Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

PERODUA ENGAGES WITH KPDNHEP IN INITIATIVE TO CURB IMITATION PRODUCTS, PARTS

Rawang, 2 July: In a move to stifle the growth of imitation products and parts in the market, Perodua took the initiative by hosting an engagement session with enforcement officers from the Malaysian Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (KPDNHEP), at its Sungai Choh headquarters yesterday.

“Perodua is aware of the circulation of non-genuine products and parts that bear Perodua branding in the market, some of which are almost indistinguishable from the originals. These include lubricants, oil filters, shock absorbers and brake pads,” said Perodua Sales Sdn Bhd Managing Director Dato’ Dr Zahari Husin.

“This is very alarming as they are critical items. Customers may be misled into buying and using such items, which have not been tested by Perodua, on their vehicles. Besides voiding warranties, this could greatly jeopardise the safety and running condition of their vehicles,” said Perodua Sales Sdn Bhd Managing Director Dato’ Dr Zahari Husin.

Perodua yesterday, together with select service dealers and stockists, delivered a comprehensive briefing to some 120 KPDNHEP enforcement officers in attendance, acquainting them with Perodua’s range of products and parts, where they are sold, the logistics flow and how to tell real and fake items apart. 

In attendance as guest of honour was KPDNHEP Deputy Director of Enforcement (Prevention) Tuan Suhaimi Mat Sari.

“Our gratitude goes to KPDNHEP, Tuan Suhaimi Mat Sari and the enforcement officers for participating in our humble initiative. We hope that the engagement session was informative and insightful, and that it will help them in their duties to identify, pin-point and put the brakes on counterfeit Perodua products and parts in the market,” said Dato’ Dr Zahari.

“We urge the public not to be lured by unscrupulous traders selling imitation Perodua items, and to only buy and use genuine products and parts from authorised Perodua stockists or any of our 179 authorised Perodua service centres nationwide.

“Genuine Perodua products and parts are fairly priced and most importantly, they give you total peace-of-mind. As an alternative, we have the ProGanti range of parts that’s easier on the wallet but still tested and approved by Perodua.

“We truly care for you and your car. It is part of the Perodua Experience, which is a testament to our dedication and commitment to always exceed your expectations and retain your loyalty,” he added.

 

Perodua jalin kerjasama dengan KPDNHEP bendung produk, alat ganti tiruan

Rawang, 2hb Julai: Dalam usaha menghalang perkembangan produk dan alat ganti tiruan di pasaran, Perodua mengambil inisiatif dengan menganjurkan sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) di ibu pejabatnya di Sungai Choh semalam.

“Kami sedar bahawa terdapat banyak produk dan alat ganti tiruan di pasaran yang menggunakan jenama Perodua dan sebahagiannya sukar dibezakan dengan yang tulen. Ini termasuk minyak pelincir, penapis minyak, penyerap kejutan (shock absorbers) dan pad brek,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.

“Perkara ini amat membimbangkan kerana barangan tersebut merupakan barangan kritikal. Pelanggan boleh terpedaya membeli dan menggunakan barangan tiruan ini pada kenderaan mereka – ini bukan sahaja akan membatalkan waranti tetapi boleh menjejaskan keselamatan dan keadaan kenderaan mereka,” katanya lagi.

Perodua semalam, bersama-sama dengan pengedar servis dan stokis terpilih telah menyampaikan taklimat menyeluruh kepada kira-kira 120 pegawai penguatkuasa KPDNHEP, memberi pengenalan kepada pelbagai produk dan alat ganti Perodua, di mana produk dan alat ganti tersebut dijual, aliran logistik dan kaedah membezakan barangan tulen dan tiruan.

Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut adalah Timbalan PengarahPenguatkuasa (Pencegahan) KPDNHEP, Tuan Suhaimi Mat Sari.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada KPDNHEP, Tuan Suhaimi Mat Sari dan pegawai-pegawai penguatkuasa kerana sudi menyertai inisiatif kami ini. Kami berharap sesi ini memberi manfaat serta membantu tugas mereka untuk mengesan, mengenalpasti dan membanteras barangan tiruan Perodua di pasaran.

“Kami menggesa orang ramai agar tidak terjebak dengan taktik peniaga-peniaga tidak bertanggungjawab yang menjual barangan tiruan Perodua. Beli dan pakailah produk dan alat ganti tulen Perodua daripada stokis-stokis kami yang sah atau mana-mana pusat servis Perodua di seluruh negara.

“Produk dan alat ganti tulen Perodua boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan memberikan ketenangan minda yang sepenuhnya. Sebagai alternatif, kami juga menawarkan produk dan alat ganti ProGanti, yang lebih mampu milik dan tetap diuji serta diperakui Perodua.

“Kami amat mengambil berat mengenai anda dan kenderaan anda. Ini merupakan sebahagian daripada Pengalaman Perodua, yang menjadi bukti kesungguhan dan iltizam kami untuk sentiasa mengatasi jangkaan dan mengekalkan kesetiaan anda,” tambahnya.

 


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me