Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

PERODUA CONTRIBUTES BEZZA PATROL CARS TO SELANGOR POLICE

Shah Alam, 7 Mar: As a service to the public and country, Perodua has contributed three Bezzas to the Selangor Police Contingent (IPK Selangor) for use as patrol cars.

The Bezzas have been outfitted with police equipment including radios and beacon lamps, and will see duty at IPK Selangor, the Bukit Aman Crime Prevention and Community Safety Department (JPJKK Bukit Aman) and Hulu Selangor District Police (IPD Hulu Selangor).

“For the 26 years Perodua has made Selangor our home, we have been able to operate effectively and without distress due to the commendable efforts by the Royal Malaysian Police, particularly IPK Selangor, to maintain public safety, peace and harmony.

“We hope our humble contribution can be accepted by the police as a token of gratitude for their resolute steadfastness, fairness, dedication and courage. We salute you,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

A handover ceremony was held at the Selangor Police Headquarters in Shah Alam on Tuesday, where Dato’ Zainal presented the keys to Selangor Police Chief Commissioner Dato’ Noor Azam Jamaludin.

Also present were IPK Selangor Crime Prevention and Community Safety Head, Senior Assistant Commissioner Dato’ Kumaran Karuppannan; Bukit Aman Support Resource Coordination Chief Assistant Director, Senior Assistant Commissioner Tuan Sukardi Tulus; and Perodua Sales Sdn Bhd Managing Director Dato’ Dr Zahari Husin.

“The Perodua Bezza makes an ideal patrol car as it is dependable, durable, easy to drive and cost-efficient in terms of servicing as well as fuel economy. Its compactness makes it easy to manoeuvre around tight spaces, and despite its compact size, it is commodious and comfortable inside.

“Factor in the largest vehicle service network in the country and I am confident the police will find the Perodua Bezza an effective and valuable companion in their community policing duties,” Dato’ Zainal said.

 

Perodua sumbang kenderaan peronda Bezza kepada Polis Selangor

Shah Alam, 7hb Mac: Dalam memberi khidmat kepada masyarakat dan negara, Perodua telah menyumbang tiga unit Bezza kepada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor (IPK Selangor) untuk digunakan sebagai kenderaan peronda.

Bezza yang telah dilengkapi dengan peralatan polis termasuk radio dan lampu beacon akan digunakan di IPK Selangor, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman (JPJKK Bukit Aman) serta Polis Daerah Hulu Selangor (IPD Hulu Selangor).

“Selama 26 tahun Perodua bertapak di Selangor, kami dapat beroperasi secara efektif tanpa rasa bimbang kerana usaha keras Polis Diraja Malaysia dan khususnya IPK Selangor dalam menjaga keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat.

 “Kami berharap agar sumbangan kami dapat diterima oleh pihak IPK Selangor sebagai tanda terima kasih kami di atas keteguhan, keadilan, dedikasi dan keberanian mereka. Setinggi penghargaan buat mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato ' Zainal Abidin Ahmad.

Upacara penyerahan telah diadakan di IPK Selangor, Shah Alam pada hari Selasa yang lalu, di mana Dato’ Zainal telah menyampaikan kunci kepada Ketua Polis Selangor Comm Dato’ Noor Azam Jamaludin.

Turut hadir adalah Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Selangor, SAC Dato' Kumaran Karuppannan; Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan Bukit Aman, SAC Tuan Sukardi Tulus; serta Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato Dr Zahari Husin.

“Perodua Bezza merupakan kenderaan peronda yang sesuai kerana ia boleh dipercayai, lasak, mudah dipandu dan cekap kos dari segi penyelenggaraan serta penggunaan bahan api.

“Selain itu, saiz Bezza yang kompak memudahkan ia dikendali, terutamanya di kawasan yang sempit. Akan tetapi, walaupun saiznya kompak, ruang dalamannya sangat luas.

“Dengan rangkaian servis kenderaan yang terbesar di Malaysia, saya yakin bahawa pihak polis akan mendapati Bezza ini memenuhi dan menepati keperluan tugasan mereka,” kata Dato’ Zainal.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me