2019 PERODUA AXIA OFFICIALLY LAUNCHED, OVER 5,000 ALREADY BOOKED

Petaling Jaya, 20 Sep: Perodua has officially unveiled and launched the 2019 Perodua Axia, Malaysia’s most affordable car with advanced safety. 

The enhanced A-segment hatchback was launched today by Perodua Chairman Tan Sri Asmat Kamaludin at Perodua Sentral, Petaling Jaya.

The 2019 Perodua Axia’s six variants – E, G, GXtra, SE, AV and an exciting new STYLE variant – are priced between RM24,090 and RM43,190, on-the-road before insurance for Peninsular Malaysia.

“Since order-taking began on 22 August, we have amassed over 5,000 bookings for the 2019 Perodua Axia, even before its public reveal,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“For over a quarter of a century, Perodua has mobilised Malaysia with quality compact vehicles that offer practicality, dependability, ease to drive and low overall ownership costs. For these reasons and more, the Perodua Kancil and Viva were popular choices for an entire generation of Malaysians buying their first cars.

“The 2019 Perodua Axia carries on that spirit while offering Malaysians much more in an entry-level vehicle than ever thought possible. It offers major advances in safety and style never seen before in this segment and yet retains its affordability,” he added.

The range-topping AV variant of the 2019 Perodua Axia gets Advanced Safety Assist (ASA*) 2.0, comprising Pedestrian Detection (up to 50 km/h), Pre-Collision Warning (up to 100 km/h), Pre-Collision Braking (up to 80 km/h), Front Departure Alert and Pedal Misoperation Control functions to mitigate collisions.

Also, all variants from GXtra and above come with Vehicle Stability Control (VSC) and traction control, and all variants except the base E have ABS with Electronic Brakeforce Distribution as standard. ISOFIX is to be had across the range, while SE and AV variants get solar and security window film.

The new stand-out addition to the Axia family is the STYLE variant, which sports more rugged-looking front and rear bumpers with skid plate elements, all-round body cladding, clear-lens tail lamps, roof mouldings, a rear spoiler and striking 15-inch five-spoke alloys. A new variant-exclusive Sunrise Orange body colour completes the trendy crossover-inspired look.

“The new Perodua Axia STYLE embodies the desire to be different; to unleash the fun and active side that exists in all of us. It is upbeat and trendy, and at the same time retains all the hallmark Axia qualities of practicality, spaciousness, clever design and ease to drive,” Dato’ Zainal said.

With rated fuel efficiencies of 22.5 km/l for the manual, 21.6 km/l for the auto and 20.8 km/l for the new STYLE variant, Malaysia’s pioneer Energy-Efficient Vehicle (EEV) continues to be among the most fuel-efficient vehicles on sale today.

“We invite all Malaysians to meet and test drive the 2019 Perodua Axia at any of our sales outlets nationwide, where our friendly authorised sales advisors will be on hand to assist you and answer your queries,” Dato’ Zainal said.

Perodua Axia 2019 dilancarkan secara rasmi, lebih 5,000 sudah ditempah

Petaling Jaya, 20hb Sep: Perodua secara rasminya telah melancarkan Perodua Axia 2019, kenderaan berciri keselamatan canggih yang paling mampu milik di Malaysia. 

Hatchback segmen-A yang diperbaharui ini telah dilancarkan oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin di Perodua Sentral, Petaling Jaya.

Enam varian Perodua Axia 2019 ditawarkan – E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE – dengan harga atas jalan sebelum insurans antara RM24,090 dan RM43,190.

“Sejak tempahan dibuka pada 22hb Ogos lalu, kami telah menerima lebih 5,000 tempahan untuk Perodua Axia 2019, sebelum model tersebut diperlihatkan kepada umum,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Selama 26 tahun, Perodua telah menggerakkan Malaysia dengan kenderaan kompak berkualiti yang menawarkan praktikaliti, kebolehpercayaan, pemanduan mudah dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah. Atas sebab-sebab ini, Perodua Kancil dan Viva telah menjadi pilihan ramai sebagai kenderaan pertama.

“Perodua Axia 2019 meneruskan semangat itu dan menawarkan ciri-ciri canggih yang tidak dijangka boleh didapati pada kenderaan entry-level dari segi keselamatan serta gaya, namun masih kekal mampu milik.

Varian teratas Perodua Axia 2019, iaitu AV, dilengkapi dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 2.0, yang terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 100 km/h), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control untuk mengurangkan risiko pelanggaran.

Semua varian dari GXtra dan ke atas didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC), dan semua varian kecuali varian E mempunyai ABS dengan Pengagihan Daya Brek Elektronik. ISOFIX juga terdapat pada semua varian, manakala varian SE dan AV pula dilengkapi dengan filem tingkap keselamatan dan solar. 

Tambahan baharu kepada keluarga Axia adalah varian baharu STYLE, yang didatangkan dengan bumper hadapan dan belakang yang tampil lebih lasak dengan elemen skid platecladding badan, lampu belakang lensa jernih, moulding bumbung, spoiler belakang dan rim aloi lima-jejari 15-inci. Warna baharu Sunrise Orange yang eksklusif bagi varian ini melengkapkan gaya ala-ala crossover.

“Perodua Axia STYLE baharu mewakili keinginan untuk tampil berbeza dan unik; menyerlahkan sisi aktif dan keseronokan yang wujud dalam diri kita semua, pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri Axia iaitu kualiti, praktikal, luas, rekabentuk pintar dan mudah dipandu,” kata Dato’ Zainal.

Dengan kecekapan bahan api 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk auto dan 20.8 km/l untuk varian STYLE baharu, perintis Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Malaysia ini masih menjadi antara kenderaan paling cekap bahan api di negara ini.

“Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk mengunjungi mana-mana cawangan jualan kami yang sah di seluruh negara, di mana anda boleh melihat dengan lebih dekat dan memandu uji Perodua Axia 2019.

“Penasihat jualan kami bersedia membantu dan menjawab pertanyaan anda mengenai model baharu ini serta produk dan perkhidmatan kami yang lain,” kata Dato’ Zainal.

 


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.