BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Kuala Lumpur, 3hb Jan: Perodua Aruz, the national carmaker’s much-awaited three-row seven-seater Sports Utility Vehicle (SUV), is now open for booking with estimated prices of between RM72,200 and RM77,200 (on-the-road before insurance in Peninsular Malaysia).
“The Perodua Aruz is our fourth transformation model, setting new standards for us in quality, space, fuel efficiency and safety – the latter bolstered by a 5-star ASEAN NCAP safety rating.
“With these qualities and more, the Perodua Aruz is among the best-value SUVs in Malaysia,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad said, adding that the vehicle comes with a five-year/150,000 km warranty (whichever comes first).
“The Perodua Aruz is expected to complement our existing product line-up and based on our value proposition, we expect sales of this new model to average 2,500 units monthly or 31,200 units by end-2019,” Dato’ Zainal added.
Two variants of the Perodua Aruz are offered, namely the 1.5 X and 1.5 Advance, with five colours available – Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey and a new Amazon Green.
Contributing to the Perodua Aruz’s 5-star ASEAN NCAP safety rating are Vehicle Stability Control(VSC), Hill Start Assist (HSA), ISOFIX and six airbags, which are all standard across the range.
Furthermore, the Advance variant debuts an upgraded version of the Advanced Safety Assist (ASA) active safety suite, called ASA 2.0.
ASA 2.0 adds pedestrian detection (up to 50 km/h) to the safety suite and increases the operational speeds of Pre-Collision Warning to 100 km/h and Pre-Collision Braking to 80 km/h. The safety suite continues to incorporate Front Departure Alert and Pedal Misoperation Control.
ASA is a driver assistance system that helps to reduce the risk of collisions and is by no means a substitute for safe driving. Always be alert and cautious behind the wheel.
“The Perodua Aruz is perfect for families and those with active, aspirational lifestyles. The elevated driving position affords great visibility all round, while the abundance of space and flexible seating layouts make the vehicle extremely versatile and adaptable to any activity you wish to undertake,” Dato’ Zainal said.
The Perodua Aruz’s efficient powertrain, built in Sendayan, Negeri Sembilan, consists of an aluminium-block 1.5 litre four-cylinder engine with Dual VVT-i and an electronically-controlled automatic transmission (E-AT).
These join forces with Eco Idle to give a best-in-class rated fuel efficiency of 15.6 km/l, allowing it to be government-certified as an Energy-Efficient Vehicle (EEV).
Featuring bold LED headlamps with follow-me-home function (auto lights on Advance variant), the Perodua Aruz sits on 17-inch two-tone alloys, with a ground clearance of 220 mm. Smart Entry with Push Start/Stop Button is also standard, while the Advance variant adds fog lamps and roof rails for extra style points.
The interior is at once functional, stylish and practical, with the Perodua-developed anti-snatch hook to deter handbag thieves and fold-away utility hooks on the backs of the front seats.
All variants get a touch-screen radio with reverse camera display, digital air-con with two memory settings, air vents for the rear passengers and a built-in toll card reader.
The second row is split 60:40 while the third row is split 50:50. Both rows can slide, fold and tumble, yielding a multitude of seating and loading configurations to suit every occasion and lifestyle. There are charging ports in all three rows.
Interior equipment exclusive to the Advance variant are leather seats, a leather-wrapped steering wheel with call-receive controls, plus an integrated driving video recorder. The top variant also gets HDMI, Smart Link, Bluetooth and navigation added to its touch-screen system.
“For more information on the Perodua Aruz, we welcome the public to speak with our authorised sales advisors at any of our sales outlets nationwide.
“The Perodua Aruz will appear in showrooms very soon, but don’t wait – book now to elevate your life in an instant and start 2019 riding high!” Dato’ Zainal said.
Perodua Aruz kini dibuka untuk tempahan, anggaran bermula daripada RM72,200
Kuala Lumpur, 3hb Jan: Kenderaan Sport Utiliti (SUV) tiga-barisan tujuh-tempat duduk, Perodua Aruz, kini dibuka untuk tempahan dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200 (harga atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia).
"Perodua Aruz adalah model transformasi keempat kami yang menetapkan piawaian baharu dari sudut kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan – yang mana ianya telah diperakui dengan penarafan keselamatan 5-bintang oleh ASEAN NCAP.
