Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

Perodua reduces its price of service maintenance parts, labour by an overall average of 10% effective 19 June

RAWANG, 18 June: Perodua is reducing the price of its service maintenance parts, including labour amounting to 10% (terms and conditions apply) in its ongoing efforts to help Malaysians cope with the increasing costs of living.

 

"The price reduction is based on the maintenance parts price as well as labour costs used by the customer and overall, the customer is expected to save about 10% of their average service bill beginning tomorrow (19 June).

 

"We welcome our customers to our authorised service centres to find out more on the deal and to use genuine parts so that your Perodua vehicle will continue to remain reliable and efficient when you need it most," Perodua President and Chief Executive Officer, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad said.

 

"We believe that the reduction in service cost will assist our customers in reducing their mobility cost, and we at Perodua, will do our part to give greater value to our customer," he added.

 

This campaign includes all models including QV-E, ranging from inspection, parts replacement as well as labour costs relating to vehicle maintenance.

 

"Based on our internal data, there are more than 5 million Perodua vehicles on the road and we believe that through this campaign, we would be able to better serve a large majority of Malaysians," Dato' Sri Zainal said.

 

For 2025, a total of 3.7 million vehicles were serviced at Perodua service centres nationwide.

 

Perodua recently reduced the price of its first EV - the QV-E to be RM93,999 to own outright or RM69,999 (body only) plus a monthly RM215 (with tax) Battery as a Service (BAAS) package (for 9 years). 

 

For a limited-time, Perodua is giving a special price of RM87,499 to completely own the QV-E or RM63,499 with Battery as a Service (BAAS) package, with a monthly fee of RM215 per month (including tax) for 9 years.  This offer will end on 30 September 2026.

 

"We have improved efficiency while at the same time eliminating any wastages in our operations. The benefits of these activities are passed to our valued customers," Dato' Sri Zainal said. 

 

For more information on the terms and conditions, please visit a Perodua service centre near you and speak to our service advisor or go to Perodua's website at www.perodua.com.my.

 

Perodua kurangkan harga komponen penyelenggaraan, kos buruh sebanyak 10 peratus bermula 19 Jun

 

Rawang, 18 Jun: Perodua menawarkan pengurangan harga ke atas alat ganti komponen penyelenggaran, termasuk kos buruh sebanyak 10 peratus (tertakluk kepada terma dan syarat) dalam usahanya membantu rakyat Malaysia berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

 

"Pengurangan harga itu tertakluk kepada harga alat ganti komponen penyelenggaran serta kos buruh yang dikenakan kepada pelanggan, dan secara keseluruhannya, pelanggan dijangka menikmati penjimatan sebanyak 10% daripada jumlah bil penyelenggaraan mereka bermula esok (19 Jun).

 

"Kami mengalu-alukan pelanggan untuk datang ke pusat servis bertauliah Perodua bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran ini serta menggunakan alat ganti tulen untuk kenderaan Perodua anda agar ia boleh kekal cekap dan dipercayai sepanjang masa," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad.

 

"Kami percaya penurunan kos penyelenggaran ini akan membantu pelanggan mengurangkan kos mobiliti mereka, dan kami di Perodua menjalankan tanggungjawab kami untuk memberi nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami," tambahnya.

 

Kempen ini ditawarkan kepada semua model kenderaan Perodua termasuklah QV-E, daripada aspek pemeriksaan, gantian komponen serta kos buruh yang berkaitan dengan penyelenggaraan kenderaan.

 

"Berdasarkan data dalaman kami, terdapat lebih daripada 5 juta kenderaan Perodua di atas jalan dan kami percaya menerusi kempen ini, kami boleh memberikan servis penyelenggaraan kepada lebih ramai rakyat Malaysia," kata Dato' Sri Zainal.

 

Untuk 2025, sejumlah 3.7 juta kenderaan diselenggara di pusat servis Perodua seluruh negara.

 

Baru-baru ini, Perodua mengurangkan harga kenderaan EV pertamanya - QV-E kepada RM93,999 untuk pemilikan penuh atau RM69,999 menerusi pakej Battery as a Service (BAAS) dengan tambahan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun.

 

Untuk tempoh terhad, Perodua memberikan harga khas sebanyak RM87,499 untuk pemilikan penuh QV-E atau RM63,499 dengan pakej BAAS dengan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun. Tawaran ini akan berakhir 30 September 2026.

 

"Kami telah menambah baik kecekapan dan dalam masa yang sama mengurangkan pembaziran di dalam operasi kami. Manfaat-manfaat yang diperoleh daripada aktiviti turut dikongsi bersama dengan pelanggan-pelanggan kami," kata Dato' Sri Zainal.

 

Untuk maklumat lanjut berhubung terma dan syarat, sila lawati pusat servis Perodua berhampiran dan dapatkan khidmat nasihat daripada penasihat jualan kami atau lawati laman web Perodua di www.perodua.com.my.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me