BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
Kuala Lumpur, 26 Jan: Perodua expects to improve its market share to 40.6% this year by registering 247,800 vehicles against an estimated 610,000 total industry volume (TIV) as compared to a 37.4% market share in 2021.
Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad said the 610,000 TIV forecast is Perodua’s internal projection as it believes that the market could surpass the 600,000 TIV target set by the Malaysia Automotive Association.
He said Perodua sees the assurances by the government that the measures of containing the Covid-19 pandemic is showing success that another lockdown would not happen.
“For this year, we expect to produce 265,900 vehicles which is 37.5% higher compared to 193,400 vehicles produced in 2021.”
“The increase in production would result in the increase in locally-sourced automotive parts by 41.5% to RM7.5 billion as compared with the RM5.3 billion purchased in 2021.
“This recovery would help the industry heal faster as the demand for vehicles is still strong,” he said.
“For 2021, demand remained strong for all our models with Myvi leading the pack having registered 47,525 units followed by Axia 43,080 units, Bezza 42,698 units, Ativa 26,847 units, Aruz 15,313 units and the Alza with 14,828 units.
“Since it was launched on 18 November 2021, Perodua delivered 7,055 New Myvi units with booking reaching 31,154 orders since 9 November 2021,” he said.
Dato’ Zainal explained that the sales tax exemption initiative introduced by the government is still an excellent incentive for the consumer to purchase new cars.
“Our order book for new vehicles is still quite healthy with the guarantee that the production will go uninterrupted will mean that we could fulfil the outstanding orders in a timely manner,” he said.
Commenting on the performance of 2021, Dato’ Zainal said the year was challenging as the country and its main industries had to cope with various crises throughout the year.
Perodua sold 190,291 vehicles in 2021, which was 13.6% less compared with 220,163 vehicles registered in 2020.
“With that being said, we have learnt a lot from this situation and have incorporated effective counter measures to ensure that we will be able to face them better if they re-occur,” he said.
Referring to the recent flood in December and early January this year, Perodua has received almost 2,103 flood cases throughout the country and of that number, 366 vehicles has been repaired and returned to the respective owners.
The influx of Perodua vehicles to its service centres was in response to the Perodua Flood Assist Programme offered by the company which consist of a 50% discount for standard parts, free labour for all parts replacement and repairs as well as free 24-hour towing service via Perodua’s 1800-88-5555 hotline number.
In addition, the Ministry of Finance on 7 January 2022 announced a RM1,000 voucher initiative to assist Malaysians whose vehicles were damaged by the flood.
The automotive discount voucher, which has an expiry date of 31 March 2022, can be used to claim against the repair of a water-damaged private vehicle or towards the replacement of a vehicle deemed to be a total loss.
Perodua lihat bahagian pasarannya pulih kepada 40% pada 2022
Kuala Lumpur, 26 Jan: Perodua menjangka dapat meningkatkan bahagian pasarannya kepada 40.6% tahun ini dengan mendaftarkan 247,800 kenderaan daripada sasaran jualan industri (TIV) 610,000 berbanding 37.4% bahagian pasaran pada 2021.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata ramalan 610,000 TIV adalah unjuran dalaman Perodua kerana syarikat tersebut percaya pasaran mampu melepasi sasaran 600,000 TIV yang ditetapkan oleh Persatuan Automotif Malaysia.
Beliau berkata Perodua melihat jaminan daripada kerajaan bahawa langkah-langkah dalam membendung wabak Covid-19 menunjukkan kejayaan dan penutupan tidak akan berlaku lagi.
Tahun ini, kami menjangkakan untuk mengeluarkan sebanyak 265,900 kenderaan iaitu 37.5 % lebih tinggi berbanding 193,400 kenderaan yang dihasilkan pada 2021.
“Peningkatan dalam pengeluaran akan membawa peningkatan pembelian alat ganti automotif sumber tempatan sebanyak 41.5% iaitu kepada RM7.5 bilion berbanding RM5.3 bilion yang dibeli pada 2021.
"Pemulihan ini akan membantu industri untuk pulih dengan lebih cepat kerana permintaan terhadap kenderaan masih kukuh," kata beliau.
“Untuk tahun ini, permintaan adalah kukuh bagi semua model kami dengan Myvi mendahului dengan mencatatkan sebanyak 47,525 unit diikuti Axia 43,080 unit, Bezza 42,698 unit, Ativa 26,847 unit, Aruz 15,313 unit dan Alza 14,828 unit.
“Sejak ia dilancarkan pada 18 November 2021, Perodua telah menghantar 7,055 Myvi Baharu dengan tempahan mencecah 31,154 unit sejak 9 November 2021,” katanya.
Dato’ Zainal menjelaskan bahawa inisiatif pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh kerajaan masih menjadi insentif yang terbaik buat pengguna untuk membeli kereta baharu mereka.
“Jumlah tempahan kami untuk kenderaan baharu masih sihat dengan jaminan pengeluaran akan berjalan tanpa gangguan dan ini bermakna kami dapat memenuhi tempahan yang tertunggak tepat pada masanya,” katanya.
Mengulas mengenai prestasi 2021, Dato’ Zainal berkata tahun ini amat mencabar kerana negara dan industri utamanya terpaksa berhadapan dengan pelbagai krisis di sepanjang tahun.
Bagi 2021, Perodua menjual 190,291 kenderaan, iaitu 13.6% kurang berbanding 220,163 kenderaan yang didaftarkan pada 2020.
"Oleh yang demikian, kami telah banyak belajar daripada situasi ini dan telah mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memastikan kami dapat menghadapinya dengan lebih baik sekiranya krisis seumpama ini berulang lagi," katanya.
Merujuk kepada banjir yang berlaku pada Disember dan awal Januari tahun ini, Perodua telah menerima hampir 2,103 kes banjir di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 366 kenderaan telah dibaiki dan dikembalikan kepada pemilik masing-masing.
Kemasukan kenderaan Perodua ke pusat servisnya adalah sebagai tindakan kepada Program Bantuan Banjir Perodua yang ditawarkan syarikat itu yang terdiri daripada diskaun 50% untuk alat ganti standard, kos buruh percuma untuk semua penggantian dan pembaikan serta perkhidmatan tunda percuma 24 jam melalui nombor hotline Perodua 1800-88-5555.
Selain itu, Kementerian Kewangan pada 7 Januari 2022 telah mengumumkan inisiatif baucar RM1,000 untuk membantu rakyat Malaysia yang kenderaan mereka rosak akibat banjir.
Baucar diskaun automotif, yang bertarikh luput pada 31 Mac 2022, boleh digunakan untuk membuat tuntutan terhadap pembaikan kenderaan persendirian yang rosak akibat banjir atau untuk menggantikan kenderaan yang mengalami kerosakan total.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.