BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Rawang, 10 Sep: MYPerodua Nation 2019 will open its doors to the public from 20-22 September at Setia City Oval Lawn in Setia Alam, with a crowd of some 25,000 expected over three days – the biggest ever for the event.
MYPerodua Nation is the nation’s premier Perodua event – the annual carnival featuring all things Perodua is into its third year.
“Following successful events in Shah Alam in 2017 and Sungai Petani in 2018, MYPerodua Nation 2019 promises an exciting and fun-filled weekend for all like never before,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“With attractive offers on new vehicles, including special deals for e-hailing, students and graduates, plus after-sales offers on selected GearUp bodykits and packages, lubricants, parts and accessories, there simply isn’t a better time or place to be or become a Perodua customer than at MYPerodua Nation 2019,” he added.
For customers’ benefit, Perodua’s entire value chain will be there, including Perodua Total Protect Plus, Perodua Pre-Owned Vehicles (POV), GearUp accessories and merchandise, parts, Perodua Genuine Oil and the UFirst loyalty programme – all in one place. Perodua’s financial and insurance partners will also be there to facilitate the purchase process.
“MYPerodua Nation gives us an opportunity to get closer to our customers, learn more about their ever-changing needs and wants, and find out how we can best satisfy them. We are looking forward to doing a lot of on-ground engagement with the public over the three-day event,” Dato’ Zainal said.
Visitors can also make service appointments, inspect their vehicles with Tweckbot, test-drive the latest models, experience Advanced Safety Assist (ASA), take a trip through Perodua’s 26-year history at the Perodua Journey booth and take part in fun competitions, while kids will love the bungee trampoline, clay model colouring, virtual reality racing and drift tricycle activities.
There will also be a variety of performances and special appearances by renowned artistes such as Bunkface, Aman RA, Naim Daniel and more.
“As a People First company that has put Malaysia on wheels for over a quarter of a century, Perodua owes much of its success to the Malaysian public. MYPerodua Nation therefore is as much a celebration of the Malaysian people as it is of Perodua. We dedicate it to all of you. See you there!” said Dato’ Zainal.
Karnival MYPerodua Nation jangka kunjungan terbesar dari 20hb-22hb September
Rawang, 10hb Sep: MYPerodua Nation 2019 akan membuka tirainya kepada orang ramai dari 20hb-22hb September di Setia City Oval Lawn, Setia Alam, dengan jangkaan kira-kira 25,000 pengunjung di sepanjang tiga hari acara tersebut berlangsung.
MYPerodua Nation merupakan karnival Perodua terulung yang diadakan setiap tahun sejak 2017 untuk memaparkan segalanya mengenai Perodua.
“Setelah berlangsung dengan jayanya di Shah Alam pada 2017 dan Sungai Petani pada 2018, MYPerodua Nation 2019 menjanjikan hujung minggu yang lebih menarik dan menyeronokkan buat semua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Dengan tawaran menarik bagi kenderaan baharu, termasuk tawaran istimewa untuk e-hailing, pelajar dan graduan, serta tawaran selepas jualan bagi pakej dan kit badan GearUp, pelincir, alat ganti dan aksesori, inilah masa dan tempat yang terbaik untuk menjadi pelanggan Perodua,” tambahnya.
Untuk kemudahan pelanggan, seluruh rangkaian produk dan perkhidmatan Perodua akan turut berada di sana, termasuklah Perodua Total Protect Plus, Kenderaan Pra-Milik Perodua (POV), aksesori dan koleksi GearUp, alat ganti, Minyak Tulen Perodua dan program kesetiaan pelanggan, UFirst.
Rakan-rakan kewangan dan insuran juga akan berada di sana untuk memudahkan proses pembelian.
“MYPerodua Nation memberi kami peluang untuk mendekati para pelanggan yang dihargai supaya kami boleh memenuhi keperluan dan kehendak mereka dengan lebih mendalam. Kami amat berbesar hati untuk bertemu para pengunjung sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung,” kata Dato’ Zainal.
Para pengunjung juga boleh membuat temu janji servis, memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot secara percuma, memandu uji model-model terkini Perodua, merasai demonstrasi sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA), menerokai sejarah 26 tahun Perodua di ruang pameran Perodua Journey serta mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti yang menyeronokkan.
Kanak-kanak pula pasti akan menyukai bungee trampolin, aktiviti mewarna model tanah liat, perlumbaan realiti maya (VR) dan aktiviti drift basikal roda tiga.
Terdapat juga persembahan dan penampilan khas artis-artis terkenal termasuk Bunkface, Aman RA, Naim Daniel dan ramai lagi.
“Kejayaan Perodua selama ini adalah hasil sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia. Oleh itu, MYPerodua Nation bukan sekadar meraikan Perodua tetapi seluruh rakyat Malaysia. Karnival ini ditujukan khas kepada anda semua. Jumpa di sana!” kata Dato’ Zainal.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.