Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

Perodua Sales Partners with PETRONAS Dagangan and Gentari Subsidiaries to Enhance Customer Experience

KUALA LUMPUR, 21 November 2024 – Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua Sales) recently signed two Memoranda of Understanding (MoU) with PETRONAS Dagangan Berhad (PETRONAS Dagangan) and Gentari Sdn Bhd (Gentari) subsidiaries to enhance the retail experience for its customers through the integration of various services.

The first MoU – signed between Perodua Sales and PETRONAS Lubricants Marketing Sdn Bhd (PLMMSB), Mesra Retail & Cafe Sdn Bhd (MESRA), and Setel Ventures Sdn Bhd (Setel) – will provide Perodua customers access to new services at its service centres. This includes the integration of Setel’s seamless digital payment feature into Perodua’s UFirst app, the establishment of MESRA for added convenience and the set-up of Perodua service centres at selected PETRONAS stations.

“Perodua Sales and PLMMSB have been partners for over 20 years and that partnership has proven mutually beneficial and we will further expand this partnership that will benefit our valued customers,” Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad said.

PLMMSB is the sole provider of all vehicle lubricants to Perodua Sales since 2004. In line with the country’s shift towards green mobility, both Perodua Sales and PLMMSB are to collaborate for a stronger commitment on sustainability-driven practices.

He said that the collaboration with Gentari would allow Gentari to set up charging facilities at Perodua service centres for the upcoming launch of Perodua’s EV, supporting Perodua customers in the transition to EVs.

“Overall, these MoUs will allow seamless cooperation between both national companies to serve our customers better,” Dato’ Sri Zainal Abidin said.

PETRONAS Dagangan Managing Director and Chief Executive Officer Azrul Osman Rani said, “For over two decades, PETRONAS and Perodua have enjoyed a strong partnership that brings quality and reliability to millions of drivers nationwide. This expanded collaboration will deepen our joint commitment to enhancing customer experience across every interaction, from superior lubricants to digital convenience and everyday essentials.”

Meanwhile, the second MoU, signed between Perodua Sales and Gentari through Gentari Green Mobility Sdn Bhd, will see the latter setting up charging facilities at existing Perodua service centres in view of Perodua’s upcoming electric vehicles (EV) launch, thus easing its customers in the EV transition process.

Deputy Chief Executive Officer of Gentari and Chief Executive Officer of Gentari Green Mobility Shah Yang Razalli commented, “We welcome Perodua’s vision to launch an affordable EV by 2025. Gentari is excited to collaborate with Perodua in our effort to drive greater adoption of green mobility in Malaysia. By improving charging accessibility and convenience, Gentari aims to enhance the experience for future Perodua EV drivers, thus elevating customer satisfaction and building loyalty. Key initiatives in our collaboration include the installation of EV charging facilities at Perodua service centres, especially at PETRONAS stations, offering access to EV charging subscriptions and home charging solutions, and seamless integration with the Gentari Go platform.”

PETRONAS has over 1,000 stations across the country, while Perodua has 194 sales and 209 service centres nationwide. With over 175 DC charging points, Gentari currently operates the largest licensed direct current (DC) charging network in Malaysia.

Perodua Sales Sdn Bhd is a wholly owned subsidiary of Perodua. Perodua Sales’ roles include sales, after sales (service, spare parts, accessories, Body and Paint) and product marketing activities.

 

Perodua Sales jalin kerjasama dengan PETRONAS Dagangan dan anak syarikat Gentari demi tingkatkan pengalaman pelanggan

 

KUALA LUMPUR, 21 November 2024 – Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua Sales) baru-baru ini telah menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PETRONAS Dagangan Berhad (PETRONAS Dagangan) dan anak syarikat Gentari Sdn Bhd (Gentari) bagi meningkatkan pengalaman pelanggan melalui integrasi pelbagai perkhidmatan.

