Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

Perodua Ativa launched, final prices lower than estimated

Kuala Lumpur, 3 March: The Perodua Ativa, the first model under the Perodua Smart Build blueprint, officially launched today at final prices lower than estimated, ranging from RM61,500 to RM72,000, on-the-road before insurance in Peninsular Malaysia.

The said prices supersede the estimated RM62,500 to RM73,400 announced earlier, and are valid until the government’s sales tax exemption expires on 30 June.

“The Perodua Ativa’s competitive pricing was made possible by its 95% localisation rate – the highest initial local content rate for any Perodua model. Even the engine and transmission are locally manufactured,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad said.

The Perodua Ativa was officially unveiled by Perodua Chairman Tan Sri Asmat Kamaludin via a digital premiere that began at 8pm.

“We have so far received some 5,000 bookings for the Perodua Ativa since we began collecting orders on 19 February. We thank the public very much for their support. Deliveries will begin tomorrow (4 March), and we aim to deliver an average of 3,000 units a month,” said Dato’ Zainal.

Dato’ Zainal added that the Perodua Ativa is the result of the first truly smart partnership between Perodua and its technical and technology partner Daihatsu.

“The Perodua Ativa was developed on a global platform as Perodua and Daihatsu pooled resources to offer the most competitive model we can produce,” he said.

According to Dato’ Zainal, the Perodua Ativa’s introduction is significant as it brings Perodua’s collaboration with Daihatsu to a new level and allows Perodua and its suppliers to commonise components and processes for maximum cost efficiency.

“This was all done without sacrificing our unique Malaysian design, features and tastes,” he added.

“Our involvement with the Ativa began from the drawing board – 54 of our designers and engineers worked with Daihatsu on this model since 2018.

“This close collaboration allowed us to include the Malaysian automotive ecosystem in the development of this model, and the suppliers rose to the challenge and were able to reduce their costs,” Dato’ Zainal said.

“We thank the Malaysian Government for acknowledging our contributions to the ecosystem and for their support,” said Dato’ Zainal.

Elaborating on the new model, Dato’ Zainal said: “Ativa is Portuguese for ‘active’, and we believe that a test drive is all one needs to be convinced that the Perodua Ativa is the perfect companion for the urban, active lifestyles most of us live today.”

The Ativa is Perodua’s first turbocharged vehicle, its first to use a Continuously Variable Transmission (CVT) and its first to satisfy Autonomous Driving Level 2 standards, besides being the most affordable vehicle in Malaysia to do so.

These technologies contribute to a class-leading rated fuel efficiency of 18.9 km/l, making it Perodua’s fifth Energy-Efficient Vehicle (EEV).

Debuting on the Perodua Ativa is Advanced Safety Assist (ASA*) 3.0, which is standard across the range for the first time. ASA 3.0 works at higher speeds (up to 120 km/h for vehicles, up to 60 km/h for pedestrians) versus the current ASA 2.0, and can now detect two-wheeled vehicles as well as function at night.

Also on all variants are six airbags, automatic LED headlamps with Auto High Beam, plus Lane Departure Warning and Prevention. H and AV variants get Adaptive Driving Beam, a seven-inch TFT multi-info display and a nine-inch touch-screen infotainment system with voice recognition, while the top AV exclusively gets Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert and Adaptive Cruise Control.

With the Ativa now part of the Perodua family, the carmaker expects to buy a total of RM6.5 billion worth of components from Malaysian suppliers this year.

“We invite all Malaysians to our sales outlets nationwide – where strict COVID-19 guidelines are in place for the health and safety of all – to see, feel and test drive the Perodua Ativa ahead of the government’s sales tax exemption expiry in end-June,” said Dato’ Zainal.

Perodua Ativa final prices, on-the-road before insurance (P. Malaysia)
X  Metallic colours: Glittering Silver/Granite Grey/Cobalt Blue RM61,500
H  Metallic colours: Glittering Silver/Granite Grey/Cobalt Blue RM66,100
H Special Metallic colours: Pearl Diamond White/Pearl Delima Red RM66,600
AV  Metallic colours: Glittering Silver/Granite Grey RM71,200
AV Special Metallic colours: Pearl Diamond White/Pearl Delima Red RM71,700
AV  Two-tone Special Metallic colours: Pearl Diamond White/Pearl Delima Red RM72,000

*ASA is a driver assistance system that helps to reduce the risk of collisions and is by no means a substitute for safe driving. Always be alert and cautious behind the wheel.

 

 

Kuala Lumpur, 3hb Mac: Perodua Ativa, model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, dilancarkan hari ini dengan harga rasmi antara RM61,500 hingga RM72,000, atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia.

Harga tersebut lebih rendah daripada harga tentatif RM62,500 hingga RM73,400 yang telah diumumkan sebelum ini, dan sah sehingga pengecualian cukai jualan kerajaan berakhir pada 30hb Jun nanti.

