Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

Perodua sells 23,119 cars in November, registers 5,027 units on the last day

Rawang, 2 Dec: Perodua continues to advance strongly towards its year-end target as the carmaker posted sales of 23,119 cars in November 2020, including an impressive 5,027 units on the 30th – the most it has ever registered in a single day.

“Our November sales represents a slight normalising from the previous two record months we had – 25,035 units in September and 26,852 units in October,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad said.

“Yet the accomplishment is impressive given the challenging economic climate and new normal operating procedures brought about by COVID-19. And our 5,027-unit one-day record shows what resilience, persistence and adaptability can bring,” he added.

With 6,295 Myvis, 6,318 Axias, 6,224 Bezzas, 2,617 Aruz and 1,665 Alzas finding homes in November, Perodua has sold over 195,000 cars so far this year. Based on its sales momentum, the carmaker is on track to meet its 210,000-unit year-end registration target.

“Perodua’s two main priorities at present are to ensure as many of our valued customers as possible can get their cars before year-end to enjoy the sales tax-exempt prices; and to further bolster the Malaysian automotive ecosystem with our economies of scale in these hard times.

“Over 90% of our components are locally-sourced, and coupled with our sales volume, this generates significant business for Malaysian component suppliers and helps them sustain jobs,” said Dato’ Zainal.

“The completed cars are then distributed through Malaysia’s largest car sales network, the majority of which constitute independent dealers that benefit greatly from the business, and even more if they do servicing and repairs as well,” he added.

“Perodua is proud of its national duty and will continue to serve all Malaysians’ mobility needs with quality vehicles that are safe, practical, efficient and offer the best value, while pushing the boundaries of technology for the masses in the future,” said Dato’ Zainal.

 

Perodua jual 23,119 kenderaan pada November, daftar 5,027 unit pada hari terakhir

Rawang, 2 Dis: Perodua terus maju ke arah sasaran akhir tahunnya dengan jualan 23,119 kenderaan pada November 2020, termasuk 5,027 unit pada hari ke-30 – angka pendaftaran tertinggi yang pernah dicapai Perodua dalam sehari.

“Jualan November kami memaparkan sedikit penormalan daripada pencapaian dua bulan rekod kami sebelum ini – 25,035 unit pada September dan 26,852 pada Oktober,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Namun, pencapaian ini mengagumkan di sebalik keadaan ekonomi yang mencabar ini dan prosedur operasi normal baharu akibat COVID-19. Rekod seharian 5,027 unit kami telah membuktikan bahawa ketahanan, ketekunan dan kebolehan menyesuaikan diri mampu membuahkan hasil,” tambah beliau.

Dengan jualan 6,295 Myvi, 6,318 Axia, 6,224 Bezza, 2,617 Aruz dan 1,665 Alza pada November, jualan Perodua setakat tahun ini telah mencecah 195,000 kenderaan. Berdasarkan momentum jualannya, Perodua berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran akhir tahunnya, iaitu pendaftaran sebanyak 210,000 unit.

“Dua keutamaan Perodua pada masa ini adalah untuk memastikan seramai mungkin pelanggan kami dapat menerima kenderaan mereka sebelum akhir tahun untuk menikmati harga tanpa cukai jualan; serta untuk terus menyokong ekosistem automotif Malaysia dengan skala ekonomi kami pada masa yang sukar ini.

“Lebih 90% daripada komponen kami diperoleh secara tempatan, dan ditambah dengan jumlah jualan kami, ini menjana perniagaan yang signifikan bagi para pembekal tempatan dan membantu mereka mengekalkan pekerjaan,” ujar Dato’ Zainal.

“Kenderaan kami kemudian diedarkan melalui rangkaian jualan kenderaan terbesar di Malaysia, yang kebanyakannya terdiri daripada peniaga bebas yang mendapat manfaat daripada jualan kenderaan kami, dan lebih lagi jika mereka juga menawarkan servis dan pembaikan,” tambah beliau.

“Perodua amat bangga memikul tanggungjawab ini terhadap negara dan akan terus memenuhi keperluan mobiliti seluruh rakyat Malaysia dengan kenderaan berkualiti yang selamat, praktikal, cekap bahan api dan menawarkan nilai terbaik, sambil membawa teknologi maju kepada orang ramai pada masa hadapan,” kata Dato’ Zainal.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me