BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Kuala Lumpur, 21 Mar: 15 of the most promising young stars from the 2018 Ministry of Education-Perodua Badminton Talent Development Programme (BTDP) are in Tokyo for the inaugural Tri-Country Junior Badminton Competition.
Hosted and organised by Perodua’s technical and technology partner Daihatsu Motor Company of Japan, the competition will see our young Malaysian talents go up against their Japanese and Indonesian counterparts, cultivated from similar badminton programmes in those nations.
“Perodua’s participation in the Tri-Country Junior Badminton Competition further reinforces our long-term commitment to a sport so close to the hearts of Malaysians. For us, this programme is part of our plan to give early exposure of international competition to these student athletes.
“It is also our Corporate Responsibility initiative towards the development of Malaysia’s youth and human capital,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
On 24 March, a total of 40 school children comprising 15 Malaysians, 15 Japanese and 10 Indonesians, all aged 9-12, will compete at the Ajinomoto National Stadium in Tokyo, Japan.
“Many of our young stars here have never set foot outside Malaysia before, and are thrilled and thankful for this opportunity to visit Japan and bring back unforgettable memories. They will also be able to make new friends from Japan and Indonesia and perhaps exchange tips on badminton.
“On behalf of Perodua, I thank Daihatsu for hosting and organising this competition between three badminton-loving nations, and the Malaysian Ministry of Education (MOE) for working with us to develop the next generation of shuttlers who will hopefully make Malaysia proud one day,” Dato’ Zainal added.
In October 2018, the MOE and Perodua successfully wrapped up the first year of the BTDP, which involved 2,800 primary school children, 140 coaches and 70 badminton development centres throughout Malaysia.
On a professional level, the Perodua Malaysia Masters, an international Badminton World Federation tournament, was successfully held for the second time under this title in January at Bukit Jalil’s Axiata Arena.
Perodua bawa 15 atlet murid ke Tokyo untuk Pertandingan Badminton Junior Tiga-Negara
Kuala Lumpur, 21hb Mac: 15 bakat muda daripada Program Pembangunan Bakat Badminton (PPBB) Kementerian Pendidikan Malaysia-Perodua kini berada di Tokyo untuk Pertandingan Badminton Junior Tiga-Negara yang diadakan buat julung kali.
Anjuran rakan teknikal dan teknologi Perodua, Daihatsu Motor Company Jepun, pertandingan ini akan menyaksikan atlet murid Malaysia bersaing dengan bakat-bakat muda dari Jepun dan Indonesia yang dicungkil daripada program badminton di negara masing-masing.
“Penyertaan Perodua dalam Pertandingan Badminton Junior Tiga-Negara ini akan memperkukuhkan lagi komitmen jangka panjang kami kepada sukan yang begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia.Bagi kami, program ini adalah salah satu daripada perancangan kami untuk memberi pendedahan awal kepada atlet murid untuk bertanding di peringkat antarabangsa.
“Ia juga merupakan inisiatif Tanggungjawab Korporat kami ke arah pembangunan belia dan modal insan Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Pada 24hb Mac nanti, sejumlah 40 orang murid (15 dari Malaysia, 15 Jepun dan 10 Indonesia), berumur 9-12 tahun, akan bertanding di Stadium Nasional Ajinomoto di Tokyo, Jepun.
“Ramai daripada bakat muda kami di sini tidak pernah menjejakkan kaki ke luar Malaysia sebelum ini. Mereka sangat teruja dan bersyukur kerana diberikan peluang untuk melawat Jepun, di samping dapat berkongsi pengalaman mengenai badminton dengan kenalan baharu dari Jepun dan Indonesia.
“Bagi pihak Perodua, saya mengucapkan terima kasih kepada Daihatsu kerana menganjurkan pertandingan ini antara tiga negara yang menggemari badminton, dan juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas kerjasama mereka dalam membangunkan generasi bakat badminton Malaysia yang akan datang,” tambah Dato’ Zainal.
Pada bulan Oktober yang lalu, KPM dan Perodua berjaya menamatkan tahun pertama PPBB, yang melibatkan 2,800 orang murid sekolah rendah, 140 orang jurulatih dan 70 pusat pembangunan badminton di seluruh Malaysia.
Di peringkat profesional pula, Perodua Malaysia Masters, sebuah pertandingan antarabangsa Badminton World Federation, berjaya diadakan buat kali kedua di bawah nama tersebut pada bulan Januari lepas di Axiata Arena, Bukit Jalil.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.