Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

Perodua launches QV-E, Malaysia's first homegrown BEV

Kuala Lumpur, 1 Dec: Perodua launches its first Battery Electric Vehicle (EV) named QV-E priced at RM80,000 (retail price, without insurance & battery not included), as part of the national car company's agenda to develop a sustainable EV ecosystem.

 

The QV-E, which stands for “Quest for Visionary Electric Vehicle” took RM800 million to develop and is produced at Perodua"s newest manufacturing facility – the “Smart Mobility Plant”.

 

“For now, we are able to produce 500 units a month, but we would be able to offer 3,000 units a month by the third quarter of 2026,” Perodua President and Chief Executive Officer, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad said.

 

The QV-E uses a Lithium Iron Phosphate battery (52.5kW) and has a range capacity of up to 445KM (NEDC) depending on driving style, temperature and road conditions.

 

This model hosts the latest in safety features including a Child Presence Detection (CPD) system.

 

This system will alert the driver if there is a child or even pets in the car as it can detect and track movements as well as vital signs (such as breathing) in the second-row seat and within the footwell area of the car. The system can also detect movement even under fabric coverings. (An illustration of how this system works is included with this media release).

 

“All the features within the QV-E were created with the latest functionality, advanced safety and comfort in mind based on a detailed study conducted by our Research and Development (R&D) department.

 

“Ultimately, this model is the outcome of Malaysians coming together to create something uniquely ours, from design to engineering, the QV-E offers a path all of us can benefit from,” Dato' Sri Zainal said.

 

In the New Industrial Master Plan 2030, which was unveiled by the Prime Minister Dato' Seri Anwar Ibrahim on 1 September 2023, Perodua was appointed to champion and lead the local automotive manufacturers in developing the EV ecosystem.

 

Perodua is aggressively working with local vendors to localise the components to over 50% by early 2026 and to 70% by 2030. So far, a total of 52 Malaysian companies supply auto components for QV-E and the compact car company is looking to increase the number to 70 vendors within 5 years (by 2030).

 

Led by the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI) and supported by various ministries and government agencies, Perodua was able to produce an EV vehicle in 28 months.

 

“The support given to us by the government has been instrumental in revolutionising the Malaysian EV ecosystem and at the same time placing great attention to quality, reliability and the latest in digital technology,” Dato' Sri Zainal said.

 

The main target buyers consist of middle-income earners and above, additional car buyer or replacement car buyer for daily use or weekend trips.

 

Perodua also introduces the battery leasing concept known as 'Battery as a Service' whereby the car's body is sold separately from the battery.

 

“This concept is our solution towards reducing owner's anxiety when owning a battery electric vehicle. By offering this service we will be able to offer a lifetime guarantee on the battery for our customers' peace of mind,” Dato' Sri Zainal said.

The QV-E is in two colours, 'Ice Blue' and 'Caviar Grey' and is only available at selected Perodua outlets (listing available together with this media release).

 

A full list of the vehicle's specifications and leasing battery explanation are available together with this media release.

 

Perodua perkenal QV-E, kenderaan elektrik buatan pertama Malaysia 

Kuala Lumpur, 1 Dis: Perodua memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang dikenali sebagai QV-E pada harga RM80,000 (harga runcit tidak termasuk insurans dan bateri) sebagai sebahagian daripada agenda nasional negara dalam membangunkan ekosistem EV yang mampan.

 

QV-E, yang bermaksud "Quest for Visionary-Electric" menelan kos pembangunan sebanyak RM800 juta dan dikeluarkan di kemudahan pengilangan terbaharu Perodua iaitu Smart Mobility Plant.

 

“Pada masa ini, kami boleh mengeluarkan 500 unit kenderaan sebulan, tetapi kami akan menawarkan 3,000 unit kenderaan sebulan menjelang suku ketiga tahun 2026,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad.

 

QV-E menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (52.5kW) dan mempunyai kapasiti julat sehingga 445 kilometer (NEDC), bergantung kepada cara pemanduan, suhu dan keadaan jalan.

 

Model ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini termasuklah sistem pengesanan dan amaran kanak-kanak (Child Presence Detection).

 

Sistem ini akan mengingatkan pemandu sekiranya ada kanak-kanak ataupun binatang peliharaan yang tertinggal di dalam kereta kerana ia boleh mengesan pergerakan serta tanda vital (seperti bunyi nafas) di bahagian tempat duduk belakang.

 

Sistem itu juga boleh mengesan pergerakan walaupun dilitupi oleh selimut atau fabrik lain. (Gambaran bagaimana sistem ini berfungsi dilampirkan bersama-sama dengan siaran media ini).

 

“Kesemua ciri yang terdapat pada QV-E dicipta dengan mengambil kira fungsi terkini, aspek keselamatan yang lebih canggih serta keselesaan pengguna berdasarkan kajian terperinci yang dijalankan oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan kami.

 

“Makanya, terhasillah model QV-E ini yang menjadi bukti kerjasama rakyat Malaysia dalam mencipta sesuatu yang unik, daripada reka bentuk hinggalah kepada aspek kejuruteraan, QV-E menawarkan manfaat buat semua,” kata Dato" Sri Zainal.

 

Di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato" Seri Anwar Ibrahim pada 1 September 2023, Perodua dilantik sebagai juara dan peneraju pengeluar automotif tempatan untuk membangunkan ekosistem EV.

 

Perodua menjalin kerjasama secara agresif dengan vendor tempatan untuk membekalkan 50% komponen menjelang awal tahun 2026 dan meningkatkannya kepada 70% menjelang 2030.

 

Sehingga kini, sejumlah 52 syarikat tempatan menjadi pembekal komponen auto untuk QV-E dan syarikat kenderaan kompak itu merancang untuk meningkatkan jumlah berkenaan kepada 70 vendor dalam tempoh 5 tahun (menjelang 2030).

 

Menerusi sokongan penuh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta disokong oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan berkaitan, Perodua berjaya mengeluarkan kenderaan elektriknya dalam tempoh 28 bulan.

 

“Sokongan yang diberikan oleh pihak kerajaan amat penting dalam merevolusikan ekosistem EV di negara ini yang turut mengambil kira aspek kualiti, ketahanan dan pembaharuan dalam teknologi digital,” kata Dato' Sri Zainal.

 

Sasaran pembeli utama untuk QV-E adalah golongan pertengahan serta mereka yang mencari kereta kedua atau kereta gantian untuk kegunaan harian ataupun kegunaan santai pada hujung minggu.

 

Perodua turut memperkenalkan konsep pajakan bateri yang dikenali sebagai "Battery as a Service" yang mana ia dijual secara berasingan dengan kereta.

 

“Konsep ini menawarkan penyelesaian terhadap kebimbangan pemilik EV. Dengan adanya perkhidmatan ini, kami mampu menawarkan jaminan bateri sepanjang hayat kepada pelanggan kami demi ketenangan minda mereka,” kata Dato' Sri Zainal.

 

QV-E didatangkan dalam dua warna iaitu 'Ice Blue' dan 'Caviar Grey' dan hanya boleh didapati di cawangan Perodua terpilih sahaja. (Senarai cawangan dilampirkan bersama-sama dengan siaran media ini).

 

Senarai penuh mengenai spesifikasi kenderaan dan penjelasan lanjut berhubung pajakan bateri boleh didapati bersama-sama dengan siaran media ini.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.