BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Sungai Buloh, 18 May: Perodua has contributed an additional RM80,000 worth of medical supplies to Hospital Sungai Buloh as part of the compact car company’s ongoing efforts to support key public institutions nationwide.
The medical supplies include 5,000 face shields, wheelchairs equipped with safety belts, commode chairs, transfer boards, bed railings, rehabilitation chairs, walking frames, walking sticks and a therapy tilt table.
“The supplies provided are based on feedback given by the hospital’s administrative team to help keep their staff safe and patients comfortable,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
The 5,000 face shields Perodua contributed to Hospital Sungai Buloh were manufactured by an associate company, bringing the total number of face shields the carmaker has contributed to various organisations in Malaysia, to 35,000.
Recipients of the face shields included schools, clinics, local government offices and councils, and even market hawkers in the surrounding community.
The face shields feature a fog-resistant visor made of polyethylene terephthalate for optimal visibility, sponge cushioning that hugs the forehead to act as a barrier against airborne droplets, and an adjustable elastic band for a snug and comfortable fit.
In the early days of the first Movement Control Order (MCO) last year, Perodua contributed 150 mattresses, 200 pillows, 105 boxes of mineral water, 15 industrial fans and 300 pairs of rubber boots to Hospital Sungai Buloh.
“We will continue to communicate with key public institutions to see where Perodua may contribute strategically in supporting the nation. We thank and salute our brave men and women who work tirelessly to serve us all,” Dato’ Zainal said.
Perodua sumbang bekalan perubatan tambahan kepada Hospital Sungai Buloh
Sungai Buloh, 18hb Mei: Perodua telah menyumbang bekalan perubatan tambahan bernilai RM80,000 kepada Hospital Sungai Buloh sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat kereta kompak tersebut dalam menyokong institusi awam utama di seluruh negara.
Bekalan perubatan itu merangkumi 5,000 pelindung muka, kerusi roda yang dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan, kerusi tandas duduk, papan pemindahan, rel katil, kerusi pemulihan, rangka bantu berjalan, tongkat dan meja miring terapi.
“Bekalan yang disumbangkan adalah berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pasukan pentadbiran hospital untuk membantu menjaga keselamatan para kakitangan dan memberi keselesaan kepada pesakit mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
5,000 pelindung muka yang disumbangkan oleh Perodua kepada Hospital Sungai Buloh dihasilkan oleh syarikat bersekutunya, meningkatkan jumlah pelindung muka yang telah disumbangkan oleh pengeluar kenderaan tersebut kepada pelbagai organisasi di Malaysia, kepada 35,000 unit.
Penerima pelindung muka termasuk sekolah-sekolah, klinik-klinik, pejabat-pejabat kerajaan dan majlis tempatan serta para penjaja di kawasan sekitar.
Pelindung muka tersebut mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum. Kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air manakala jalur elastik boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada tahun lalu, Perodua telah menyumbang 150 tilam, 200 bantal, 105 kotak air mineral, 15 kipas industri dan 300 pasang kasut getah kepada Hospital Sungai Buloh.
“Kami akan terus berkomunikasi dengan institusi awam utama bagi menentukan di mana Perodua boleh menyumbang secara strategik untuk membantu negara. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada wira dan wirawati negara yang berkhidmat untuk kita semua tanpa mengenal penat lelah,” kata Dato’ Zainal.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.