BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
Kuala Lumpur, 12 August 2025: Perodua and Maybank Islamic Berhad are partnering up to provide the country’s first Shariah-compliant agility financing plan, the Perodua Flexiplan, powered by Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i.
A first for both companies, this financial plan is a bold new initiative, which empowers customers by creating a seamless and inclusive vehicle ownership journey. This innovative plan allows customers to enjoy:
· A highly competitive Murabahah Vehicle Term Financing deal which leads to a more affordable monthly payment over an initial five-year term
· Perodua will buy back the customer’s vehicle at a competitive price compared to market value for the purchase of a new Perodua model – terms and conditions apply
· Flexibility in ownership where customers may trade-in freely to a new model or keep the current vehicle with a revised payment plan.
Customers can choose between four models under the Perodua Flexiplan, which are the Myvi, Axia (not including the Axia E), Ativa, and Aruz.
At year 5 of the plan, customers have the option to trade-in their current Perodua vehicle for a new one, with the secured residual value used to offset the down payment and refreshing the five-year term.
Alternatively, customers can choose to retain their current vehicle by settling the outstanding balance or extending the financing for up to four more years under a revised payment plan.
Through its innovative mechanics, this plan enhances car ownership accessibility as well as also creates a structure where customers can change their vehicles conveniently for life’s big moments.
“Today, both Perodua and Maybank Islamic broke new ground as we join forces to offer the best possible financing package with ensures everybody wins; Perodua, Maybank Islamic and, especially our valued customers,” Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad said.
“We believe that with the backing of Malaysia’s biggest bank combined with the trust that we have earned from Malaysians; the Perodua Flexiplan will be well accepted,” Dato’ Sri Zainal said.
“Across the Maybank Group, we have always been committed to empowering our customers with flexible, transparent, inclusive, and sustainable financial solutions, and Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i is a reflection to our values-based approach to banking,” said Syed Ahmad Taufik Albar, Group CEO, Community and Financial Services, Maybank.
“We are proud and excited to provide this innovative approach to all Malaysians alongside Perodua – one that addresses the preferences of modern car buyers and empowering our customers with flexible ownership choices,” he added.
This new car ownership plan underscores Maybank Islamic’s position as Malaysia’s leading Islamic bank, consistently evolving to meet customer needs through innovative, purpose-driven solutions.
It further enhances the ecosystem of Shariah-compliant solutions for Perodua vehicle owners, which includes Perodua Total Protect Plus comprehensive takaful underwritten by Etiqa, which comes with an additional RM5,000 Special peril coverage, as well as the Credit Reducing Term Takaful as an added layer of protection for customers. Combined, these reflect Maybank Group’s commitment to values-based banking and championing customer centricity.
By offering a financial solution that is transparent, flexible, and customer-focused, both Perodua and Maybank Islamic aim to set a new benchmark for vehicle ownership in Malaysia, one that empowers customers and promotes long-term financial well-being.
Please refer to any authorised Perodua sales advisor and Maybank branches nationwide for more details on the Perodua Flexiplan’s and Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i terms and conditions.
MAYBANK ISLAMIC DAN PERODUA LANCAR PEMBIAYAAN FLEKSIBEL PATUH SYARIAH PERTAMA DI MALAYSIA
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2025: Perodua dan Maybank Islamic Berhad berganding bahu menawarkan pelan pembiayaan fleksibel patuh Syariah pertama di negara ini, iaitu Perodua Flexiplan yang dikuasakan oleh Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i.
Julung kali buat kedua-dua syarikat, pelan kewangan ini merupakan inisiatif baharu yang memacu inovasi, bertujuan memperkasa pelanggan dengan mewujudkan pengalaman pemilikan kenderaan yang lancar dan inklusif. Pelan inovatif ini membolehkan pelanggan menikmati:
· Tawaran Pembiayaan Kenderaan Murabahah Bertempoh yang sangat kompetitif, dengan bayaran bulanan yang lebih berpatutan untuk tempoh lima tahun pertama.
