BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
Putrajaya, 5 Nov: Kontinjen negeri Selangor dinobat sebagai juara keseluruhan pada pusingan akhir Program Pembangunan Bakat Badminton Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – Perodua (BTDP) yang berlangsung di IOI Sports Centre Putrajaya hari ini.
BTDP yang mula dianjurkan pada tahun 2018 adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat terbesar Perodua yang membabitkan pelajar sekolah di seluruh negara dengan penyertaan 2,800 murid berusia antara 9 hingga 12 tahun.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata sejak dilancarkan, BTDP telah memberi manfaat kepada 14,000 pelajar menerusi bimbingan 140 jurulatih guru di 70 pusat latihan di seluruh negara.
“Pelajar yang terpilih menjalani latihan di pusat-pusat latihan terpilih diberikan akses kepada kemudahan yang lengkap serta pelatih profesional yang mana kebiasaannya peluang itu hanya tersedia di sekolah sukan khas.
“Selain itu, penganjuran BTDP adalah untuk memberi akses kepada latihan badminton seawal yang mungkin kepada bakat muda badminton kerana mereka inilah bakal pelapis di masa hadapan,” kata Dato’ Sri Zainal.
BTDP terbuka kepada semua murid-murid berusia 9 hingga 12 tahun dari sekolah kebangsaan/sekolah jenis kebangsaan Cina/sekolah jenis kebangsaan Tamil di bawah KPM yang menjalani latihan di 70 pusat BTDP yang ditetapkan.
Semua pemenang membawa pulang hadiah berupa Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM500 untuk juara, RM300 (tempat kedua) dan RM150 (tempat ketiga).
Sila rujuk halaman berikutnya untuk senarai pemenang.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.