BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Kuala Lumpur, 15hb Jan: Perodua has officially launched its latest Sports Utility Vehicle (SUV), the Aruz, which has already received 2,200 bookings since order-taking began on 3 January.
“As a People First company, Perodua has always been about making advanced technology and the latest trends in the automotive world accessible to as many Malaysians as possible,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“SUVs are enjoying a big rise globally. Buyers like their versatility, comfort, high driving position, good visibility and increased space while still maintaining a compact footprint. Above all, their appearance projects an active, adventurous and aspirational lifestyle that many desire.
“With the Perodua Aruz, many more Malaysians can now enjoy the benefits of an SUV, plus advanced features typically found only in pricier vehicles. This makes it among the best-value SUVs on sale today, with space, safety and efficiency elevated,” added Dato’ Zainal.
The seven-seater SUV was launched this evening by the Minister of International Trade and Industry, Yang Berhormat Datuk Darell Leiking and witnessed by Perodua Chairman, Tan Sri Asmat Kamaludin and the Japanese Ambassador to Malaysia, His Excellency Dr Makio Miyagawa.
Two variants of the Perodua Aruz are offered, namely the 1.5 X and 1.5 Advance, which are respectively priced at RM72,900 and RM77,900 (on-the-road before insurance in Peninsular Malaysia), making it among the most competitively-priced SUVs in the Malaysian market.
“The Perodua Aruz heralds a new direction for us – upwards. Our entry into the SUV segment elevates us into new territory where we will be taking our customer satisfaction efforts to the next level to satisfy the needs and wants of a more discerning customer base,” Dato’ Zainal said.
With 95% of its components locally-sourced, the Perodua Aruz is the national carmaker’s fourth Energy-Efficient Vehicle (EEV), touting a class-leading fuel economy of 15.6 km/l. The Perodua Aruz is offered with a five-year/150,000 km warranty (whichever comes first).
“The Perodua Aruz is expected to complement our existing product line-up and based on our value proposition, we expect sales of this new model to average 2,500 units monthly or 31,200 units by end-2019,” Dato’ Zainal said.
The Perodua Aruz’s standard safety features include VSC, ISOFIX and six airbags, plus an upgraded Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 suite with pedestrian detection and increased operational speeds on the Advance variant.
The Perodua Aruz has also been awarded a five-star ASEAN NCAP safety rating by the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).
Five exterior colours are available – Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey and a new Amazon Green.
Perodua welcomes the public to visit its authorised sales outlets and speak with its authorised sales advisors to learn more about the Aruz and its other models.
As an added bonus, from 9 January onwards, all customers who purchase Perodua Total Protect Plus motor insurance will not only enjoy free Perodua Auto Assist benefits but also free unlimited unnamed drivers, flood allowance up to RM1,000 and Personal Accident coverage up to RM10,000.
Perodua Aruz rasmi dilancarkan – SUV nilai terbaik Malaysia
Kuala Lumpur, 15hb Jan: Perodua secara rasminya telah melancarkan Kenderaan Sport Utiliti(SUV) terbaharu, Aruz, yang telah menerima 2,200 tempahan sejak ianya dibuka untuk tempahan bermula 3hb Januari lalu.
“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan, Perodua sentiasa berusaha untuk menjadikan teknologi dan trend automotif terkini mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Permintaan SUV semakin meningkat di seluruh dunia. Pelanggan menggemari ciri-ciri SUV seperti serba boleh, selesa, kedudukan memandu yang tinggi, penglihatan yang baik serta ruang yang luas dan dalam masa yang sama mengekalkan tapak yang kompak. Dengan kesemua ciri tersebut, kenderaan ini mempamerkan gaya hidup aktif, mencabar dan beraspirasi.
“Dengan Perodua Aruz, rakyat Malaysia kini boleh menikmati kelebihan sebuah SUV, termasuk ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat di dalam kenderaan mewah sahaja. Ini menjadikan Aruz antara SUV dengan nilai terbaik pada masa kini yang memenuhi anjakan ruang, keselamatan dan kecekapan,” tambah Dato’ Zainal.
SUV tujuh-tempat duduk ini dilancarkan petang tadi oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Yang Berhormat Datuk Darell Leiking dengan disaksikan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin serta Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr Makio Miyagawa.
Perodua Aruz ditawarkan dalam dua varian, iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance, yang masing-masing berharga RM72,900 and RM77,900 (atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia), menjadikan ianya antara SUV yang paling berpatutan di pasaran Malaysia.
“Perodua Aruz menerajui arah baharu untuk kami. Kemasukan kami ke segmen SUV ini membawa kami ke pasaran baharu di mana kami akan mempertingkatkan inisiatif kepuasan pelanggan kami untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka,” kata Dato’ Zainal.
Dengan 95% daripada komponennya merupakan sumber tempatan, Perodua Aruz merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) keempat daripada syarikat tersebut, yang memberi kecekapan bahan api terbaik dalam segmen – 15.6 km/l. Waranti selama lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu) turut ditawarkan.
“Perodua Aruz dijangka melengkapkan barisan produk kami yang sedia ada dan berdasarkan pakej produk yang ditawarkan, kami mensasarkan jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit untuk tahun 2019,” kata Dato’ Zainal.
Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada semua varian Perodua Aruz termasuk Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), ISOFIX dan enam beg udara. Varian Advance dilengkapi dengan sistem Advanced Safety Assist(ASA) 2.0 yang telah dinaiktaraf dengan penambahan pengesanan pejalan kaki dan peningkatan kelajuan operasi.
Perodua Aruz juga telah dianugerahkan penarafan keselamatan lima-bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Lima warna luaran ditawarkan – Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.
Perodua mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung ke pusat jualan sah dan bercakap dengan penasihat jualannya yang sah untuk mengetahui lebih lanjut tentang Aruz serta model-model Perodua yang lain.
Sebagai bonus tambahan, bermula 9hb Januari, semua pelanggan yang membeli insurans motor Perodua Total Protect Plus bukan sahaja akan menikmati Perodua Auto Assist percuma tetapi juga penamaan pemandu percuma tanpa had, elaun banjir sehingga RM1,000 serta perlindungan Kemalangan Peribadi sehingga RM10,000.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.