BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Rawang, 5 Jan: The Malaysian automotive industry was able to maximise its potential through shared responsibility in meeting customers’ expectations in many aspects last year, resulting in Perodua’s best performance on record so far.
“These achievements were also the local ecosystem’s shared commitment towards our customers and our collective roles in advancing this industry,” Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad said.
Production rose by 49.5% to 289,054 units in 2022 when compared with 193,400 units in 2021; while sales saw an increase of 48.2% to 282,019 units against 190,291 vehicles registered in 2021.
After sales saw intakes grew to 2.6 million, which is a 30% increase from 2.0 million service intakes in 2021.
“The industry did a lot soul searching and from the learning points obtained during the pandemic and we realised that we needed to take active steps to recover in 2021 – which saw its fair share of challenges and from there to maximise the ecosystem’s potential in 2022,” Dato’ Sri Zainal said.
He said that the year 2022 also had its obstacles which included the ecosystem’s recovery from the massive flood, the shortage of workers due to spikes in Covid-19 cases at the supplier level, the shortage of semiconductor chips supply and the sudden increase in raw material prices.
Dato’ Sri Zainal said that with proper planning, Perodua and its partners were not only able to overcome these challenges but find much needed growth for the industry.
“Our goal was to meet customers’ expectations of us– not just in terms of delivery of products and services but also in introducing greater value offerings to all Malaysians,” Dato’ Sri Zainal said.
He said that as a result, 2022 proved to be the best year, so far, for the Malaysian automotive industry in general and Perodua in particular.
“This can be seen with our December 2022 production and sales performance, which averaged 1,000 vehicles made and registered per day,” Dato’ Sri Zainal said.
For 2023, he said that Perodua and its partners are going to focus on leveraging on the growth achieved so far and to further expand capacity.
“For this to come true, we hope material prices and fuel prices remain manageable; at the same time, we also hope that foreign exchange and interest rates would be favourable to industry growth,” Dato’ Sri Zainal said.
He added that for now, if these factors remain within acceptable levels, Perodua will maintain its vehicle prices.
“For now, our priority is to deliver to those who booked their Perodua within the sales tax exemption period as the price for these vehicles will remain as per agreed until 31 March 2023 deadline,” Dato’ Sri Zainal said.
Moving forward, he said that Perodua will continue to introduce new technologies in its future products and services as well as to continue to invest in innovations in its operations.
“In addition, we will also encourage our partners, namely our suppliers and dealers to continue to invest in new technologies so that they can be more competitive and productive.
“We will announce the full list of our targets later in January but I wish to take this opportunity to thank the government for their continued support, our partners for their dedication, Perodua staff for their sacrifice and hard work, and especially to our valued customers for their loyal support,” he said.
Perodua: 2022, tahun memaksimumkan potensi industri auto tempatan
Rawang, 5 Jan: Industri automotif Malaysia mampu memaksimumkan potensinya melalui tanggungjawab bersama untuk memenuhi jangkaan pelanggan dalam pelbagai aspek tahun lepas, menghasilkan rekod prestasi terbaik buat Perodua setakat ini.
“Pencapaian ini juga merupakan komitmen bersama ekosistem tempatan kepada para pelanggan dan peranan kami bersama untuk memajukan industri ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.
Pengeluaran meningkat 49.5% kepada 289,054 unit pada 2022 berbanding 193,400 unit pada 2021; manakala bagi jualan ianya menyaksikan peningkatan sebanyak 48.2% kepada 282,019 unit berbanding 190,291 kenderaan yang didaftarkan pada 2021.
Selepas jualan pula menyaksikan jumlah pengambilan meningkat kepada 2.6 juta, iaitu kenaikan sebanyak 30% daripada 2.0 juta pengambilan servis pada 2021.
“Industri banyak belajar ketika melalui fasa pandemik dan kami menyedari bahawa kami perlu mengambil langkah yang proaktif untuk pulih pada 2021 – yang mana menyaksikan pelbagai cabaran dan daripada itu kami memaksimumkan potensi ekosistem pada 2022, ” Dato' Sri Zainal berkata.
Beliau berkata, tahun 2022 juga mempunyai cabarannya termasuk pemulihan ekosistem akibat daripada banjir besar, kekurangan pekerja akibat lonjakan kes Covid-19 di peringkat pembekal, kekurangan bekalan cip semikonduktor dan peningkatan mendadak harga bahan mentah.
Dato’ Sri Zainal berkata dengan perancangan yang betul, Perodua dan rakan niaganya bukan sahaja dapat mengatasi cabaran ini tetapi juga memperoleh pertumbuhan yang sangat diperlukan untuk industri.
“Matlamat kami adalah untuk memenuhi jangkaan para pelanggan terhadap kami– bukan sahaja dari segi penyampaian produk dan perkhidmatan tetapi juga dalam memperkenalkan tawaran nilai yang lebih hebat kepada semua rakyat Malaysia,” kata Dato’ Sri Zainal.
Beliau berkata, hasilnya, tahun 2022 terbukti tahun terbaik setakat ini buat Perodua secara khususnya dan industri automotif Malaysia amnya.
“Ini boleh dilihat pada prestasi pengeluaran dan jualan Disember 2022 kami, yang mana secara puratanya 1,000 kenderaan dikeluarkan dan didaftarkan setiap hari,” kata Dato’ Sri Zainal.
Bagi 2023, beliau berkata Perodua dan rakan niaganya akan memberi tumpuan untuk memanfaatkan pertumbuhan yang dicapai setakat ini dan mengembangkan lagi kapasiti.
“Dalam merealisasikannya, kami berharap harga bahan mentah dan harga bahan api kekal terurus dan pada masa yang sama, kami juga berharap pertukaran mata wang asing serta kadar faedah akan lebih menggalakkan pertumbuhan industri,” kata Dato’ Sri Zainal.
Beliau menambah, buat masa ini, sekiranya faktor-faktor ini kekal pada paras yang wajar, Perodua akan mengekalkan harga kenderaannya.
“Buat masa ini, keutamaan kami adalah untuk menghantar kenderaan Perodua kepada mereka yang menempah dalam tempoh pengecualian cukai jualan kerana harga kenderaan ini akan kekal seperti yang dipersetujui sehingga tarikh akhir 31 Mac 2023,” kata Dato’ Sri Zainal.
Beliau juga berkata Perodua akan terus memperkenalkan teknologi baharu di dalam produk dan perkhidmatannya pada masa hadapan serta melabur di dalam inovasi teknologi bagi operasinya.
“Selain itu, kami juga akan menggalakkan rakan niaga kami, iaitu para pembekal dan pengedar untuk terus melabur dalam teknologi baharu supaya mereka lebih berdaya saing dan produktif.
“Kami akan mengumumkan senarai penuh sasaran kami pada bulan Januari dan saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas sokongan berterusan mereka, rakan kongsi kami atas dedikasi mereka, kakitangan Perodua atas pengorbanan dan kerja keras mereka serta para pelanggan kami yang dihargai atas sokongan setia mereka,” katanya.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.