“Harga Perodua Ativa yang berpatutan adalah disebabkan kadar kandungan komponen tempatan sebanyak 95%, kadar permulaan tertinggi bagi mana-mana model Perodua. Malah, enjin dan transmisinya juga dihasilkan di Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Perodua Ativa dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin menerusi premiere digital yang bermula pada 8 malam tadi.

“Setakat ini, kami telah menerima kira-kira 5,000 tempahan bagi Perodua Ativa sejak ianya dibuka untuk tempahan pada 19hb Februari lalu. Kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan mereka. Penghantaran akan bermula esok (4hb Mac), dan kami mensasarkan untuk menghantar sebanyak 3,000 unit sebulan secara purata,” kata Dato’ Zainal.

Dato’ Zainal turut menambah bahawa Perodua Ativa adalah hasil kerjasama pintar pertama antara Perodua dan rakan teknikal dan teknologinya, Daihatsu.

“Perodua Ativa dibina atas platform global kerana Perodua dan Daihatsu telah berjaya menyatukan sumber yang mampu menghasilkan model paling berdaya saing,” beliau berkata.

Menurut Dato’ Zainal, pengenalan Perodua Ativa amat penting kerana ia membawa kerjasama antara Perodua dan Daihatsu ke tahap baharu, membolehkan Perodua dan para pembekalnya berkongsi komponen dan proses untuk memaksimumkan kecekapan kos.

“Semua ini dilakukan tanpa mengetepikan reka bentuk, ciri-ciri dan citarasa Malaysia yang unik,” tambah beliau.

“Penglibatan kami dalam pembangunan Ativa bermula dari papan lukisan dengan 54 pereka dan jurutera kami bekerjasama dengan Daihatsu sejak 2018.

“Kerjasama erat ini membolehkan kami melibatkan ekosistem automotif Malaysia di dalam pembangunan model ini, dan para pembekal kami berjaya mengatasi cabaran dan mampu mengurangkan kos mereka,” kata Dato’ Zainal.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mengiktiraf sumbangan kami kepada ekosistem dan atas sokongan mereka selama ini,” kata Dato’ Zainal.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai model baharu ini, Dato’ Zainal berkata: “Ativa berasal daripada Bahasa Portugis yang bermaksud ‘aktif’, dan kami percaya bahawa setelah anda memandu uji Perodua Ativa, anda akan yakin bahawa model ini sesuai dengan gaya hidup aktif di bandar yang dialami ramai kini.”

Ativa merupakan kenderaan cas turbo pertama Perodua, model pertama Perodua yang menggunakan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) dan model pertama Perodua yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2, selain menjadi kenderaan paling mampu milik di Malaysia yang memenuhi standard tersebut.

Semua teknologi ini menyumbang kepada kecekapan bahan api sehingga 18.9 km/l, menjadikannya Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kelima Perodua.

Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 3.0 membuat kemunculan pertamanya pada Perodua Ativa, dan ianya terdapat pada semua varian buat julung kali. ASA 3.0 berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi (sehingga 120 km/j untuk kenderaan dan sehingga 60 km/j untuk pejalan kaki) berbanding sistem ASA 2.0 semasa, dan kini boleh mengesan kenderaan beroda dua serta berfungsi pada waktu malam.

Pada semua varian juga terdapat enam beg udara, lampu hadapan LED automatik dengan Auto High Beam dan Lane Departure Warning and Prevention. Varian H dan AV mempunyai Adaptive Driving Beam, paparan multi-info TFT tujuh-inci dan sistem infotainment skrin sesentuh sembilan-inci dengan voice recognition. Varian AV secara eksklusif mempunyai  Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control.

Dengan Ativa kini sebahagian daripada keluarga Perodua, pengeluar kenderaan itu menjangkakan perbelanjaan sebanyak RM6.5 bilion untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan tahun ini.

“Kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk mengunjungi mana-mana pusat jualan kami di seluruh negara – di mana garis panduan COVID-19 dipatuhi ketat demi kesihatan dan keselamatan semua – untuk melihat, merasai dan memandu uji Perodua Ativa sebelum pengecualian cukai jualan kerajaan berakhir pada 30hb Jun nanti,” kata Dato’ Zainal.

Harga Rasmi Perodua Ativa, atas jalan sebelum insurans (Semenanjung Malaysia)
X  Warna Metalik: Glittering Silver/Granite Grey/Cobalt Blue RM61,500
H  Warna Metalik: Glittering Silver/Granite Grey/Cobalt Blue RM66,100
H  Warna Metalik Khas: Pearl Diamond White/Pearl Delima Red RM66,600
AV  Warna Metalik: Glittering Silver/Granite Grey RM71,200
AV Warna Metalik Khas: Pearl Diamond White/Pearl Delima Red RM71,700
AV  Warna Metalik Khas dwi-tona: Pearl Diamond White/Pearl Delima Red RM72,000

*ASA adalah adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan pengganti pemanduan selamat sama sekali. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me