BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Rawang, 12 Feb: The Malaysian icon on wheels that is the Perodua Myvi has achieved another milestone, with over 100,000 units of the third-generation model already on the road as of today.
“We are glad to announce that since the third-generation Perodua Myvi’s launch in November 2017, we have delivered over 100,000 of them to happy customers – that’s an average of over 1,560 units a week,” Perodua Sales Sdn Bhd Managing Director, Dato’ Dr Zahari Husin said.
He added that customer feedback has been largely positive, with many of them liking the Myvi’s stylish looks, practicality, ease to drive, low running costs thanks to its frugality and economical maintenance, generous space despite its compact size, plus advanced features usually only found in more premium cars.
“The Perodua Myvi is by far the most successful model in our history. The original Myvi launched in 2005 into a market then dominated by sedans.
“By 2013 it had overtaken the Kancil’s all-time sales (708,000 units from 1994 to 2009) and to date, we have sold nearly 1.1 million Myvis altogether,” said Dato’ Dr Zahari.
Orders for the third-generation Myvi have reached a cumulative 150,000, and Perodua continues to work hard to fulfil those orders as properly and promptly as it can.
“We thank all Malaysians for welcoming the Myvi into your homes with open arms – it really encourages and motivates us to keep improving so we can serve you better. At Perodua, we never forget that we are a People First company,” Dato’ Dr Zahari added.
Perodua closed 2018 with a record 227,243 cars sold, making it Malaysia’s leading carmaker for the 13th consecutive year. The company has sold nearly 3.5 million cars since 1994.
Perodua Myvi catat sejarah lagi dengan lebih 100,000 unit di jalan raya
Rawang, 12hb Feb: Ikon Malaysia, Perodua Myvi telah mencapai satu lagi kejayaan dengan lebih 100,000 unit model generasi ketiga berada di jalan raya setakat hari ini.
“Kami amat gembira untuk mengumumkan bahawa sejak pelancaran Perodua Myvi generasi ketiga pada November 2017, kami telah menyerahkan lebih daripada 100,000 unit kepada pelanggan kami yang dihargai – iaitu dengan purata lebih daripada 1,560 unit seminggu,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.
Beliau menambah bahawa maklumbalas daripada para pelanggan amat positif secara keseluruhan, dan ciri-ciri Myvi yang paling disukai mereka termasuk rekabentuk yang bergaya, praktikaliti, mudah dipandu, kos pemilikan dan penyelenggaraan yang rendah, ruang yang luas walaupun saiznya kompak, serta ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat pada kenderaan mewah.
“Perodua Myvi merupakan model yang paling berjaya dalam sejarah kami. Myvi generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2005 ke dalam pasaran Malaysia yang pada ketika itu didominasi oleh kenderaan sedan.
“Menjelang 2013, ia telah mengatasi jualan keseluruhan kenderaan Kancil (708,000 unit dari 1994 hingga 2009) dan setakat ini, kami telah menjual hampir 1.1 juta Myvi secara keseluruhannya,” kata Dato’ Dr Zahari.
Tempahan untuk Myvi generasi ketiga telah mencecah 150,000 dan Perodua akan terus bekerja keras untuk memenuhi pesanan itu dalam tempoh masa yang sewajarnya.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memilih Myvi – ini memberi galakan dan motivasi kepada kami untuk terus melakukan penambahbaikan supaya kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Di Perodua, kami tidak pernah lupa bahawa kami adalah syarikat yang mengutamakan insan (People First),” kata Dato’ Dr Zahari.
Perodua menutup tirai 2018 dengan rekod jualan 227,243 kenderaan, menjadikan ia syarikat pengeluar kenderaan terkemuka Malaysia selama 13 tahun berturut-turut. Perodua telah menjual hampir 3.5 juta kenderaan sejak tahun 1994.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.