· Perodua akan membeli semula kenderaan pelanggan pada harga yang kompetitif berbanding nilai pasaran bagi pembelian model baharu Perodua – tertakluk kepada terma dan syarat.
· Fleksibiliti pemilikan di mana pelanggan boleh menukar kenderaan mereka kepada model baharu atau mengekalkan kenderaan sedia ada dengan pelan bayaran yang disemak semula.
Pelanggan boleh memilih antara empat model di bawah Perodua Flexiplan, iaitu Myvi, Axia (tidak termasuk Axia E), Ativa, dan Aruz.
Pada tahun kelima pelan ini, pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar kenderaan Perodua sedia ada kepada yang baharu, dengan nilai tukar beli yang terjamin digunakan untuk mengurangkan bayaran pendahuluan dan memulakan semula tempoh lima tahun tersebut.
Sebagai alternatif, pelanggan boleh memilih untuk mengekalkan kenderaan sedia ada dengan melunaskan baki tertunggak atau melanjutkan pembiayaan sehingga empat tahun lagi di bawah pelan bayaran baharu.
Melalui mekanisme inovatif ini, pelan ini bukan sahaja meningkatkan akses kepada pemilikan kenderaan, malah mewujudkan struktur yang membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka dengan mudah mengikut keperluan kehidupan mereka.
“Hari ini, Perodua dan Maybank Islamic telah mencipta sejarah baharu apabila bergabung tenaga menawarkan pakej pembiayaan terbaik bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat – Perodua, Maybank Islamic, dan terutamanya pelanggan kami yang dihargai,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.
“Kami percaya bahawa dengan sokongan daripada bank terbesar di Malaysia, digabungkan dengan kepercayaan yang telah kami bina daripada rakyat Malaysia; Perodua Flexiplan akan diterima dengan baik,” tambah Dato’ Sri Zainal.
“Kami di Kumpulan Maybank sentiasa komited untuk memperkasa pelanggan dengan penyelesaian kewangan yang fleksibel, telus, inklusif, dan mampan, dan Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i adalah cerminan pendekatan berteraskan nilai kami,” kata Syed Ahmad Taufik Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Komuniti dan Kewangan, Maybank.
“Kami berbangga dan teruja untuk memperkenalkan pendekatan inovatif ini kepada seluruh rakyat Malaysia bersama Perodua – satu langkah yang memenuhi citarasa pembeli kereta moden dan memperkasa pelanggan dengan pilihan pemilikan yang fleksibel,” tambahnya.
Pelan pemilikan kereta baharu ini mengukuhkan kedudukan Maybank Islamic sebagai bank Islam terkemuka di Malaysia, yang sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan pelanggan melalui penyelesaian inovatif dan berorientasikan matlamat.
Ia turut memperkayakan ekosistem penyelesaian patuh Syariah untuk pemilik kenderaan Perodua, termasuk Perodua Total Protect Plus iaitu perlindungan takaful komprehensif yang dilindungi oleh Etiqa, dilengkapi dengan perlindungan tambahan bencana bernilai RM5,000, serta Takaful Perlindungan Baki Pinjaman (Credit Reducing Term Takaful) sebagai lapisan perlindungan tambahan untuk pelanggan. Kesemuanya mencerminkan komitmen Kumpulan Maybank terhadap perbankan berteraskan nilai dan mengutamakan pelanggan.
Dengan menawarkan penyelesaian kewangan yang telus, fleksibel, dan berfokus kepada pelanggan, Perodua dan Maybank Islamic menyasarkan untuk menetapkan penanda aras baharu bagi pemilikan kenderaan di Malaysia – satu langkah bagi memperkasa pelanggan dan menyokong kesejahteraan kewangan jangka panjang.
Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat Perodua Flexiplan dan Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i, sila rujuk kepada mana-mana penasihat jualan sah Perodua dan cawangan Maybank di seluruh negara.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.