"Dengan pelbagai aspek yang dipertingkatkan, Perodua Aruz adalah antara SUV yang menawarkan nilai terbaik di Malaysia," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad, sambil menambah bahawa kenderaan tersebut dilengkapi dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).
"Perodua Aruz dijangka melengkapkan barisan produk kami yang sedia ada dan berdasarkan pakej produk yang ditawarkan, kami mensasarkan jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit untuk tahun 2019," tambah Dato' Zainal.
Perodua Aruz ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance, dengan lima warna antaranya Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.
Turut menyumbang kepada penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP bagi model baharu ini adalah ciri-ciri seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula-Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara. Semua ciri-ciri tersebut terdapat pada semua varian.
Tambahan lagi, varian Advance menampilkan sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) yang telah dipertingkatkan, dipanggil ASA 2.0.
Ciri-ciri baharu ASA 2.0 adalah pengesan pejalan kaki sehingga 50 km/j dan kelajuan operasi yang ditingkatkan sehingga 100 km/j untuk Amaran Pra-Pelanggaran dan 80 km/j untuk sistem Brek Pra-Pelanggaran. Sistem keselamatan ini juga menggabungkan Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (Front Departure Alert) dan Kawalan Kesilapan Menekan Pedal (Pedal Misoperation Control).
ASA adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan gantian kepada pemanduan selamat. Sentiasa waspada dan berhati-hati ketika memandu.
"Perodua Aruz amat sesuai untuk keluarga dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan beraspirasi. Posisi tempat duduk yang tinggi memberikan penglihatan yang baik ketika memandu, manakala ruang yang luas dan susunan tempat duduk yang fleksibel menjadikan model ini serba boleh dan boleh disesuaikan dengan apa-apa aktiviti yang anda ingin lakukan," kata Dato' Zainal.
Trenkuasa yang cekap untuk Perodua Aruz dibina di Sendayan, Negeri Sembilan, terdiri daripada enjin empat silinder 1.5 liter blok aluminium dengan Dual VVT-i dan transmisi automatik yang dikawal secara elektronik (E-AT).
Ianya digabungkan dengan Sistem Melahu Eko (Eco Idle) untuk memberi kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l dan membolehkan ia diiktiraf oleh kerajaan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
Memaparkan lampu depan LED dengan fungsi Follow-Me-Home(lampu auto pada varian Advance), Perodua Aruz juga diggayakan dengan rim aloi dwi-tona berukuran 17-inci, dengan ketinggian 220 mm dari aras tanah.
Akses Pintar dengan Butang Mula/Henti Enjin adalah standard untuk semua varian, manakala untuk varian Advance, lampu kabus dan rel bumbung ditambah untuk memberikan gaya yang lebih kepada varian tersebut.
Bahagian dalaman menyerlahkan lagi fungsi, gaya dan praktikal, di mana model ini turut dilengkapi dengan cangkuk anti-ragut untuk menghalang kecurian dan cangkuk utiliti di bahagian belakang kerusi.
Semua varian dilengkapi radio skrin sesentuh dengan paparan kamera undur, penghawa dingin digital dengan dua tetapan memori, corong penyaman udara untuk penumpang belakang dan alat pembaca kad tol terbina dalam.
Barisan tempat duduk kedua dibahagi 60:40, manakala barisan ketiga 50:50. Kedua-dua barisan tempat duduk ini boleh dilaras, dilipat dan digolek, menghasilkan banyak ruang dan konfigurasi untuk memenuhi setiap acara dan gaya hidup. Terdapat port pengecasan untuk ketiga-tiga barisan tempat duduk.
Bahagian dalaman untuk varian Advance adalah lebih eksklusif dengan kemasan kerusi kulit, stereng yang dibalut kulit dengan kawalan terima panggilan, serta perakam video memandu bersepadu. Varian teratas juga turut dilengkapi dengan HDMI, Smart Link, Bluetooth dan navigasi yang mana ditambah ke dalam sistem skrin sesentuh.
"Untuk maklumat lanjut mengenai Perodua Aruz, kami amat mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah di mana-mana cawangan jualan kami di seluruh negara.
"Perodua Aruz akan muncul di bilik pameran tidak lama lagi. Jangan tunggu lagi, tempah sekarang untuk menganjakkan gaya hidup anda untuk tahun baharu 2019!” kata Dato' Zainal.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.