepada lebih 37% setakat tahun ini, malah berjaya melaksanakan inisiatif transformasi dalam Kumpulan Perodua.

Prestasi lepas jualan menyaksikan peningkatan yang cukup ketara, begitu juga dengan kecekapan kos, kualiti dan penghantaran. Perodua juga melaburkan RM1.3 bilion untuk membina Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, kilang Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di negara ini yang diperakui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Ahli Lembaga Pengarah Perodua ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk (Dr) Aminar di atas sumbangan beliau khususnya kepada Perodua serta kepada industri automotif Malaysia secara keseluruhannya,” kata Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin. 

Datuk (Dr) Aminar bakal digantikan dengan Dato’ Zainal Abidin Ahmad yang sebelum ini merupakan Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd. Beliau dijangka meneruskan usaha untuk meningkatkan lagi kecekapan dan daya saing dengan tujuan mengembangkan lagi perniagaan eksport Perodua.

“Untuk tujuan tersebut, Ahli Lembaga Pengarah Perodua melihat Dato’ Zainal adalah calon pemimpin sesuai kerana beliau berupaya menggerakkan Perodua serta para vendor, pembekal dan pengedarnya ke peringkat serantau,” kata Tan Sri Asmat.

“Membawa Perodua ke peringkat rantau memerlukan seseorang yang bukan sahaja boleh memimpin malah mampu mengukuhkan jalinan hubungan dengan kerajaan dan bersama-sama memandu arah industri automotif yang semakin mencabar.

“Dato’ Zainal telah membuktikan bahawa beliau dapat bekerja dengan baik bersama semua pemegang saham, termasuklah Daihatsu Motor Company of Japan dalam membawa teknologi baharu ke Perodua dan menggalakkan pelaburan di dalam negara,” tambahnya.

Tan Sri Asmat berkata, “Masa hadapan Perodua bergantung kepada keupayaan kami untuk bekerja lebih harmoni dengan Daihatsu kerana mereka sentiasa menyokong kami dan Dato' Zainal membuktikan bahawa dia sesuai untuk tugas tersebut.”

“Dengan pengetahuan yang dikongsi Daihatsu dalam pembuatan, kami dapat terus berdaya saing di dalam negeri dan dengan bimbingan mereka, kami ingin mengembangkan perniagaan kami di luar Malaysia,” kata Tan Sri Asmat.

Tempoh perkhidmatan Datuk (Dr) Aminar selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua akan tamat pada 31hb Disember 2018. Dato’ Zainal akan mengambil alih jawatan tersebut dari 1hb Januari 2019.

Dato' Zainal Abidin Ahmad, 52, memegang ijazah dalam Pengurusan Sistem Maklumat dan Perakaunan daripada Pacific Lutheran University, Washington, USA. Beliau memulakan kerjayanya di Perodua pada tahun 1995 di jabatan kawalan kos, dan terlibat secara langsung dalam mewujudkan struktur kos pengeluaran Perodua.

Dato’ Zainal akan menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif yang pertama dipilih dari keluarga Perodua. Antara pencapaiannya termasuklah menyertai pembentukan Dasar Automotif Nasional (NAP) dan bekerja secara dekat dengan kerajaan Malaysia menerusi pelbagai badan di bawah MITI dalam menambahbaik lagi dasar tersebut.

Dato' Zainal juga berperanan dalam penubuhan hab tren kuasa (powertrain) di Sendayan, Negeri Sembilan yang terdiri daripada Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd (beroperasi 2016) dan kilang pengeluaran transmisi Akashi Kikai Sdn Bhd (beroperasi 2015).

“Kami amat teruja untuk melihat perubahan yang akan dibuat di bawah kepimpinan beliau dalam membawa Perodua ke peringkat yang seterusnya,” kata Tan Sri Asmat.