BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
Kuala Lumpur, 21 June: Perodua lauds the recent announcement by the Ministry of Finance (MoF) allowing customers to enjoy the sales tax exemption as long as their vehicles are booked up to 30th June 2022.
According to a media release issued by the MoF on 20th June 2022, those who have made bookings up to 30th June 2022 can enjoy the sales tax exemption initiative as long as their vehicles are registered within the Road Transport Department system on or before 31st March 2023.
“We sincerely thank the government for this announcement as it gives the industry and the market breathing room to meet consumers demand while at the same time give the players time to overcome various issues that are affecting the industry,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad said.
He said among the issues that are currently impacting the local automotive suppliers range from the lingering impact of Covid-19, the component shortages and manpower shortages.
“These issues are currently being addressed as Perodua and our suppliers are finding solutions and this registration extension will give us much needed room to overcome these issues,” Dato’ Zainal said.
He added that for the Perodua’s customers, this announcement gives them much needed reassurance that they would be able to enjoy the sales tax exemption incentive that has boosted the industry since the year 2020.
“To date, we have significant outstanding orders which we are working to fulfil. We appreciate our customers’ patience in this regard,” Dato’ Zainal said.
On deliveries so far, he said that Perodua has registered 106,179 vehicles between January and May this year, which is 10% more than 96,281 units registered in the same period last year.
In terms registration according to model, the Perodua Myvi is the most popular with 31,689 units registered in the first 5 months of this year, followed by the Perodua Axia at 24,024 units and the Perodua Bezza at 23,336 units.
Perodua: lanjutan pendaftaran kenderaan melegakan ekosistem dan pengguna
Kuala Lumpur, 21 Jun: Perodua menyambut baik Pengumuman Kementerian Kewangan (MoF) baru-baru ini yang membenarkan pelanggan menikmati pengecualian cukai jualan selagi kenderaan mereka ditempah sebelum 30 Jun 2022.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 20 Jun 2022, mereka yang telah membuat tempahan sebelum 30 Jun 2022 boleh menikmati inisiatif pengecualian cukai jualan selagi kenderaan mereka didaftarkan dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan pada atau sebelum 31 Mac 2023.
“Kami amat berterima kasih kepada kerajaan atas pengumuman ini kerana ia memberi ruang kepada industri dan pasaran untuk memenuhi permintaan para pengguna dan pada masa yang sama memberi masa kepada kami untuk mengatasi pelbagai isu sedia ada,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata.
Beliau berkata antara isu yang masih memberi kesan kepada industri automotif tempatan termaksuklah impak Covid-19, kekurangan komponen dan kekurangan tenaga kerja.
“Isu-isu ini masih lagi ditangani yang mana Perodua dan pembekal kami sedang mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian dan lanjutan masa untuk mendaftarkan kenderan yang ditempah memberi kami ruang yang amat diperlukan untuk mengatasi isu-isu tersebut,” kata Dato’ Zainal.
Beliau menambah, bagi para pelanggan Perodua, pengumuman ini memberi jaminan bahawa mereka akan dapat menikmati insentif pengecualian cukai jualan yang telah membantu industri sejak tahun 2020.
“Setakat ini, kami cuba memenuhi pesanan tertunggak yang masih tinggi dan kami amat menghargai para pelanggan kami di atas kesabaran mereka,” kata Dato’ Zainal.
Mengenai penghantaran setakat ini, beliau berkata Perodua telah mendaftarkan 106,179 kenderaan antara Januari dan Mei tahun ini, iaitu 10% lebih daripada 96,281 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Daripada jumlah 106,179 tersebut, Perodua Myvi merupakan model paling laris dengan 31,689 unit didaftarkan, diikuti dengan Perodua Axia sebanyak 24,024 unit dan Perodua Bezza sebanyak 23,336 unit.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.