Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

PERODUA HOLDS FIRST-EVER BODY & PAINT SKILL CONTEST TO FURTHER ENHANCE BUSINESS

Rawang, 22 July: Perodua has successfully held its first-ever Body & Paint (B&P) Skill Contest in a move to step up its human capital development efforts and provide higher standards of B&P service to its customers.

Established in 2009, Perodua’s B&P business deals with the repair and restoration of vehicles that have been involved in collisions. It accepts cash payments as well as assists customers with insurance claims.

“Our B&P business aims to take much of the hassle away from the repair of collision-involved vehicles, with work carried out to the highest possible standards of quality and safety. The use of only genuine parts also gives customers total peace-of-mind,” said Perodua Sales Sdn Bhd Managing Director Dato’ Dr Zahari Husin.

“The safety of our customers is our top priority. When a vehicle gets involved in a collision, its structural integrity, and therefore its safety, may be compromised. Perodua B&P technicians are professionally trained to provide only the best workmanship in the restoration of Perodua vehicles that have been involved in collisions,” he added.

Although the carmaker has been holding its National Technical Skill Contest since 1997, involving service advisors, foremen and mechanics from all over Malaysia, this is the first time it has held such a contest for its B&P staff.

As with the National Technical Skill Contest, participants are put through tough customer-related scenarios and are judged not only on their technical expertise and problem-solving skills, but on their emphasis on Customer Satisfaction.

The inaugural Perodua B&P Skill Contest saw 140 B&P service advisors, body technicians and paint technicians from 35 B&P hubs and 4S outlets nationwide join the initial rounds throughout February and March.

The semi-finals in April narrowed it down to 12 finalists – equally split between the B&P service advisor, body technician and paint technician categories – and last week’s finals saw Norhizam Zainal Abidin (Puchong B&P Hub), Hazinin Rosli (Kota Kinabalu 2) and Fazwan Mazlan (Kota Bharu 1) winning the said categories respectively.

“We congratulate the first national Perodua B&P Skill Contest champions – they represent the best Perodua has to offer in the country in terms of B&P, and serve as examples to us all, especially our B&P staff nationwide,” said Dato’ Dr Zahari.

“The Perodua B&P Skill Contest brings with it a multitude of benefits. Via healthy competition, it encourages learning, sharing and applying knowledge gained amongst our B&P staff, not to mention the all-important Kaizen, or continuous improvement.

“This sharpens their skill sets and ensures their capabilities remain competitive and relevant to the ever-evolving needs and wants of our valued customers. It also helps them grow in their careers.

“The Perodua B&P Skill Contest is one of our initiatives to strengthen the Perodua Experience, which strives to delight our customers with a complete all-round mobility package that includes high-quality products, parts, services and solutions geared directly towards their needs and wants,” Dato’ Dr Zahari said.

 

Perodua anjur Pertandingan Kemahiran Badan & Cat pertama untuk tingkatkan perniagaan

Rawang, 22hb Julai: Perodua telah menganjurkan Pertandingan Kemahiran Badan & Cat (B&P) buat julung kalinya dalam usaha untuk membangunkan modal insan serta memberikan perkhidmatan B&P yang lebih baik kepada para pelanggannya.

Ditubuhkan pada tahun 2009, perniagaan B&P Perodua melibatkan pembaikan dan pemulihan kenderaan yang terlibat dalam perlanggaran. Pembayaran tunai diterima; B&P Perodua juga membantu pelanggan dalam proses tuntutan insurans.

“Perniagaan B&P kami bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan membaik pulih kenderaan yang terlibat dalam perlanggaran, dengan melaksanakan kerja sebaik mungkin mengikut tahap kualiti dan keselamatan yang tinggi. Selain itu, penggunaan alat ganti tulen turut memberi ketenangan minda penuh kepada para pelanggan kami,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin. 

“Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami. Apabila sesebuah kenderaan terlibat dalam perlanggaran, keadaan struktur dan tahap keselamatannya mungkin akan terjejas. Juruteknik B&P kami telah dilatih secara profesional untuk memberikan mutu kerja yang terbaik dalam proses memulihkan kenderaan Perodua yang terlibat dalam perlanggaran,” tambahnya.

Walaupun Perodua telah menganjurkan Pertandingan Kemahiran Teknikal Kebangsaan sejak tahun 1997, yang melibatkan penasihat servis, foreman dan mekanik dari seluruh Malaysia, ini merupakan kali pertama pertandingan seperti ini diadakan untuk kakitangannya di B&P.

Para peserta diberikan senario sukar yang berkaitan dengan pelanggan dan dinilai bukan sahaja berdasarkan kebolehan teknikal dan kemahiran menyelesaikan masalah, malah penekanan yang diberikan kepada Kepuasan Pelanggan.

Pertandingan Kemahiran B&P Perodua yang pertama ini menyaksikan seramai 140 penasihat servis B&P, juruteknik badan dan juruteknik cat daripada 33 hab B&P dan 4S di seluruh negara menyertai pusingan awal yang berlangsung di sepanjang Februari dan Mac lalu.

Peringkat separuh akhir pada April lalu telah menghasilkan 12 finalis dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu penasihat servis B&P, juruteknik badan dan juruteknik cat. Peringkat akhir pada minggu lepas telah menyaksikan Norhizam Zainal Abidin (Hab Puchong B&P), Hazinin Rosli (Kota Kinabalu 2) dan Fazwan Mazlan (Kota Bharu 1) menjuarai kategori tersebut masing-masing.

“Kami mengucapkan tahniah kepada juara-juara kebangsaan B&P pertama kami – mereka mewakili Perodua dalam menawarkan perkhidmatan yang terbaik di negara ini dari segi B&P, dan menjadi contoh kepada kita semua, terutamanya kakitangan B&P kami di seluruh negara,” kata Dato’ Dr Zahari.

“Pertandingan Kemahiran B&P Perodua ini memberi banyak manfaat. Melalui persaingan yang sihat, ia menggalakkan peserta untuk mempelajari, berkongsi dan mengamalkan pengetahuan yang diperolehi, selain turut melaksanakan Kaizen atau penambahbaikan secara berterusan. 

“Ini mengasah kemahiran mereka dan memastikan mereka kekal berdaya saing serta relevan dengan keperluan dan kehendak pelanggan kami yang dihargai. Selain itu, ia juga mampu memajukan kerjaya mereka.

“Pertandingan Kemahiran B&P Perodua merupakan salah satu daripada inisiatif kami untuk mengukuhkan Pengalaman Perodua, yang bertujuan untuk menawarkan pakej mobiliti serba lengkap – merangkumi produk, alat ganti, perkhidmatan dan penyelesaian – bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan kami yang dihargai,” kata Dato’ Dr Zahari.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me