BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Rawang, 3 June: Perodua is narrowing the order-delivery gap for its Aruz seven-seater SUV, with some 13,000, or 52%, of the 25,000 bookings received to date already fulfilled.
“We have managed to increase Perodua Aruz deliveries to an average of 110 units daily from 100 previously. We are continuing to work closely with our suppliers to further shrink the gap between orders and deliveries,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“The Perodua Aruz has been met with unprecedented demand. We thank all Malaysians for making the nation’s best-value SUV also one of its best-selling SUVs.
“To our valued customers whose new cars we could not deliver in time for Raya, we apologise most sincerely and humbly.
“Perodua is doing all it possibly can to maximise production and deliveries to shorten your wait, and we thank you very much for your understanding, patience and trust,” he added.
The Energy-Efficient Vehicle (EEV) certified Perodua Aruz has a class-leading rated fuel consumption figure of 15.6 km/l. With six airbags and Vehicle Stability Control (VSC) as standard, plus the AV variant’s Advanced Safety Assist 2.0, the Perodua Aruz has a maximum five-star ASEAN NCAP safety rating.
Pending the Malaysian Automotive Association’s (MAA) official numbers, Perodua sold 22,943 vehicles by its own count throughout May 2019. This brings its five-month tally to 105,743 units – an 8.5% jump over the 97,487 units it sold from January through May 2018.
“We also express our gratitude to our capable local component suppliers, who have truly proven their mettle by ramping up their production and quality to meet Malaysians’ ever-increasing demand for Perodua models, all of which have well over 90% local content,” the President and CEO said.
“We wish all Muslims Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batinand to all Malaysians, happy holidays. Please drive carefully and courteously, and make safety your and your family’s top priority always,” he added.
Perodua kurangkan jurang tempahan-penghantaran Aruz – 52% daripada 25,000 tempahan sudah dihantar
Rawang, 3hb Jun: Perodua sedang mengurangkan jurang antara tempahan dan penghantaran SUV tujuh-tempat duduknya, Aruz, dengan kira-kira 13,000, atau 52%, daripada 25,000 tempahan yang diterima setakat ini sudah dihantar.
“Kami telah berjaya mempercepatkan penghantaran Perodua Aruz kepada 110 unit sehari secara purata daripada 100 sebelumnya. Kami akan terus bekerjasama rapat dengan para pembekal kami untuk terus mengurangkan jurang antara tempahan dan penghantaran,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Perodua Aruz telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana menjadikan Perodua Aruz antara SUV yang terlaris di negara ini.
“Kepada pelanggan kami yang dihargai, kami dengan rendah hati dan tulus ikhlas memohon maaf andai kenderaan baharu anda tidak berjaya dihantar menjelang tibanya Hari Raya.
“Perodua sedang bertungkus-lumus untuk memaksimumkan pengeluaran dan penghantaran bagi memendekkan masa menunggu anda. Kami amat berterima kasih atas pemahaman, kesabaran dan kepercayaan anda,” katanya.
Kecekapan bahan api Perodua Aruz 15.6 km/l yang terbaik dalam segmennya membolehkan ia diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Dengan enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), ditambah dengan Advanced Safety Assist 2.0yang terdapat pada varian AV, Perodua Aruz diperakui dengan penarafan keselamatan maksimum ASEAN NCAP lima-bintang.
Tertakluk kepada angka rasmi Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Perodua telah menjual sebanyak 22,943 kenderaan sepanjang Mei 2019, mengikut kiraan dalaman. Ini membawa jumlah lima bulan pertamanya kepada 105,743 unit – lonjakan 8.5% berbanding dengan jualan 97,487 unit dari Januari hingga akhir-Mei 2018.
“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pembekal komponen tempatan kami yang telah membuktikan kebolehan mereka dengan meningkatkan pengeluaran dan mengekalkan kualiti mereka untuk memenuhi permintaan tinggi bagi model-model Perodua, yang kesemuanya mengandungi lebih 90% komponen tempatan,” kata Dato’ Zainal.
“Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam dan kepada semua rakyat Malaysia, selamat bercuti. Pandulah dengan cermat dan berhemah, dan utamakanlah keselamatan selalu,” tambahnya.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.