BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
Rawang, 4 Jan: Perodua December sales rose by 13% to 22,940 units from 20,299 vehicles in November 2021 as countermeasures on intermittent supply disruption due to Covid-19 began to see positive results.
“We thank our customers for their support and understanding, especially those who have been waiting patiently for their Perodua vehicle. God willing, deliveries will further improve in the coming months,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad said.
On an annual basis, Perodua registered 190,291 vehicles in 2021, falling by 13.6% from 220,154 units sold in 2020 as the impact of Covid-19, the semiconductor chip supply disruption and the recent floods adversely impacted production.
“The 190,291 registrations were below our target of 200,000 units for 2021 as the challenges in 2021 was greater than anticipated,” Dato’ Zainal said.
He said, despite this, the Myvi continues to lead the overall Malaysian market in terms of sales by model with 47,525 units followed by the Axia and Bezza dominating the country’s A segment market.
On an industry overview, Dato’ Zainal said that the total industry volume (TIV) for the year would also see a similar sales impact with an estimated decrease of 4.5% to 504,536 units from 528,172 units sold in the year 2020.
“Despite the lower than expected performance for 2021, our countermeasures for the impact of Covid-19 has proven successful so far as we and our suppliers are dynamically cooperating and coordinating our efforts to ensure interruptions are minimised,” he said.
“These efforts include having a ready team of personnel to take active countermeasures at an alternate site if a supplier is under lockdown and also by allocating Perodua staff to shore up any suppliers that need temporary manpower replacements,” Dato’ Zainal said.
“That being said, we appreciate the understanding that our valued customers and other stakeholders have shown us last year and to our customers, we wish to say that we are here for you,” he added.
“The local automotive supply chain had taken a massive setback in recent years, however, there is a silver lining as the order bank for Perodua vehicles remains healthy as consumers are still responding positively to the sales tax exemption introduced by the government,” Dato’ Zainal said.
“In December, we forecasted a 240,000 sales target for 2022, however, we will likely review that figure later this month (January) as we are taking into account the latest developments and events into consideration,” he said.
Regarding the recent Perodua Flood Assistance programme, Dato’ Zainal said about 1,675 people have responded to the programme and those vehicles are being inspected at Perodua service centres across the country.
“The Perodua Flood Assistance programme, which was announced by the Prime Minister, the Right Honourable Dato’ Sri Ismail Sabri on 26 December 2021, has drawn a lot of interest from the public”.
“Our priority now is to work with the insurance companies as well as other our other partners to hasten any approval process needed to repair and restore the flood damaged vehicles.
“We understand that most of our customers rely on their Perodua for their daily activities and we will do our best to assist,” Dato’ Zainal said.
Jualan Perodua meningkat 13% pada Disember dengan 22,940 unit didaftarkan
Rawang, 4 Jan: Jualan Perodua pada bulan Disember meningkat sebanyak 13% kepada 22,940 unit berbanding 20,299 kenderaan pada November 2021 berikutan tindak balas perancangan terhadap gangguan bekalan akibat Covid-19 yang telah mula menunjukkan hasil yang positif.
“Kami berterima kasih kepada para pelanggan kami atas sokongan dan kefahaman mereka, terutama sekali mereka yang telah sabar menunggu kenderaan Perodua mereka. Insya-Allah, penghantaran akan bertambah baik dalam beberapa bulan yang akan datang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Pada asas tahunan, Perodua mencatatkan 190,291 kenderaan pada 2021, penurunan sebanyak 13.6% daripada 220,154 unit yang dijual pada 2020 berikutan kesan Covid-19, gangguan bekalan cip semikonduktor dan musibah banjir baru-baru ini yang telah memberi kesan buruk kepada pengeluaran.
“190,291 pendaftaran adalah di bawah sasaran 200,000 unit pada 2021 kerana cabaran pada 2021 adalah lebih besar daripada yang dijangkakan,” kata Dato’ Zainal.
Beliau berkata, walaupun begitu, Myvi terus menerajui keseluruhan pasaran Malaysia dari sudut jualan mengikut model dengan 47,525 unit diikuti Axia dan Bezza yang menguasai pasaran segmen A negara.
Mengenai gambaran keseluruhan industri, Dato’ Zainal berkata jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi tahun tersebut juga menyaksikan impak jualan yang sama, dengan anggaran penurunan sebanyak 4.5% kepada 504,536 unit daripada 528,172 unit yang dijual pada tahun 2020.
“Walaupun prestasi lebih rendah daripada jangkaan untuk 2021, tindak balas perancangan kami untuk impak Covid-19 telah terbukti berjaya setakat ini kerana kami dan para pembekal kami telah bekerjasama secara dinamik dan menyelaraskan usaha kami untuk memastikan segala gangguan dapat dikurangkan,” katanya.
“Usaha ini termasuk menyediakan pasukan yang bersedia untuk mengambil tindakan yang aktif di lapangan sekiranya pembekal berada dalam keadaan perintah berkurung dan juga memperuntukkan kakitangan Perodua untuk menyokong mana-mana pembekal yang memerlukan tenaga kerja gantian sementara,” kata Dato’ Zainal.
“Walaupun begitu, kami menghargai kefahaman yang telah ditunjukkan oleh para pelanggan kami yang dihargai dan pemegang amanah yang lain kepada kami tahun lepas dan kepada para pelanggan, kami ingin menyatakan bahawa kami di sini untuk anda,” tambahnya.
“Rantaian bekalan automotif tempatan telah mengalami kemerosotan besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun begitu, jumlah tempahan kenderaan Perodua kekal sihat kerana pengguna masih memberi maklum balas positif terhadap pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh kerajaan,” Dato' Zainal berkata.
“Pada Disember, kami meramalkan sasaran jualan 240,000 untuk 2022, walaubagaimanapun, kami mungkin akan menyemak semula angka tersebut pada lewat bulan ini (Januari) kerana kami sedang mengambil kira dan mempertimbangkan segala perkembangan dan peristiwa terkini yang berlaku,” kata beliau.
Mengenai program Bantuan Banjir Perodua baru-baru ini, Dato’ Zainal berkata kira-kira 1,675 orang telah memberi maklumbalas kepada program tersebut dan kenderaan mereka sedang diperiksa di pusat servis Perodua di seluruh negara.
“Program Bantuan Banjir Perodua, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri pada 26 Disember 2021, telah menarik minat orang ramai”.
“Keutamaan kami kini ialah bekerjasama dengan syarikat-syarikat insurans serta rakan kongsi kami yang lain untuk mempercepatkan sebarang proses kelulusan yang diperlukan untuk membaiki dan memulihkan kenderaan yang rosak akibat banjir.
“Kami memahami bahawa kebanyakan pelanggan kami bergantung kepada kenderaan Perodua mereka untuk menjalani aktiviti harian dan kami akan melakukan yang terbaik untuk terus membantu mereka,” kata Dato’ Zainal.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.