Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

10,500 PERODUA STAFF COMMIT TO RESPONSIBLE DRIVING DURING RAYA EXODUS

Rawang, 3 June: Perodua’s circa-10,500 staff nationwide have given their commitment to drive responsibly during the upcoming Hari Raya Aidil Fitri exodus, with the hope of getting involved in zero accidents throughout the festive period.

“As millions of Malaysians prepare to take to the roads to celebrate Hari Raya Aidil Fitri at their hometowns, Perodua is pulling out all the stops in its Road Safety Programme to further stress the importance of taking road safety seriously.

“As a People First company, Perodua genuinely cares very much for the safety and well-being of its employees, customers and the general public,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Since we launched our long-term Road Safety Programme in October 2017, we have embarked on many educational and awareness-boosting initiatives, both internally and externally,” he added.

Perodua held a balik kampung flag-off ceremony for its staff last Friday at its Sungai Choh headquarters, where Dato’ Zainal gave out high-visibility safety vests to staff motorcyclists and reminded everyone to take extra care on the roads this festive period.

 “Of all road users, motorcyclists are arguably the most exposed to danger. So we have initiated an internal Smart Riding Programme, under which all staff must wear the safety vests provided when riding to and from work. These greatly increase their visibility to other road users.

“Also under the programme are refresher courses that staff motorcyclists have to undergo once every two years, along with theoretical and practical tests they must pass to be allowed to park their bikes at designated areas near the buildings,” said Dato’ Zainal.

Delivered by Perodua’s internal trainers who have been accredited by the Social Security Organisation (PERKESO), the refresher courses serve to remind bikers of road rules and emphasise the importance of abiding by them.

“We also constantly remind our employees of our four road safety pillars – wear seat belts, use turn signals, secure children in child seats, do not use mobile devices when driving – and to practice Kiken Yochi (technique of anticipating potential hazards),” Dato’ Zainal said.

Externally, Perodua took part in the recent launch of the government’s national-level Raya road safety campaign, where it gave away 10 GearUp ISOFIX Child Car Seats as part of its on-going child seat campaign, ran its Tweckbot vehicle inspection service and continued to spread the safety message to visitors. 

“Tweckbot is our long-running complimentary 50-point vehicle inspection service that aims to promote the importance of checking one’s vehicle regularly. It has inspected nearly 8,000 vehicles since its 2011 inception. Having completed its pre-Raya duties, Tweckbot will be at Giant Shah Alam on 22 and 23 June to welcome you back from your long drive and check that your Perodua vehicle is in good running order.

 “We believe that safety is a must and that it is everyone’s right. To all Malaysians motoring home for Raya, please plan ahead, rest well beforehand, check the roadworthiness of your vehicles and drive courteously, patiently and carefully. We wish everyone Selamat Hari Raya and a safe journey,” Dato’ Zainal added.

 

10,500 kakitangan Perodua komited jadi pemandu bertanggungjawab semasa perayaan Aidil Fitri

Rawang, 3hb Jun: Kira-kira 10,500 kakitangan Perodua di seluruh negara telah memberikan komitmen mereka untuk menjadi memandu secara berhemah dan  bertanggungjawab semasa pulang menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba tidak lama lagi, dalam usaha mencapai kemalangan sifar di sepanjang tempoh perayaan ini. 

“Dengan jutaan rakyat Malaysia di jalan raya untuk perjalanan balik kampung, Perodua telah mempergiatkan Program Keselamatan Jalan Rayanya untuk memberi penekanan serius terhadap keselamatan di jalan raya.

“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan, Perodua sangat prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan para pekerjanya, pelanggan dan masyarakat,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Sejak pelancaran Program Keselamatan Jalan Raya jangka-panjang Perodua pada Oktober 2017, kami telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam mendidik dan memberi kesedaran, baik di dalam mahupun di luar Perodua,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Perodua telah mengadakan upacara pelepasan balik kampung untuk kakitangan di ibu pejabatnya di Sungai Choh, di mana Dato’ Zainal telah mengagihkan jaket keselamatan kepada kakitangan yang menunggang motosikal dan mengingatkan semua warganya untuk lebih berhati-hati di jalan raya semasa musim perayaan ini.

“Penunggang motosikal boleh dikatakan golongan pengguna jalan raya yang paling terdedah kepada bahaya. Oleh itu, kami telah memulakan Program Smart Riding di peringkat dalaman, di bawah mana semua kakitangan diwajibkan memakai jaket keselamatan yang disediakan semasa menunggang pergi dan pulang dari tempat kerja. Ini meningkatkan lagi tahap penglihatan pengguna jalan raya yang lain terhadap mereka.

“Turut diadakan di bawah program ini adalah kursus peringatan (refresher course) untuk kakitangan penunggang motosikal setiap dua tahun, bersama dengan ujian teori dan praktikal yang perlu mereka lulus untuk dibenarkan meletakkan motosikal mereka di kawasan yang telah ditetapkan,” kata Dato’ Zainal.

Disampaikan oleh jurulatih dalaman Perodua yang diiktiraf Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), kursus peringatan ini mengingatkan para penunggang motosikal mengenai undang-undang jalan raya dan kepentingan mematuhinya.

“Kami juga sentiasa mengingatkan kakitangan kami mengenai empat tunjang keselamatan jalan raya Perodua, iaitu memakai tali pinggang keledar, menggunakan isyarat membelok, menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak dan tidak menggunakan peranti mudah alih ketika memandu, selain mengamalkan Kiken Yochi (teknik meramal bahaya),” kata Dato’ Zainal lagi. 

Perodua juga telah mengambil bahagian di dalam pelancaran kempen keselamatan jalan raya kerajaan peringkat kebangsaan baru-baru ini, di mana syarikat tersebut telah menjalankan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma Tweckbot dan menyebarkan mesej keselamatan kepada para pengunjung.

Pada masa yang sama, Perodua telah mengagihkan 10 buah Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp kepada pengunjung secara rawak dan secara percuma, sebagai sebahagian daripada kempen kerusi keselamatan kanak-kanaknya yang sedang berjalan.

“Tweckbot merupakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma 50-poin kami yang bertujuan menggalakkan para pelanggan kami untuk memeriksa kenderaan mereka secara kerap. Hampir 8,000 kenderaan telah diperiksa Tweckbot sejak kelahirannya pada 2011.

“Tweckbot akan sekali lagi menemui anda pada 22hb dan 23hb Jun di Giant Shah Alam bagi memastikan kenderaan Perodua anda dalam keadaan yang baik selepas pemanduan jauh anda.

“Kami percaya bahawa keselamatan itu hak semua, dan adalah satu kemestian. Kepada semua rakyat Malaysia yang akan pulang untuk beraya, buat perancangan dengan rapi, rehat secukupnya, periksa kenderaan anda dan pandulah dengan cermat, sabar dan berhemah. Selamat Hari Raya dan semoga perjalanan anda semua lancar dan selamat,” tambah Dato’ Zainal.

 


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me