BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
Rawang, 8 March: Perodua, its suppliers and dealers were on overdrive as the national carmaker year-to-date production was up by 32.95% to 51,134 units from 38,460 units, and sales by increased 33% to 46,385 vehicles from 34,865 vehicles for the first two months of the year.
The increase attributed to improved efficiency in terms of production, better financing facilities to Perodua dealers and greater communications both within the ecosystem as well as with Perodua customers.
“While there are still ongoing challenges with the supply of semiconductor chips, cost increases – among others but despite these challenges, we managed to see double-digit growth in our production and sales, for this we thank our partners for their dedication,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad said.
He said demand for Perodua vehicles has also remained healthy so far and Perodua is ramping up production to meet with that demand.
“As a result, the average waiting period as of 28 February is now between 2.5 months and 8 months. Of course, this timeframe is subject to the model, variant, and colour,” Dato’ Sri Zainal said.
“That being said, we apologise to our customers and thank them for their patience. We will try to further improve our production and registrations in the months to come,” he said.
Dato’ Sri Zainal added that Perodua will continue to improve its operations and within the ecosystem as well as delivery timing of its customers.
Moving forward, Dato’ Sri Zainal said the outlook for the automotive industry and Perodua are positive given that the current economic situation remains stable.
“The current focus now is labour stability, especially for the automotive suppliers to ensure that production can be improved. We also hope that the policy makers continue to engage with the ecosystem on future changes in policies that may impact the industry” he said.
Ekosistem automotif terus kukuh dengan jumlah pengeluaran dan jualan terkini kekal berkembang pada kadar dua angka
Rawang, 8 Mac: Perodua, pembekal dan pengedarnya terus mengorak langkah ke hadapan apabila pengeluaran terkini (YTD) bagi pengeluar kereta nasional itu meningkat 32.95% kepada 51,134 unit daripada 38,460 unit manakala jualannya turut meningkat 33% kepada 46,385 kenderaan daripada 34,865 kenderaan untuk dua bulan pertama tahun ini.
Pencapaian tersebut disumbangkan oleh peningkatan kecekapan dalam aspek pengeluaran, kemudahan pembiayaan kepada para pengedar Perodua yang lebih baik serta komunikasi yang menyeluruh di dalam ekosistem dan juga para pelanggan Perodua.
“Walaupun masih terdapat banyak lagi cabaran di dalam isu bekalan cip semikonduktor, peningkatan kos dan sebagainya, tetapi kami berjaya mencatatkan pertumbuhan dua angka di dalam pengeluaran dan jualan kami dan untuk itu kami berterima kasih kepada rakan-rakan niaga kami atas komitmen mereka,” Perodua Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata.
Beliau berkata setakat ini, permintaan untuk kenderaan Perodua masih kekal kukuh dan Perodua sedang mempertingkatkan lagi jumlah pengeluarannya untuk memenuhi permintaan tersebut.
“Hasilnya, purata tempoh menunggu setakat 28 Februari kini adalah di antara 2.5 bulan dan 8 bulan. Semestinya, tempoh masa ini adalah tertakluk kepada model, varian dan warna,” kata Dato’ Sri Zainal.
“Oleh yang demikian, kami memohon maaf kepada para pelanggan kami dan berterima kasih di atas kesabaran mereka. Kami akan cuba menambahbaik lagi pengeluaran dan pendaftaran kami pada bulan-bulan yang akan datang,” kata beliau.
Beliau menambah, Perodua akan terus meningkatkan operasi termasuk ekosistemnya serta masa penghantaran kepada para pelanggannya.
Dato’ Sri Zainal berkata unjuran industri automotif dan Perodua diramalkan positif memandangkan keadaan ekonomi semasa adalah kekal stabil.
“Tumpuan semasa kini adalah kestabilan tenaga kerja, terutama sekali buat para pembekal automotif untuk memastikan pengeluaran dapat dipertingkatkan lagi. Kami juga berharap penggubal dasar dapat terus berkomunikasi dengan ekosistem berhubung sebarang perubahan polisi masa hadapan yang mungkin memberi kesan kepada industri,” katanya.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.