Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

PERODUA AND BANK RAKYAT INTRODUCE CREDIT CARD-i DESIGNED FOR AUTOMOTIVE SPENDING

KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER 2026 – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) and Bank Rakyat have forged a strategic partnership through the launch of Credit Card-i, offering exclusive benefits for automotive-related spending.


In addition to supporting the country’s automotive ecosystem, the Perodua-Bank Rakyat Credit Card-i is specially designed to meet the needs of vehicle owners by offering rewards that can be conveniently converted and redeemed through the Perodua P-Circle mobile app.


Among the key benefits offered by the Credit Card-i are five times reward points on spending related to fuel, EV (electric vehicle) charging, vehicle maintenance and takaful protection purchases.


The Credit Card-i also offers 0% overseas transaction fees and no annual fee for cardholders. In addition, cardholders will enjoy complimentary takaful coverage for total outstanding balances of up to RM300,000, up to the age of 70, as well as RM1,000 of Khairat Kematian (Bereavement Benefit).


The Perodua-Bank Rakyat Credit Card-i comes in two exclusive designs inspired by the Perodua QV-E and TIRA, a character from the animation film featured on Perodua’s P-Circle mobile app.


Commenting on the partnership, Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad said the company appreciates Bank Rakyat’s strong support in ensuring the collaboration between the two organisation succeed.


“This launch is a significant milestone for us as it marks the first time we have partnered with a banking institution to introduce a Credit Card-i. We will also be running a special campaign to encourage our customers to apply for the Credit Card-i through exclusive Perodua Package offers,” he said.


Meanwhile, Bank Rakyat Group Chief Executive Officer, Ahmad Shahril Mohd Shariff said, “The strategic collaboration with Perodua reflects Bank Rakyat’s approach towards building an ecosystem that provides customers with more comprehensive value and rewards through the combined strengths of Islamic banking and the automotive industry.


This initiative aligns with Bank Rakyat’s “For All” aspiration to expand access to inclusive and relevant financial solutions for all segments of the community.


We believe such collaborations will create more opportunities for Bank Rakyat to expand its reach, strengthen the customer experience and develop more innovative and value-added Shariah-compliant financial solutions,” he said.


Members of the public can visit their nearest Perodua sales and service outlets or Bank Rakyat branches to find out more about the benefits and features of the Perodua-Bank Rakyat Credit Card-i.

 

 

PERODUA DAN BANK RAKYAT JALIN KERJASAMA PERKENAL KAD KREDIT-i DENGAN MANFAAT PERBELANJAAN AUTOMOTIF


KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER 2026 – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Bank Rakyat menjalinkan kerjasama menerusi pelancaran Kad Kredit-i yang menawarkan manfaat khusus untuk perbelanjaan berkaitan sektor automotif.


Selain untuk menyokong ekosistem automotif negara, Kad Kredit-i Perodua-Bank Rakyat ini direka khusus bagi memenuhi keperluan pemilik kenderaan dengan menawarkan mata ganjaran yang boleh dipindah dan ditebus dengan mudah menerusi aplikasi P-Circle Perodua.


Antara ciri khas yang ditawarkan menerusi Kad Kredit-i berkenaan termasuk, lima kali ganda mata ganjaran ke atas perbelanjaan bahan api, pengecasan EV (kenderaan elektrik), penyelenggaran kenderaan serta pembelian perlindungan takaful.


Selain itu, Kad Kredit-i tersebut turut menawarkan 0% yuran transaksi di luar negara serta tiada yuran tahunan dikenakan ke atas pemegang kad. Perlindungan takaful turut ditawarkan secara percuma untuk jumlah baki tunggakan maksimum RM300,000, sehingga umur 70 tahun serta Khairat Kematian sebanyak RM1,000.


Lebih istimewa, Kad Kredit-i Perodua-Bank Rakyat ini didatangkan dengan dua rekaan imej eksklusif yang diinspirasikan daripada Perodua QV-E serta karakter TIRA daripada filem animasi yang ditayangkan di aplikasi P-Circle Perodua.


Mengulas mengenai kerjasama ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata pihaknya berterima kasih kepada Bank Rakyat atas sokongan kuat yang diberikan dalam memastikan kerjasama kedua-dua syarikat ini berjalan lancar.


“Pelancaran ini amat bersejarah bagi kami kerana ia adalah kali pertama kami menjalinkan kerjasama dengan institusi perbankan untuk pengeluaran Kad Kredit-i.

Kami juga akan menjalankan kempen khas untuk menarik pelanggan kami bagi mendapatkan Kad Kredit-i ini menerusi tawaran-tawaran eksklusif Pakej Perodua,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, “Kerjasama strategik bersama Perodua ini mencerminkan pendekatan Bank Rakyat dalam membina ekosistem yang dapat memberikan nilai dan ganjaran yang lebih menyeluruh kepada pelanggan melalui gabungan kekuatan perbankan Islam dan industri automotif.


Inisiatif ini selaras dengan aspirasi ‘Untuk Semua’ Bank Rakyat dalam memperluas akses kepada penyelesaian kewangan yang inklusif dan relevan kepada seluruh lapisan masyarakat.


Kami percaya kerjasama seperti ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada Bank Rakyat untuk memperluas jangkauan, memperkukuh pengalaman pelanggan serta membangunkan penyelesaian kewangan patuh Syariah yang lebih inovatif dan bernilai tambah,” katanya.


Orang ramai boleh mengunjungi cawangan jualan dan servis Perodua serta cawangan Bank Rakyat yang berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan Kad Kredit-i ini.

 

 

 

 


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me