Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

PERODUA CUTS ARUZ’S DELIVERY TIME TO EARLIEST 1 MONTH, NOW MOST POPULAR SUV IN MALAYSIA

Kuala Lumpur, 1 Aug: Perodua has succeeded in reducing the waiting time of the Aruz to between 1 month and 1.5 months depending on model from a waiting period of about between 2 months and 2.5 months previously on increased production.

Due to the increase in production, Perodua estimates that its January to July sales achievement reached 140,900for all models, which is on par with 140,900 units from the same period last year. The Aruz sold 17,989units between January and July this year. 

“In terms of comparison, the months of June, July and August last year saw a “tax holiday” resulting from the elimination of the Goods and Services Tax or GST by the government.”

“Notwithstanding the circumstance, we are fortunate that our performance so far is comparable to the “tax holiday” impact” Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Zainal Abidin Ahmad said. 

On the Aruz, Dato’ Zainal said Perodua was able to further improve on its production processes resulting in better delivery of the SUV.

“We continue to focus on quality and delivery as our customers comes first. We thank you for your continued and strong support which has led to the Aruz being the most popular SUV in Malaysia – this is truly an important milestone for us,” he said.

He added that Perodua is keeping to its sales target of 235,000 units by year-end which is an increase of 3.4% from 227,234 units sold in 2018.

On 17 July, Perodua announced that it will increase its sales target to 235,000 units for 2019, an increase of 4,000 from its 231,000 target announced in January. The increase in sales target was to meet with strong demand for all its current models.

The total production target for 2019 has been revised to 249,000 units, up 2.9% from the previous target of 242,000 units.

Both manufacturing plants are operating at 97% capacity, which Perodua notes as stabilised at the optimum level of operating condition; this has increased from last year’s figures of 96.2% for PMSB and 94.6% for PGMSB, while defects per unit (DPU) at both plants have recorded steady declines. 

Perodua kurangkan masa penghantaran Aruz seawal 1 bulan, kini SUV paling popular di Malaysia

Kuala Lumpur, 1hb Ogos: Perodua telah berjaya mengurangkan masa menunggu bagi  Aruz antara 1 bulan dan 1.5 bulan bergantung kepada model berbanding kira-kira antara 2 bulan dan 2.5 bulan sebelumnya berikutan peningkatan dari segi pengeluaran.

Disebabkan oleh peningkatan pengeluaran, Perodua menganggarkan pencapaian jualan Januari hingga Julai mencapai 140,900 unit untuk semua model, yang mana setanding dengan 140,900 unit dari tempoh yang sama tahun lepas. Aruz menjual 17,989 unit antara Januari dan Julai tahun ini.

"Dari sudut perbandingan, bulan Jun, Julai dan Ogos tahun lalu menyaksikan "cuti cukai" yang terhasil daripada keputusan penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST oleh kerajaan."

"Meskipun begitu, kami sangat beruntung kerana prestasi kami jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kesan semasa "cuti cukai",” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad.

Mengenai Aruz, Dato' Zainal berkata Perodua dapat memperbaiki proses pengeluarannya menyebabkan proses penghantaran SUV tersebut bertambah baik.

"Kami akan terus menumpukan kepada kualiti dan penghantaran seperti mana keutamaan kami kepada pelanggan yang dihargai. Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan sehingga Aruz menjadi SUV yang paling popular di Malaysia - ini menjadi peristiwa penting buat kami," katanya.

Beliau berkata Perodua akan mengekalkan sasaran jualannya sebanyak 235,000 unit menjelang akhir tahun ini, peningkatan sebanyak 3.4% daripada 227,234 unit yang dijual pada 2018.

Pada 17 Julai, Perodua telah mengumumkan bahawa ia akan meningkatkan sasaran jualannya kepada 235,000 unit untuk 2019, peningkatan 4,000 daripada sasarannya 231,000 yang diumumkan pada Januari lalu. Peningkatan sasaran jualan ini adalah untuk memenuhi permintaan yang tinggi untuk semua model semasanya.

Jumlah sasaran pengeluaran untuk 2019 telah ditingkatkan kepada 249,000 unit, penambahan 2.9% daripada sasaran sebelumnya iaitu sebanyak 242,000 unit.

Kedua-dua loji pembuatan beroperasi pada kapasiti 97%, yang mana Perodua mencatat  stabil operasi pada tahap optimum; ini meningkat daripada angka tahun lepas sebanyak 96.2% bagi PMSB dan 94.6% bagi PGMSB, sementara kecacatan per unit (DPU) di kedua-dua loji telah mencatatkan penurunan yang stabil.

 


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me