MoU pertama yang ditandatangani adalah antara Perodua Sales dan PETRONAS Lubricants Marketing Sdn Bhd (PLMMSB), Mesra Retail & Cafe Sdn Bhd (MESRA), dan Setel Ventures Sdn Bhd (Setel), yang mana Perodua akan menyediakan akses perkhidmatan baharu di pusat servis buat para pelanggannya. Ini termasuk integrasi ciri pembayaran digital Setel ke dalam aplikasi UFirst Perodua, penubuhan MESRA untuk kemudahan tambahan, serta pembukaan pusat servis Perodua di stesen-stesen PETRONAS terpilih.

“Perodua Sales dan PLMMSB telah bekerjasama lebih 20 tahun, dan kerjasama ini terbukti memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Kami akan terus mengembangkan kerjasama ini untuk memberi manfaat kepada pelanggan-pelanggan setia kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

PLMMSB merupakan pembekal eksklusif minyak pelincir kenderaan kepada Perodua Sales sejak tahun 2004. Selari dengan peralihan negara ke arah mobiliti hijau, Perodua Sales dan PLMMSB akan bekerjasama untuk mengukuhkan komitmen terhadap amalan kelestarian.

Beliau menambah kerjasama dengan Gentari pula akan membolehkan syarikat itu menyediakan kemudahan pengecasan di pusat-pusat servis Perodua sebagai persediaan kepada pengenalan kenderaan elektrik (EV) Perodua akan datang dan menyokong pelanggannya dalam peralihan kepada EV.  

 “Secara keseluruhan, MoU ini akan melancarkan lagi kerjasama antara kedua-dua syarikat nasional untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami,” kata Dato’ Sri Zainal Abidin.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan, Azrul Osman Rani berkata, “Selama lebih dua dekad, PETRONAS dan Perodua telah menjalinkan kerjasama erat yang membawa kualiti dan kebolehpercayaan kepada jutaan pemandu di seluruh negara. Kerjasama yang diperluaskan ini akan memperkukuhkan lagi komitmen bersama kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di setiap peringkat, daripada pelincir berkualiti tinggi kepada kemudahan digital dan keperluan harian.”

Sementara itu, MoU kedua yang ditandatangani antara Perodua Sales dan Gentari melalui Gentari Green Mobility Sdn Bhd akan menyaksikan pemasangan kemudahan pengecasan di pusat-pusat servis Perodua sebagai persediaan kepada pengenalan kenderaan elektriknya (EV) seterusnya memudahkan para pelanggan mereka di dalam proses peralihan kepada EV.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli berkata, “Kami menyambut baik visi Perodua untuk memperkenalkan EV mampu milik menjelang 2025. Gentari begitu teruja untuk bekerjasama dengan Perodua dalam usaha kami untuk memacu penggunaan mobiliti hijau di Malaysia. Dengan meningkatkan aksesibiliti dan kemudahan pengecasan, Gentari mensasarkan untuk meningkatkan pengalaman pemandu EV Perodua masa hadapan,

seterusnya meningkatkan kepuasan pelanggan dan membina kesetiaan mereka. Inisiatif utama dalam kerjasama ini termasuklah pemasangan kemudahan pengecasan EV di pusat servis Perodua, terutamanya di stesen-stesen PETRONAS, menawarkan langganan pengecasan EV, penyelesaian pengecasan di rumah serta integrasi lancar dengan platform Gentari Go.”

PETRONAS mempunyai lebih daripada 1,000 stesen di seluruh negara, manakala Perodua mempunyai 194 pusat jualan dan 209 pusat servis di seluruh Malaysia. Dengan lebih daripada 175 titik pengecasan DC, Gentari kini mengendalikan rangkaian pengecasan arus terus (DC) berlesen terbesar di Malaysia.

Perodua Sales Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Perodua yang mana berperanan di dalam menawarkan perkhidmatan yang merangkumi jualan, selepas jualan (servis, alat ganti, aksesori, Badan dan Cat), serta aktiviti pemasaran produk.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me