Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

Perodua embarks on a unique consumer study involving its first hybrid vehicle

Kuala Lumpur, 26 Sept: Perodua is embarking on its first-of-its-kind electric vehicle study as well as a long-term mobility as a service market study involving 300 subscribers of its limited Ativa Hybrid model.

 

This study is divided into two parts, the first is to understand group driving behaviour of a hybrid vehicle in populated locations of the country, namely in the Klang Valley, Penang and Johor Bahru.

 

The other purpose of this study is to understand consumer’s acceptance of a 5-year “subscription” service, which Perodua is offering to corporate clients under its “EZ MOBi” arm.

 

“The Perodua Ativa Hybrid would be the best vehicle for us to gain unique insights on Malaysian behaviour as a controlled group , as this data will be used to anticipate our customers’ needs when using an electric vehicle,” Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad said.

 

The Perodua Ativa Hybrid Subscription Event was attended by the Ministry of International Trade and Industry Secretary General, Dato’ Sri Lokman Hakim Ali, Perodua Chairman, Tan Sri Asmat Kamaludin and Daihatsu Chairman, Mr Sunao Matsubayashi.

 

The Perodua Ativa Hybrid uses a “series hybrid” system whereby the electric motor sets the vehicles’ wheels in motion while the engine acts as a generator to charge the engine.  This model uses a 1.2L engine (WA-VEX) to power the generator.  

 

Based on this technology, the Perodua Ativa Hybrid’s Series System is capable of reaching distances of 31.3 kilometres per litre (based on Malaysian Driving Cycle test)

 

He said that this pilot programme by Perodua will also allow the compact car company to see the acceptance level of customers on a long-term subscription programme as an alternative to the traditional buying and selling of cars.

 

“While we believe that vehicle ownership will still be our bread and butter; there is a possibility that a vehicle subscription business model may be acceptable for more users in the near future.

 

“This is what we mean by ‘subscription’ – a service where all other obligations of owning a vehicle – such as following a service schedule, paying vehicle insurance and paying road tax – will be managed entirely buy us; all the customer has to do is pay a subscription fee to enjoy the package,” Dato’ Sri Zainal said.

 

He explained that Perodua does have an existing subscription service managed under its EZ MOBi arm but at the moment the subscription service is only for companies and not individuals. Perodua’s EZ MOBi service was first introduced in January 2021.

 

 

Perodua mulakan kajian unik pengguna libatkan kenderaan hibrid pertamanya

 

Kuala Lumpur, 26 Sept: Perodua akan memulakan kajian kenderaan elektrik pertamanya serta mobiliti jangka panjang melalui kajian pasaran perkhidmatan melibatkan 300 pelanggan bagi model terhadnya, Ativa Hybrid.

 

Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertama untuk memahami tingkah laku pemanduan berkumpulan kenderaan hibrid di lokasi berpenduduk di negara ini iaitu di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

 

Tujuan lain kajian ini adalah untuk memahami penerimaan para pengguna terhadap perkhidmatan "langganan" 5 tahun, yang ditawarkan oleh Perodua kepada pelanggan korporat di bawah "EZ MOBi".

 

“Perodua Ativa Hybrid adalah kenderaan terbaik untuk kami mendapatkan pandangan unik tentang tingkah laku rakyat Malaysia sebagai kumpulan terkawal, kerana data ini akan digunakan untuk mengenalpasti keperluan para pelanggan kami apabila menggunakan kenderaan elektrik,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata.

 

Majlis Langganan Perodua Ativa Hybrid itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Lokman Hakim Ali, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Pengerusi Daihatsu, Encik Sunao Matsubayashi.

 

Perodua Ativa Hybrid menggunakan sistem "hibrid bersiri" di mana set motor elektrik menggerakkan roda kenderaan manakala enjin bertindak sebagai penjana kuasa untuk mengecas bateri. Model ini menggunakan enjin 1.2L (WA-VEX) untuk menjana kuasa tersebut.

 

Dengan teknologi ini, Sistem Bersiri Perodua Ativa Hybrid mampu mencapai jarak sejauh 31.3 kilometer seliter (berdasarkan ujian Kitaran Pemanduan Malaysia)

 

Beliau berkata, program perintis oleh Perodua ini juga akan membolehkan syarikat kereta kompak itu melihat tahap penerimaan para pelanggan terhadap program langganan jangka panjang sebagai alternatif kepada pembelian dan penjualan traditional kereta.

 

“Walaupun kami percaya bahawa pemilikan kenderaan masih lagi menjadi perniagaan utama kami namun, ada kemungkinan perniagaan langganan kenderaan ini diterima oleh lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.

 

“Inilah yang kami maksudkan dengan ‘langganan’ – satu perkhidmatan yang  mana semua kewajipan lain untuk memiliki kenderaan seperti mengikuti jadual penyelenggaraan, membayar insurans kenderaan dan cukai jalan – semua akan diuruskan sepenuhnya oleh kami; Apa yang pelanggan perlu lakukan ialah membayar yuran langganan untuk menikmati pakej tersebut,” kata Dato’ Sri Zainal.

 

Beliau menjelaskan bahawa Perodua sememangnya mempunyai perkhidmatan langganan sedia ada yang diuruskan di bawah EZ MOBi tetapi buat masa ini perkhidmatan langganan hanya untuk syarikat dan bukan individu. Perkhidmatan EZ MOBi Perodua mula diperkenalkan pada Januari 2021.

 


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me