BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
Putrajaya, 10 Oct: The Malaysian Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (KPDNHEP) has purchased 55 units of the Perodua Aruz AV, marking the seven-seater SUV’s entry into the government sector and the model’s first fleet deal.
A delivery ceremony was held today at the ministry’s headquarters in Putrajaya, where KPDNHEP Secretary-General Datuk Muez Abdul Aziz symbolically handed a mock key over to KPDNHEP Director of Enforcement Dato’ Haji Iskandar Halim Haji Sulaiman.
“We thank KPDNHEP very much for choosing the Perodua Aruz and in doing so, supporting the Malaysian automotive supply eco-system, as over 90% of the Aruz’s components are locally sourced. The same is true of all our current models,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad said.
With over 23,000 units already sold out of over 33,000 bookings received to date since its launch in January, the Perodua Aruz is Malaysia’s best-value SUV as well as her best-selling SUV so far this year.
“We understand KPDNHEP’s enforcement officers often take long road journeys in the course of duty. The Perodua Aruz is durable, dependable, spacious, practical, easy to drive and due to its many seating configurations, very versatile. Not forgetting conveniences such as the built-in toll card reader, integrated dash cam, HDMI, Smart Link, Bluetooth and navigation.
“With Advanced Safety Assist (ASA) 2.0, six airbags and Vehicle Stability Control (VSC), the Perodua Aruz has a maximum five-star ASEAN NCAP safety rating. It is also an Energy-Efficient Vehicle (EEV) with a best-in-class rated fuel efficiency of 15.6 km/l, contributing to its low running costs,” Dato’ Zainal said.
“Factor in Malaysia’s largest vehicle service network and we are confident that KPDNHEP will find a faithful, useful and delightful companion in the Perodua Aruz,” he added.
Last July, Perodua hosted an engagement session with KPDNHEP in a move to curb imitation Perodua-branded products and parts in the market, becoming one of the first carmakers in Malaysia to take such an initiative.
Perodua Aruz memasuki sektor kerajaan dengan 55 unit diserahkan kepada KPDNHEP
Putrajaya, 10hb Okt: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) telah membeli 55 unit Perodua Aruz AV, menandakan kemasukan SUV tujuh-tempat duduk tersebut ke sektor kerajaan dan pembelian fleet pertama bagi model tersebut.
Upacara penyerahan diadakan sebentar tadi di ibu pejabat Kementerian di Putrajaya, di mana Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Muez Abdul Aziz menyerahkan kunci replika secara simbolik kepada Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Dato’ Haji Iskandar Halim Haji Sulaiman.
“Kami amat berterima kasih kepada KPDNHEP kerana memilih Perodua Aruz sekaligus menyokong ekosistem bekalan automotif Malaysia, kerana lebih daripada 90% komponen Aruz adalah daripada sumber tempatan. Begitu juga dengan semua model-model kami yang lain,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Dengan lebih 23,000 unit telah dijual daripada lebih 33,000 tempahan diterima sejak pelancarannya pada Januari lalu, Perodua Aruz merupakan SUV yang menawarkan nilai terbaik di pasaran dan juga SUV terlaris di Malaysia setakat tahun ini.
“Kami difahamkan tugasan para pegawai penguatkuasa KPDNHEP sering melibatkan perjalanan yang jauh. Perodua Aruz adalah kenderaan yang lasak, boleh dipercayai, luas, praktikal, mudah dipandu dan mempunyai pelbagai konfigurasi tempat duduk. Tidak lupa juga kemudahan seperti pembaca kad tol dan kamera perakam yang terbina dalam, HDMI, Smart Link, Bluetooth dan sistem navigasi.
"Dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0, enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Perodua Aruz diberi penarafan keselamatan tertinggi lima bintang oleh ASEAN NCAP. Ia juga merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang dinilai sebagai paling cekap penggunaan bahan api dalam kelasnya dengan 15.6 km/l, menyumbang kepada kos pemilikan yang rendah,” kata Dato’ Zainal.
“Ditambah dengan rangkaian servis terbesar di Malaysia, kami yakin KPDNHEP akan menemui Perodua Aruz sebagai kenderaan yang sangat sesuai dengan keperluan dan kehendak mereka,” tambahnya.
Pada Julai lalu, Perodua telah menganjurkan sesi perjumpaan bersama KPDNHEP dalam usaha untuk membanteras produk dan alat ganti tiruan berjenama Perodua di pasaran, menjadikannya antara syarikat pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang mengambil inisiatif sedemikian.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.