Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

Perodua brings smiles again to Sabah Women and Children’s Hospital

Kota Kinabalu, 13 Jul: Sabah Women and Children's Hospital recently received a portable flexible videoscope set, while 250 underprivileged paediatric patients received contributions ranging from school supplies to prescription glasses, courtesy of Perodua.

Of the 250 child patients, 200 patients aged below 12 received stationery while the remaining 50 outpatient kids were given prescription glasses.

"While Malaysia is showing positive signs in the fight against COVID-19, we now include other priorities to ensure the quality of life improves in this country," said Perodua President and Chief Executive Officer Dato' Zainal Abidin Ahmad.

"In addition to that, our contributions here are our way of thanking the good staff of Sabah Women and Children’s Hospital for tirelessly and selflessly caring for the patients," he added.

Perodua first engaged with the Sabah Women and Children's Hospital in 2018, contributing two laryngoscope blade sets and 40 bed pillows, and toys for some 250 child patients.

"Based on feedback from the hospital, we have decided to further assist this health institution to further increase its capabilities as well as contribute directly to the community.

"It is important that Perodua continues its role as a responsible and caring organisation towards the Malaysian community who has strongly supported us over the years," said Dato' Zainal.

 

Perodua bawa senyuman kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah

Kota Kinabalu, 13hb Jul: Perodua baru-baru ini telah menyumbang satu set videoskop fleksibel mudah alih kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, manakala 250 pesakit pediatrik yang kurang berkemampuan menerima sumbangan merangkumi peralatan sekolah dan cermin mata preskripsi.

Daripada 250 pesakit kanak-kanak tersebut, 200 pesakit berusia di bawah 12 tahun menerima alat tulis sementara 50 pesakit luar diberikan cermin mata preskripsi.

"Malaysia kini menunjukkan tanda-tanda positif dalam memerangi COVID-19. Oleh itu, kami sedang mengkaji keutamaan lain dalam memastikan kualiti hidup bertambah baik di negara ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Zainal Abidin Ahmad.

"Sumbangan kami di sini adalah sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah kerana menjalankan tugas menjaga pesakit tanpa kenal penat lelah dan dengan penuh kasih sayang," tambah beliau.

Perodua julung kali melawat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah pada 2018, menyumbang dua set laryngoscope blades dan 40 bantal, serta barangan mainan bagi kira-kira 250 pesakit kanak-kanak di sana.

"Berdasarkan maklum balas daripada pihak hospital, kami telah memutuskan untuk terus membantu institusi kesihatan ini untuk meningkatkan kemampuannya serta menyumbang secara langsung kepada masyarakat.

"Adalah penting bagi Perodua untuk meneruskan peranannya sebagai organisasi yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat Malaysia yang telah memberi sokongan padu kepada kami selama ini," ujar Dato' Zainal.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me