BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Rawang, 2 June: Perodua has partnered with three local universities, namely Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia (Malaysia-Japan International Institute of Technology) to introduce an app-based car-rental service designed specifically for students and university staff.
The application, which is called UCar-e (pronounced as ‘You Car”), represents Perodua’s latest initiative under its “Mobility as a Lifestyle” concept, which emphasises transforming the driving experience from conventional vehicle ownership into a more service-oriented mobility solution.
“We are initially providing 50 Perodua vehicles to these universities for use by students and staff, where they can book, access, and utilise the vehicles to travel from their accommodations to lecture halls within university grounds,” said Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.
Recently, Dato’ Sri Zainal launched UCar-e initiative at Inasis Perodua, UUM, in a ceremony also attended by UUM Vice-Chancellor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed.
He explained that the UCar-e application enables users to locate vehicles parked at designated locations within the campus. Users are also provided with specific parking zones where the vehicles can be returned after use.
“We want to make this experience as simple and hassle-free as possible for students and staff.
“Perodua is also working closely with the respective universities to appoint students to manage the vehicles, including maintaining cleanliness, monitoring fuel level, and ensuring proper upkeep. In return, the student will receive commission-based payments,” he said.
“By responsibly appointing students as vehicle management agents, we are also incorporating entrepreneurship training and exposure for the younger generation, which is an essential life skill,” he explained.
He further revealed that the service is expected to begin in June 2026, with implementation taking place in stages depending on each university’s readiness and rollout schedules.
According to him, the introduction of UCar-e forms part of Perodua’s broader efforts to expand its automotive business through innovative mobility services aligned with evolving consumer trends and lifestyle preferences.
“We realise that many from Gen Zs are more interested in the driving experience rather than owning a vehicle, as the maintenance costs, limited parking availability, and traffic congestion are encouraging them to seek alternative mobility solutions,” he said.
Perodua perkenal aplikasi sewa kenderaan di universiti tempatan terpilih di bawah inisiatif ‘Mobility as a Lifestyle’
Rawang, 2 Jun: Perodua menjalin kerjasama dengan tiga universiti tempatan iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (Malaysia-Japan International Institute of Technology) untuk memperkenalkan aplikasi perkhidmatan sewa kenderaan yang direka khas untuk keperluan pelajar dan kakitangan universiti.
Aplikasi yang dikenali sebagai UCar-e (sebutan ‘You Car’) adalah inisiatif terbaharu Perodua di bawah konsep ‘Mobility as a Lifestyle’ yang menekankan transformasi pengalaman pemanduan daripada pemilikan kenderaan konvensional kepada penyelesaian mobiliti yang lebih berasaskan perkhidmatan.
“Sebagai permulaan, kami menyediakan 50 unit kenderaan Perodua kepada universiti yang terlibat untuk digunakan oleh pelajar-pelajar dan kakitangan mereka yang mana mereka boleh membuat tempahan, mengakses dan menggunakan kenderaan berkenaan untuk bergerak daripada hostel ke dewan kuliah dalam kawasan universiti,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.
Baru-baru ini, Dato’ Sri Zainal telah melancarkan inisiatif UCar-e di Inasis Perodua, UUM dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed.
Beliau menjelaskan bahawa aplikasi UCar-e membolehkan pengguna mengesan kenderaan yang diletakkan di tapak parkir yang ditetapkan di dalam kampus. Pengguna juga akan diberikan panduan spesifik mengenai zon parkir yang boleh digunakan untuk memulangkan kenderaan selepas digunakan.
“Kami mahu menjadikan pengalaman ini seringkas dan semudah mungkin untuk semua pelajar dan kakitangan universiti.
“Perodua juga bekerjasama rapat dengan wakil universiti untuk melantik pelajar-pelajar menguruskan kenderaan sewa berkenaan, termasuklah memastikan ia kekal bersih, bekalan petrol di tahap yang sepatutnya serta memastikan kenderaan itu terjaga. Sebagai pulangan, pelajar terbabit akan menerima bayaran dalam bentuk komisen,” katanya.
“Dengan melantik pelajar-pelajar sebagai ejen pengurusan kenderaan, ia memberi peluang kepada mereka untuk mengasah bakat keusahawanan dalam diri mereka di samping memberi pendedahan kepada generasi muda,” katanya.
Tambahnya lagi, perkhidmatan berkenaan dijangka bermula pada bulan Jun 2026 dengan pelaksanaannya berjalan dalam beberapa peringkat, bergantung kepada kesediaan pihak universiti.
Beliau berkata, pengenalan UCar-e adalah sebahagian daripada usaha Perodua untuk mengembangkan perniagaan automotifnya menerusi perkhidmatan mobiliti inovatif selaras dengan tingkah laku pengguna serta pilihan gaya hidup yang semakin berubah.
“Kami sedar golongan muda kini lebih berminat untuk merasai pelbagai pengalaman pemanduan berbanding memiliki kenderaan sendiri disebabkan oleh isu-isu seperti kos penyelenggaraan, tapak parkir yang terhad serta kesesakan trafik dan ini membuatkan mereka mencari alternatif penyelesaian mobiliti,” katanya.
Dato’ Sri Zainal juga meluahkan keyakinannya bahawa UCar-e boleh membantu mengatasi isu-isu berkenaan di samping membuka jalan untuk peluasan perkhidmatan berkaitan mobiliti di masa hadapan di bawah ekosistem perniagaan Perodua yang semakin berkembang.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.