BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Rawang, 5 Aug: Perodua registered 23,203 vehicles in July 2020, beating June as its best sales month so far this year by 9.2%, and boosting its year-to-date (YTD) sales total to 97,373 units.
The carmaker estimates its July and YTD market shares to stand at 40% and 42% respectively, spearheaded by the Myvi, Axia and Bezza, which are Malaysia's top three best-selling vehicles YTD, selling 29,313, 28,107 and 25,416 units respectively.
"The Perodua Myvi, Malaysia's best-selling vehicle every year since 2006, has recently been upgraded with the latest Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 suite of driver assistance safety systems. It remains one of the most affordable cars with advanced safety features in the country," said Perodua President and Chief Executive Officer Dato' Zainal Abidin Ahmad.
"Since our operations restarted after a two-month Movement Control Order (MCO) closure, our volume has rebounded swiftly, aided by the government's sales tax exemption which will run until year-end.
"Should this encouraging trend continue, the healthy volume will enable us to further bolster Malaysia's automotive eco-system of suppliers and dealers in this time of need," he added.
According to Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii) estimates, a total industry volume (TIV) of at least 500,000 units is needed this year to ensure the continued survival of the automotive eco-system.
"Amidst the COVID-19 crisis, we understand that we must work to our fullest capacity to help shore up the Malaysian economy and ensure jobs are protected.
"As the market leader, Perodua's utmost priority is to continue providing the best products and services to ensure maximum customer satisfaction. We are committed to continue offering better value propositions to all Malaysians in the forms of affordability, quality, technology and the latest advanced features," said Dato' Zainal.
All of Perodua's current models have over 90% local content and with its economies of scale, service parts are affordable and readily available, giving its valued customers total peace of mind.
Dato' Zainal added that Perodua embodies the concept of Simple, Slim and Compact in all its operations, including interactions with all its stakeholders, while never forgetting its People First focus.
Perodua Myvi, Axia, Bezza tiga kenderaan terlaris negara setakat tahun ini
Rawang, 5hb Ogos: Perodua mendaftarkan 23,203 kenderaan pada Julai 2020, mengatasi Jun sebagai bulan jualan tertinggi setakat tahun ini sebanyak 9.2%, dan meningkatkan jumlah jualannya setakat tahun ini (YTD) kepada 97,373 unit.
Pengeluar kenderaan tersebut menganggarkan penguasaan pasaran Julai dan YTD sebanyak 40% dan 42% masing-masing, diterajui Myvi, Axia dan Bezza, yang menduduki tiga tempat teratas dari segi jualan YTD di Malaysia dengan 29,313, 28,107 dan 25,416 unit dijual masing-masing.
"Perodua Myvi, kenderaan terlaris di Malaysia setiap tahun sejak 2006, baru-baru ini telah dinaiktaraf dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 terkini. Ia kekal menjadi antara kenderaan dengan ciri keselamatan canggih yang paling mampu milik di negara ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Zainal Abidin Ahmad.
"Sejak kembali beroperasi selepas penutupan selama dua bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jualan kami telah membangkit kembali dengan cepat, didorong pengecualian cukai jualan oleh pihak kerajaan yang akan berlangsung sehingga akhir tahun.
"Sekiranya perkembangan ini berterusan, jumlah jualan yang menggalakkan ini akan membolehkan kami membantu eko-sistem pembekal dan pengedar automotif pada masa yang sukar ini," tambahnya.
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menganggarkan bahawa jumlah keseluruhan industri (TIV) sekurang-kurangnya 500,000 unit diperlukan tahun ini untuk memastikan kelangsungan eko-sistem automotif.
"Di sebalik krisis COVID-19 ini, kami menyedari bahawa kami harus bekerja pada kapasiti penuh untuk membantu ekonomi Malaysia dan melindungi pekerjaan.
"Sebagai peneraju pasaran, keutamaan Perodua adalah untuk terus menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik untuk memaksimumkan kepuasan pelanggan. Kami komited untuk terus menawarkan nilai yang lebih baik kepada semua rakyat Malaysia dari segi harga yang berpatutan, kualiti, teknologi dan ciri-ciri canggih yang terbaharu.
Semua model semasa Perodua mempunyai kandungan komponen tempatan lebih 90% dan disebabkan skala ekonominya, alat ganti servis ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mudah didapati, memberikan para pelanggannya ketenangan minda yang menyeluruh.
Dato' Zainal menambah bahawa Perodua mengamalkan konsep Simple, Slim and Compact dalam semua operasinya, merangkumi interaksi dengan semua pihak berkepentingan, di samping sentiasa mengutamakan insan.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.