BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Kuching, 16 Mar: Perodua is aiming for its new seven-seater SUV, the Perodua Aruz, to top the SUV sales charts in East Malaysia, a predominantly SUV-driven market.
“Perodua is targeting to expand further its East Malaysian market share from 40% currently, and the new Perodua Aruz will spearhead that expansion in this SUV-popular region,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
This morning at Perodua’s Kuching 1 Branch, Dato’ Zainal flagged off the Perodua Aruz TransBorneo Convoy, in which six units of the Perodua Aruz will be travelling from Kuching to Tawau, covering approximately 1,500 km from 16-22 March.
Along the way, the convoy will be calling at major cities including Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Ranau and Sandakan to engage with local communities and councils, allowing them to get up close to and experience the new Perodua SUV.
“I am pleased to announce that since the Perodua Aruz’s launch in January, over 4,000 units have found homes out of over 14,000 bookings nationwide to date.
“This favourable reception by the Malaysian public both humbles and encourages us to work harder to improve our delivery times and serve you better,” Dato’ Zainal said.
He added that the Perodua Aruz’s 220 mm ground clearance gives it great all-round visibility and the ability to traverse semi-rough terrain and small floods with ease. Its body-on-frame construction also makes it durable and capable of handling loads.
The seven seats can be adjusted in many ways to suit owners’ lifestyles, and thanks to six airbags and Vehicle Stability Control (VSC) being standard across the range, plus Advanced Safety Assist 2.0 on the AV variant, the Perodua Aruz has a maximum five-star ASEAN NCAP safety rating.
Worries about great distances between petrol stations are put to rest, as the Perodua Aruz is a government-certified Energy-Efficient Vehicle (EEV) with the best fuel economy in its class.
“All these make the Perodua Aruz very well-suited to East Malaysia, where the nation’s best-value SUV is priced at RM74,900 for the X variant and RM79,900 for the AV variant,” said Dato’ Zainal.
Perodua sasar Aruz jadi SUV terlaris di Malaysia Timur – lebih 4,000 unit diserahkan daripada 14,000 tempahan seluruh negara
Kuching, 16hb Mac: Perodua mensasarkan SUV tujuh tempat duduk baharu, Perodua Aruz, menjadi SUV terlaris di Malaysia Timur, yang mana pasarannya didominasi oleh segmen tersebut.
"Perodua mensasarkan untuk mengembangkan lagi bahagian pasaran Malaysia Timur daripada 40% pada masa ini dan Perodua Aruz baharu akan menerajui perkembangan tersebut di wilayah ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad.
Pagi ini bertempat di Cawangan Perodua Kuching 1, Dato’ Zainal telah menyempurnakan acara pelepasan Konvoi Perodua Aruz TransBorneo, di mana enam unit Perodua Aruz akan memulakan penjelajahannya dari Kuching, Sarawak ke Tawau, Sabah dengan jarak keseluruhan kira-kira 1,500 km bermula dari 16hb-22hb Mac 2019.
Di sepanjang penjelajahan, pasukan konvoi akan singgah di bandar-bandar utama termasuk Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Ranau dan Sandakan untuk bertemu dengan komuniti dan pihak berkuasa tempatan bagi memperkenalkan serta memberi pengalaman pemanduan SUV baharu Perodua kepada mereka.
"Saya dengan berbesar hati ingin mengumumkan bahawa sejak pelancaran Perodua Aruz pada Januari lalu, lebih 4,000 unit telah diserahkan kepada pemiliknya daripada 14,000 tempahan di seluruh negara setakat ini.
"Sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia telah mendorong kami untuk bekerja dengan lebih keras dalam memperbaiki tempoh masa penghantaran kami dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda," kata Dato' Zainal.
Beliau menambah bahawa ketinggian 220 mm dari aras tanah memberikan Perodua Aruz penglihatan keseluruhan yang baik buat pemandu, di samping itu menawarkan pemanduan yang selesa dan kemampuan merentasi keadaan jalan yang lasak atau berlopak dengan mudah.
Tambahan lagi, struktur body-on-frame menjadikan ia sangat tahan lama dan mampu menampung beban.
Tujuh tempat duduknya boleh dilaraskan dalam pelbagai cara untuk disesuaikan dengan gaya hidup pemilik. Turut ditawarkan, enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) yang standard pada semua varian, ditambah juga Advanced Safety Assist 2.0 pada varian AV, menjadikan Perodua Aruz model yang diperakui dengan penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP.
Tiada lagi kerisauan tentang jarak stesen petrol seterusnya kerana Perodua Aruz adalah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang diperakui kerajaan dengan penggunaan bahan api yang terbaik di kelasnya.
"Semua ini menjadikan Perodua Aruz sangat sesuai untuk Malaysia Timur yang mana model yang memberi nilai terbaik ini ditawarkan dengan harga RM74,900 untuk varian X dan RM79,900 untuk varian AV," kata Dato' Zainal.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.