Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.
Perodua 1Q22 up 6.4% due to improved supply management

Kuala Lumpur, 5 April: Perodua posted a heathy growth in the first quarter of 2022 with 61,624 vehicles registered, marking an increase of 6.4% from 57,909 vehicles sold between January and March of 2021.

Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Zainal Abidin Ahmad said the impact of Covid-19 and component supply issues are still present, however, the auto company was able to work with its suppliers and dealers to lessen their impact.

“Our focus is now to expedite the vehicles delivery to our customers before the sales tax exemption deadline ends on 30 June 2022.

“That being said, Perodua also echoes MAA’s (Malaysia Automotive Association) request to further extend the sales tax exemption as factors such as the global semiconductor supply disruption and Covid-19 cases are still impacting the industry,” he said.

Dato’ Zainal said that the automotive industry, including its local ecosystem thanks the government for the initiative (sales tax exemption) as it was able to keep demand high and sustain the industry throughout the worst of the pandemic.

“Right now, the local automotive ecosystem is starting to recover and an extension in the sales tax exemption is what the industry needs for sustained growth during this recovery period,” Dato’ Zainal said.

On a month-on-month comparison, Perodua registered 26,759 vehicles in March 2022, a 9.5% increase from 24,433 units sold in March 2021. While compared with February 2022, sales jumped 53.2% from 17,421 units registered a month before.

Perodua’s highest monthly sales achievement was recorded in October 2021 with 27,858 units registered.

“Moving forward, we foresee the second quarter of 2022 to be the highlight for the automotive industry as brands will deliver as many vehicles as they can within that three-month period.”

“While semiconductor chip supply and Covid-19 would still influence production, we expect that production and registration will continue to improve. We do not foresee other factors such as the conflict between Russia and Ukraine to have a major impact on Perodua’s production moving forward.”

“Based on these factors, we are maintaining our 247,000 sales target for this year,” Dato’ Zainal said.

 

 

Jualan suku pertama 2022 Perodua naik 6.4% disebabkan pengurusan bekalan yang ditambahbaik

Kuala Lumpur, 5 April: Perodua mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada suku pertama 2022 dengan 61,624 kenderaan telah didaftarkan, menandakan peningkatan sebanyak 6.4% daripada sejumlah 57,909 kenderaan yang dijual antara Januari dan Mac 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, “Kesan daripada Covid-19 dan isu bekalan komponen masih ada, namun kami telah bekerjasama dengan para pembekal dan pengedar kami untuk mengurangkan impak tersebut.”

“Fokus kami kini adalah untuk mempercepatkan penghantaran kenderaan kepada para pelanggan kami sebelum berakhirnya tarikh pengecualian cukai jualan pada 30 Jun 2022.

“Perodua turut bersama MAA (Persatuan Automotif Malaysia) dalam rayuan bagi  melanjutkan tarikh pengecualian cukai jualan kerana faktor seperti gangguan bekalan semikonduktor global dan kes Covid-19 masih memberi kesan kepada industri,” katanya.

Dato’ Zainal berkata industri automotif, termasuk ekosistem tempatan amat berterima kasih kepada kerajaan atas inisiatif (pengecualian cukai jualan) tersebut kerana ia mampu meraih permintaan yang tinggi sekaligus memajukan industri di sepanjang pandemik terburuk ini berlaku.

“Pada masa ini, ekosistem automotif tempatan mulai pulih secara beransur-ansur dan lanjutan pengecualian cukai jualan adalah rangsangan yang diperlukan oleh industri demi pertumbuhan yang mampan terutamanya dalam tempoh pemulihan,” kata Dato’ Zainal.

Pada Mac 2022, Perodua telah mencatatkan 26,759 kenderaan, peningkatan sebanyak 9.5% berbanding 24,433 unit yang dijual pada Mac tahun lalu . Bagi perbandingan bulan ke bulan, jualan Mac melonjak 53.2% daripada 17,421 unit yang didaftarkan pada Februari 2022.

Pencapaian jualan bulanan tertinggi Perodua dicatatkan pada Oktober 2021 dengan 27,858 unit didaftarkan.

“Kami menjangka suku kedua 2022 akan menjadi kemuncak bagi industri automotif dimana jenama-jenama lain juga akan menghantar seberapa banyak kenderaan yang mereka mampu dalam tempoh tiga bulan tersebut.”

“Walaupun bekalan cip semikonduktor dan Covid-19 masih mampu mempengaruhi pengeluaran, kami menjangkakan pengeluaran dan pendaftaran akan bertambahbaik. Kami tidak melihat faktor lain seperti konflik antara Rusia dan Ukraine akan memberi kesan yang besar kepada pengeluaran Perodua pada masa akan datang.”

“Berdasarkan faktor-faktor ini, kami akan mengekalkan sasaran jualan 247,000 kami untuk tahun ini,” kata Dato’ Zainal.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.