Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

Perodua reduces Axia prices, transfers operational savings to customers

Rawang, 3 August: Perodua today announced a reduction in the price of its Axia model, Malaysia's most affordable compact car and the nation's people's mover, by up to RM4,700, effective immediately. 

 

The revision reflects continued improvements in the company's operational efficiency and reaffirms its commitment to passing tangible value on to its customers amid current economic conditions.


 

Peninsular Malaysia
No Model Original Price New Price Price Reduction
1 Axia 1.0G RM 38,600 RM 33,900 RM 4,700
2 Axia 1.0X RM 40,000 RM 38,500 RM 1,500
3 Axia 1.0SE RM 44,000 RM 43,000 RM 1,000
4 Axia 1.0AV RM 49,500 RM 49,000 RM 500
East Malaysia
No Model Original Price New Price Price Reduction
1 Axia 1.0G RM 40,600 RM 35,900 RM 4,700
2 Axia 1.0X RM 42,000 RM 40,500 RM 1,500
3 Axia 1.0SE RM 46,000 RM 45,000 RM 1,000
4 Axia 1.0AV RM 51,500 RM 51,000 RM 500
* The prices listed above do not include insurance cost.

 


"This price revision forms part of our ongoing efforts to ease the cost pressures currently faced by Malaysians," said Perodua President and Chief Executive Officer Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad.

 

"The new pricing also reflects our ongoing efforts to further improve our operational effectiveness, which has similarly translated into reduced service costs and revised pricing for the QV-E and Battery as a Service (BaaS) offerings," he added.

 

All specifications and quality standards for the Axia remain unchanged, with the cost savings derived entirely from process improvements and operational efficiencies.
The revised pricing is the outcome of sustained, continuous improvement initiatives undertaken in close collaboration with our local suppliers and partners within the automotive ecosystem.

 

"We thank them (vendors and dealers) for extending their full cooperation in enhancing cost efficiency for the collective benefit of the industry and, by extension, all Malaysians," Dato' Sri Zainal said.

 

As Malaysia's most affordable car, the Axia has long served as a dependable mode of transport for Malaysians. This price adjustment reaffirms Perodua's commitment to ensuring continued accessibility of the model to a broader base of consumers nationwide.

 

Members of the public are encouraged to visit their nearest Perodua showroom and approach any of Perodua's authorised sales advisors for further information and/or clarification.

 

 

 

 

Perodua turunkan harga Axia, kongsi manfaat penjimatan operasi dengan pelanggan

 

Rawang, 3 Ogos: Perodua mengumumkan pengurangan harga bagi model Axia - kenderaan kompak paling mampu milik di negara dan menjadi pilihan mobiliti utama negara - sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta merta.

 

Pengurangan harga itu dibuat berikutan peningkatan berterusan dalam kecekapan operasi syarikat selain usaha Perodua mengukuhkan komitmennya dalam membantu pelanggannya menghadapi persekitaran ekonomi yang kian mencabar.

 

Semenanjung Malaysia
No Model Harga Asal Harga Baharu Pengurangan Harga
1 Axia 1.0G RM 38,600 RM 33,900 RM 4,700
2 Axia 1.0X RM 40,000 RM 38,500 RM 1,500
3 Axia 1.0SE RM 44,000 RM 43,000 RM 1,000
4 Axia 1.0AV RM 49,500 RM 49,000 RM 500
Sabah & Sarawak
No Model Harga Asal Harga Baharu Pengurangan Harga
1 Axia 1.0G RM 40,600 RM 35,900 RM 4,700
2 Axia 1.0X RM 42,000 RM 40,500 RM 1,500
3 Axia 1.0SE RM 46,000 RM 45,000 RM 1,000
4 Axia 1.0AV RM 51,500 RM 51,000 RM 500
* Senarai harga di atas tidak termasuk kos insurans.

 

"Harga baharu ini adalah antara usaha berterusan kami untuk mengurangkan tekanan kos yang dihadapi rakyat Malaysia," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad.

 

"Langkah ini juga mencerminkan usaha kami untuk terus menambah baik kecekapan operasi, yang mana sebelum ini telah terbukti menerusi pengurangan kos servis dan pengurangan harga QV-E dan pakej Battery as a Service (BaaS) yang ditawarkan," tambahnya.

 

Kesemua spesifikasi dan standard kualiti Perodua Axia kekal tidak berubah dan penjimatan yang diperoleh adalah sepenuhnya daripada penambahbaikan proses dan kecekapan operasi.

 

Pengurangan harga yang dibuat ini adalah hasil daripada inisiatif penambahbaikan yang berterusan dan mampan serta kerjasama baik dengan pembekal dan rakan kongsi kami dalam ekosistem automotif.

 

"Kami berterima kasih kepada pembekal dan pengedar kami di atas kerjasama dalam menambah baik kecekapan kos untuk manfaat bersama bukan sahaja pemain industri tetapi juga seluruh rakyat Malaysia," kata Dato' Sri Zainal.

 

Sebagai kereta paling mampu milik di Malaysia, Axia telah terbukti menjadi kenderaan yang boleh dipercayai rakyat Malaysia. Pelarasan harga yang dibuat mengukuhkan komitmen Perodua untuk memastikan model kereta itu boleh diakses oleh lebih ramai pelanggan di seluruh negara.

 

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi bilik pameran Perodua yang terdekat dan berhubung dengan penasihat jualan kami untuk maklumat lanjut.

 

 

 


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me