Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

Perodua posts healthy June sales following government sales tax exemption

Rawang, 1 Jul: Following the sales tax exemption announced by the government on 5 June to boost car sales amidst the ongoing COVID-19 pandemic, Perodua has wrapped up June 2020 with an estimated 21,250 cars sold – its highest monthly sales figure so far this year and nearly triple that of last month.

"The government's sales tax exemption move has had many benefits. Buyers can enjoy reduced vehicle prices – in Perodua's case, 3%-6% less – until end-2020.

"The sizeable volume increase we've had as a result of that allows us to help the supplier and dealer ecosystem in this time of need – we purchased nearly RM500 million worth of local components in June alone," Perodua President and Chief Executive Officer Dato' Zainal Abidin Ahmad said.

"To our valued customers, we thank you for your steadfast loyalty, support and patience. Our operations are now at full capacity and maximum overtime. We are working very hard to ensure our customers receive their cars as quickly as possible with no compromise on safety and quality," he added.

Perodua managed to sell 8,601 cars in March before the Movement Control Order (MCO) came into effect on the 18th day, halting the carmaker's nationwide operations for two months. Perodua officially restarted nationwide on 19 May, managing to sell 7,886 cars before month-end.

"We have also extended the operation hours of selected service centres and Body & Paint (B&P) hubs nationwide. Customers looking to service their vehicles are invited to secure an appointment with their service centre of choice," said Dato' Zainal.

The carmaker's year-to-date (YTD) sales total now stands in the region of 74,000 units.

"We are immensely grateful to be able to bounce back with such energy in just under two months since we restarted operations nationwide. Our outlook is positive and we hope this momentum will continue and help the industry grow," Dato' Zainal said.

"We reiterate our commitment to the government, as Malaysia's biggest carmaker by volume, to help the industry and ecosystem wherever we can, including sustaining employment, so that we can all get through this difficult time," he added.

 

Perodua catat jualan Jun laris berikutan pengecualian cukai jualan kerajaan

Rawang, 1hb Jul: Berikutan pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan pada 5hb Jun bagi merangsang jualan kenderaan di sebalik pandemik COVID-19, jualan Perodua pada Jun 2020 dianggarkan sebanyak 21,250 kenderaan – jualan bulanan tertinggi setakat tahun ini dan hampir tiga kali ganda jualan bulan lepas.

"Langkah kerajaan untuk mengecualikan cukai jualan mewujudkan banyak manfaat. Pembeli boleh menikmati harga kenderaan yang dikurangkan – bagi Perodua, kurang sebanyak 3%-6% - sehingga akhir-2020.

"Kenaikan jualan kami akibat penurunan harga tersebut membolehkan kami membantu ekosistem pembekal dan pengedar pada masa yang sukar ini – pada Jun sahaja kami telah membelanjakan hampir RM500 juta untuk membeli komponen tempatan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato' Zainal Abidin Ahmad.

"Kami merakamkan ribuan terima kasih kepada pelanggan kami yang dihargai atas kesetiaan, sokongan dan kesabaran mereka. Operasi kami kini berada di tahap kapasiti penuh dan kerja lebih masa maksimum. Kami sedang bertungkus-lumus untuk memastikan para pelanggan kami akan menerima kenderaan mereka secepat mungkin tanpa berkompromi dengan keselamatan dan kualiti," tambah beliau.

Perodua berjaya menjual 8,601 kenderaan pada Mac sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18hb, membawa kepada penutupan operasinya selama dua bulan. Perodua kembali beroperasi secara rasmi di seluruh negara pada 19hb Mei dan berjaya menjual 7,886 kenderaan sebelum akhir bulan tersebut.

"Kami juga telah melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab Badan & Cat (B&P) terpilih di seluruh negara. Para pelanggan yang ingin servis kenderaan mereka diminta untuk membuat janji temu terlebih dahulu dengan pusat servis pilihan mereka," kata Dato' Zainal.

Jualan Perodua setakat tahun ini (YTD) kini berjumlah sekitar 74,000 unit.

"Kami amat bersyukur kerana berjaya membangkit kembali hanya dalam masa kurang dari dua bulan sejak pembukaan semula operasi kami di seluruh negara. Kami optimis dan berharap momentum ini akan berterusan agar industri terus berkembang," ujar Dato' Zainal.

"Sebagai syarikat kenderaan terbesar di Malaysia dari segi jumlah, kami mengulangi komitmen kami kepada kerajaan untuk membantu industri dan ekosistem sejauh mampu, termasuk mengekalkan pekerjaan, agar kita semua dapat menempuhi fasa yang mencabar ini," tambah beliau.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me