Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

PERODUA ENROLS FIRST CANDIDATES INTO MALAYSIAN VEHICLE INSPECTION MANAGEMENT SYSTEM

Rawang, 20 March: Perodua has enrolled the first candidates into Malaysia’s first official Vehicle Inspection Management System (VIMS) course offered at the Malaysia Automotive, Robotics, and IoT Institute (MARii) training facility here.

Conducted by AucNation Sdn Bhd, a joint-venture company with Automobile Inspection System Inc., Japan (AIS), the course covers accurate analyses of the condition of used or traded-in vehicles to determine which exterior or interior parts need replacing or refurbishing.

According to its website, AIS was established in 1996 and independently inspects used cars and motorcycles throughout Japan.

 

“We applaud MARii for bringing this initiative to Malaysia, where the entire automotive industry will benefit from a standardised method of valuating vehicles.

“For Perodua, having certified valuators recognised by the government will fortify our Pre-Owned Vehicle (POV) business as our customers will be assured of international standards,” Perodua Sales Sdn Bhd Managing Director Dato’ Dr Zahari Husin said.

He said Perodua has enrolled 40 of its valuators in the programme, and that after certification, they will be relocated to the company’s sales outlets to assist customers in trading in their vehicles.

“We also have pre-owned Perodua vehicles for sale with limited warranty at the Perodua KL showroom on Jalan Pahang, for those who want total peace-of-mind on a pre-loved Perodua,” said Dato’ Dr Zahari.

VIMS comprises two analyses, visual analysis (VA) and diagnostic analysis (DA). VA covers the vehicle’s exterior, while DA is conducted using an On-Board Diagnostic 2 (OBD2) device that inspects the vehicle electronically.

“This course, offered by AucNation, is open to all OEMs and interested individuals in order to have a more efficient and uniform used vehicle market,” said MARii CEO Dato’ Madani Sahari.

“MARii believes that having an independent body which scientifically and objectively determines the health of pre-owned vehicles will give a more accurate indication of their roadworthiness.

“This, in turn, will further shape the end-of-life vehicle initiative for the betterment of all Malaysians,” he added.

 

Perodua daftar calon pertama untuk Sistem Pengurusan Pemeriksaan Kenderaan Malaysia

Rawang, 20hb Mac: Perodua telah mendaftarkan calon-calon pertama dalam kursus Sistem Pengurusan Pemeriksaan Kenderaan (VIMS) rasmi pertama di Malaysia yang ditawarkan di pusat latihan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) di sini. 

Diadakan oleh AucNation Sdn Bhd, sebuah syarikat usahasama dengan Automobile Inspection System Inc., Japan (AIS), kursus ini merangkumi analisis yang lebih jitu mengenai keadaan kenderaan terpakai atau tukar-beli (trade-in) untuk menentukan komponen dalaman mahupun luaran yang perlu diganti atau dibaik pulih.

Menurut laman web AIS, syarikat pemeriksaan kenderaan itu ditubuhkan pada tahun 1996 dan memeriksa kereta serta motosikal di seluruh Jepun.

“Kami menyokong penuh inisiatif MARii ini, di mana keseluruhan industri automotif Malaysia akan mendapat manfaat daripada kaedah penilaian kenderaan yang seragam.

“Bagi Perodua, dengan adanya penilai (valuators) sah yang diiktiraf kerajaan, perniagaan Kenderaan Pra-Milik (POV) kami dapat diperkukuhkan kerana piawaian antarabangsa mampu memberi keyakinan kepada pelanggan kami,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.

Beliau berkata Perodua telah mendaftarkan 40 daripada penilainya dalam program itu. Setelah mendapat pensijilan, mereka akan dipindahkan ke pusat-pusat jualan Perodua untuk membantu pelanggan dalam urusan tukar-beli kenderaan.

“Bilik pameran Perodua KL di Jalan Pahang menawarkan kenderaan Perodua pra-milik dengan waranti terhad, bagi mereka yang inginkan ketenangan minda dalam pembelian kenderaan Perodua terpakai,” kata Dato’ Dr Zahari.

VIMS melibatkan dua analisis, analisis visual (VA) dan analisis diagnostik (DA). VA meliputi luaran kenderaan, manakala DA dijalankan menggunakan peranti On-Board Diagnostic 2 (OBD2) untuk memeriksa kenderaan secara elektronik.

“Kursus yang ditawarkan oleh AucNation ini terbuka kepada semua OEM dan individu menuju ke arah pasaran kenderaan terpakai yang lebih cekap dan seragam,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MARii Dato 'Madani Sahari.

“MARii percaya bahawa penubuhan sebuah badan bebas yang menilai ‘kesihatan’ kenderaan pra-milik secara saintifik dan objektif, mampu menentukan dengan lebih jitu kelayakan jalan kenderaan tersebut. 

“Ini seterusnya akan membentuk dengan lebih lanjut inisiatif kenderaan jangka hayat untuk kebaikan semua rakyat Malaysia,” katanya.

 


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me