Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

Perodua expects 2025 TIV to surpass 2024, and looks at a better 2026

Rawang, 13 Jan: Perodua opines that the country’s total industry volume (TIV) would reach 820,000 units for 2025, which exceeds the 816,747 units announced by the media last year, signalling that the demand for vehicle remains healthy as customers continue to hunt for value.

 

For the year ending 2025, Perodua produced 370,370 units, up 0.6% from 368,100 vehicles made in 2024 while sales were up 0.5% to 359,904 units for the year 2025 compared with 358,102 units registered in 2024.

 

“Based on our internal estimation, our market share now stands at 43.9%; also, our 370,370-unit production and 359,904-unit registration means that we have successfully broken our previous records set in 2024,” Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad said.

 

In terms of individual model performance, the Perodua Bezza retains its top ranking with 100,488 units sold in 2025, the second year it has performed above 100,000 units. This is followed by Perodua Axia at 84,291 units and Perodua Myvi (72,724 units).

 

‘’These three models – the Bezza, Axia and Myvi remained the top 3 models – in terms of registration in the country and we are thankful to all Malaysians for continuing to support us as we thrive to offer better value through our offerings,” Dato’ Sri Zainal said.

 

He added that for the recently launched QV-E and Traz, their impact to Perodua’s sales volume will only be seen in 2026.

 

“Through this support, the entire Malaysian automotive ecosystem benefitted greatly with RM11 billion parts purchase from local vendors and at the same time empowering the country’s entrepreneurs such as Perodua’s authorised dealers and stockists,” he said.

 

“We will continue to play our role as nation builders as we further invest in Malaysia and its people by expanding our businesses, especially in the realm of electric vehicles as well as digital offerings moving forward.

 

“We will further strengthen the partnerships we already have while at the same time find new partnerships that will benefit the local industry specifically and the country as a whole,” Dato’ Sri Zainal said.

 

Meanwhile, the Perodua Suppliers Association President Tuan Haji Musa Zahidin Ahmad Zaidi said the increase in production volume and the subsequent increase in parts purchased had a profound impact on its members.

 

“The additional volume and the continued commitment from Perodua have allowed us to invest in the future and to re-invest in our operations. This means that we are able to expand our workforce, modernise our business and, for some of us, expand our business abroad,” Musa said.

 

Perodua Dealer Association President, Cik Rabitah Shamshudin said: “Perodua has been instrumental in building a strong dealership network and with continued sales volume, we are able to grow our business despite the rising competition from new brands.”

 

“To us, Perodua represents a brand that champions Malaysian businesses and genuinely share the industry’s prosperity with all Malaysians – for which we are very thankful,” Rabitah said.

 

 

Perodua jangka TIV 2025 atasi tahun 2024, potensi lebih baik tahun ini  

 

Rawang, 13 Jan: Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025, mengatasi 816,747 unit yang diumumkan tahun lalu sekaligus memberi petunjuk bahawa permintaan untuk kenderaan kekal sihat didorong oleh minat pembeli yang mementingkan nilai produk.

 

Bagi tahun 2025, Perodua mengeluarkan 370,370 unit kenderaan, naik 0.6% daripada 368,100 kenderaan pada tahun 2024 manakala jualan pula meningkat sebanyak 0.5% kepada 359,904 unit berbanding 358,102 unit yang didaftarkan pada 2024.

 

“Berdasarkan jangkaan dalaman kami, pegangan pasaran Perodua kini adalah sebanyak 43.9%. Di samping itu, jumlah pengeluaran sebanyak 370,370 unit dan pendaftaran (359,904 unit) yang dicatatkan menunjukkan kami telah berjaya mengatasi rekod yang dicapai pada tahun 2024,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

 

Untuk prestasi mengikut model, Perodua Bezza mengekalkan kedudukan teratas dengan 100,488 unit dijual pada 2025, tahun kedua model kenderaan itu mencatat jualan melebihi 100,000 unit. Ia diikuti oleh Perodua Axia dengan 84,291 unit dan Perodua Myvi sebanyak 72,724 unit.

 

“Ketiga-tiga model ini – Bezza, Axia dan Myvi – kekal sebagai tiga model tertinggi daripada aspek jualan di dalam negara ini dan kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana terus menyokong usaha kami untuk menawarkan nilai yang lebih baik terhadap produk-produk kami,” kata Dato’ Sri Zainal.

 

Tambahnya, untuk model QV-E dan Traz yang baru dilancarkan, impaknya terhadap jumlah jualan hanya akan diketahui pada tahun ini.

 

“Dengan adanya sokongan kuat daripada rakyat Malaysia, keseluruhan ekosistem automotif di negara ini akan mendapat manfaat yang besar menerusi pembelian komponen bernilai RM11 bilion daripada vendor tempatan dan dalam masa yang 1 sama memperkasakan usahawan tempatan seperti pengedar bertauliah dan stokis Perodua,” katanya.

 

“Kami akan terus memainkan peranan sebagai pembina negara dengan terus mengembangkan perniagaan di sini, terutama sekali dalam industri kenderaan elektrik serta tawaran digital lain.

 

“Kami juga akan terus mengukuhkan kerjasama yang telah dimeterai, dan dalam masa yang sama mencari kerjasama baharu yang boleh memberi manfaat kepada industri tempatan dan negara,” kata Dato’ Sri Zainal.

 

Sementara itu, Presiden Persatuan Pembekal Perodua Tuan Haji Musa Zahidin Ahmad Zaidi berkata peningkatan dalam pengeluaran dan pembelian komponen alat ganti mempunyai impak yang mendalam terhadap ahlinya.

 

“Pembelian tambahan dan komitmen berterusan dari Perodua telah membolehkan kami untuk terus melabur untuk operasi kami di masa hadapan. Ini bermakna, kami boleh mengembangkan tenaga kerja, menambahbaik perniagaan dan untuk sesetengah ahli kami, mengembangkan perniagaan ke luar negara,” katanya.

 

Presiden Persatuan Pengedar Perodua, Cik Rabitah Shamshudin berkata: “Perodua telah memainkan peranan penting dalam membina rangkaian pengedaran yang kukuh dan dengan jumlah jualan yang terus meningkat, kami dapat terus mengembangkan perniagaan walaupun berhadapan dengan persaingan daripada jenama-jenama baharu.”

 

“Bagi kami, Perodua mewakili jenama yang menjuarai operasi perniagaan tempatan dan berkongsi kejayaan industri dengan semua rakyat Malaysia – dan kami amat berterima kasih untuk itu,” kata Rabitah.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.