BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Rawang, 15 Sep: Perodua’s public protection initiative shows no signs of stopping as the carmaker gave out over 7,700 face shields to 66 primary schools in the Putrajaya and Hulu Selangor vicinities lately, for the use of academic and support staff.
“Having contributed some 11,000 face shields to secondary schools in Putrajaya and Hulu Selangor in June, Perodua now extends the same goodwill to primary schools in those areas,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad said.
“We do this firstly for the protection, health and well-being of our beloved schoolchildren, teachers and support staff; secondly as a token of appreciation to the federal government for all their efforts in dealing with COVID-19, and thirdly to give back to the local community we have called home for the past 27 years.
“We express our sincere gratitude to the schools for giving us this opportunity to work with the community in supporting Malaysia’s fight against this pandemic,” he added.
Perodua has to date distributed over 30,000 face shields in total. Recipients included the Putrajaya Federal Territory Education Department, the Hulu Selangor District Council, District Education Office and clinics, the Selayang Municipal Council and various morning and night market hawkers in Hulu Selangor and Selayang.
The face shields, manufactured by an associate of Perodua’s, feature a fog-resistant visor made of polyethylene terephthalate for optimal visibility, sponge cushioning that hugs the forehead to act as a barrier against airborne droplets, and an adjustable elastic band for a snug and comfortable fit.
“This Malaysia Day, Perodua, as a caring and responsible People First company, asks all Malaysians not to let their guard down. Please continue to be cautious and comply with all government health and safety guidelines, and we will defeat COVID-19 together as one nation,” said Dato’ Zainal.
Perodua sumbang lebih 7,700 pelindung muka buatan sendiri kepada sekolah rendah di Putrajaya, Hulu Selangor
Rawang, 15hb Sep: Perodua meneruskan inisiatif perlindungan awamnya dengan menyumbang lebih 7,700 pelindung muka kepada 66 sekolah rendah di kawasan Putrajaya dan Hulu Selangor baru-baru ini, untuk kegunaan kakitangan akademik dan sokongan.
“Setelah menyumbang kira-kira 11,000 pelindung muka kepada sekolah-sekolah menengah di Putrajaya dan Hulu Selangor pada Jun, Perodua kini menyumbang kepada sekolah-sekolah rendah pula di kawasan-kawasan tersebut,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Tujuan sumbangan ini adalah – pertama, untuk perlindungan, kesihatan dan kesejahteraan para murid, guru dan kakitangan sokongan; kedua, sebagai tanda penghargaan kepada kerajaan atas usaha-usaha mereka dalam menangani COVID-19; dan ketiga, sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat sekeliling yang telah menyokong dan menyambut baik kami selama 27 tahun kami bertapak di sini.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada sekolah-sekolah kerana memberi kami peluang ini untuk bekerjasama dengan masyarakat dalam menyokong perjuangan Malaysia menentang pandemik ini,” tambah beliau.
Setakat ini, Perodua telah menyerahkan lebih 30,000 pelindung muka secara keseluruhan, antaranya kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Majlis Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah dan klinik-klinik Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan para penjaja pasar pagi dan malam di Hulu Selangor dan Selayang.
Dihasilkan oleh salah satu syarikat bersekutu Perodua, pelindung muka tersebut mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum. Kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air manakala jalur elastik boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa.
“Di Hari Malaysia ini, Perodua, sebagai syarikat yang prihatin, bertanggungjawab dan mengutamakan insan, ingin menyeru rakyat Malaysia supaya terus berwaspada dan mematuhi semua garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, agar kita dapat menewaskan COVID-19 sebagai satu negara,” ujar Dato’ Zainal.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.