BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Rawang, 9 Jun: Perodua, which sold 96,281 vehicles in the first five months of 2021, maintains its 240,000-unit sales target for the year despite the ongoing pandemic and the semiconductor shortage.
“While Perodua’s year-to-date May sales of 96,281 units is 82% more than the 52,920 units sold in the same period last year, this achievement is distorted as the first Movement Control Order was in place from March to May last year,” said Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
He explained that a fairer comparison would be against 2019, when Perodua sold 105,745 units in the first five months – 8.9% more than it did in the same period this year.
“The impact of the pandemic and the semiconductor shortage can be seen in the 12% sales reduction from April’s 20,399 units to May’s 17,973 units.
“Despite these challenges and barring further uncertainties moving forward, we believe we will be able to meet our 240,000-unit sales target for 2021 as demand remains strong for all of our models,” said Dato’ Zainal.
“We thank the government for extending the sales tax exemption to end-2021, which will bolster our strong demand, encourage economic activity and help sustain the Malaysian automotive ecosystem.
“We understand that the measures taken by the government to contain the pandemic are necessary to ensure the people’s health and safety, and we, along with our suppliers and dealers, will cooperate fully with the government to flatten the curve,” he added.
On service centre operation during the lockdown period, Dato’ Zainal advises Perodua’s valued customers to contact their nearest service outlet for the latest information.
“On new vehicle deliveries, we wish to thank our valued customers for their understanding and patience in waiting for their Perodua vehicles,” he added.
Perodua manufactured 18,283 units in May, boosting its year-to-date production tally to 98,944 units.
Perodua menuju pemulihan ke arah jualan 240,000 unit bagi 2021
Rawang, 9hb Jun: Perodua, yang menjual 96,281 kenderaan dalam lima bulan pertama 2021, mengekalkan sasaran jualannya sebanyak 240,000 unit bagi tahun ini walaupun berhadapan dengan situasi pandemik serta isu kekurangan semikonduktor.
“Jualan Perodua setakat Mei tahun ini adalah sebanyak 96,281 unit, mewakili peningkatan 82% berbanding 52,920 kenderaan yang dijual dalam tempoh yang sama pada 2020. Namun, pada tahun tersebut, Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa antara Mac dan Mei,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Beliau menjelaskan bahawa pencapaian 2021 lebih sesuai dibandingkan dengan prestasi 2019, di mana Perodua menjual 105,745 unit dalam lima bulan pertama tahun tersebut, iaitu 8.9% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun ini.
“Kesan pandemik dan isu kekurangan semikonduktor dapat dilihat pada penurunan jualan sebanyak 12% daripada 20,399 unit pada April kepada 17,973 unit pada Mei.
“Walaupun berhadapan dengan cabaran-cabaran tersebut, sekiranya tidak berlaku ketidakpastian tambahan, kami percaya bahawa kami mampu mencapai sasaran 240,000 unit kami bagi tahun ini di sebalik permintaan yang kekal kukuh bagi semua model kami,” ujar Dato’ Zainal.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan sehingga akhir tahun ini, sekaligus membantu kami menampung permintaan, menggalakkan aktiviti ekonomi serta membantu mengekalkan ekosistem automotif Malaysia.
“Kami memahami bahawa langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi melawan pandemik ini adalah perlu demi kesihatan dan keselamatan rakyat, dan kami, bersama-sama dengan para pembekal dan pengedar kami, akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak kerajaan bagi meratakan lengkung COVID-19,” tambah beliau.
Mengenai operasi pusat servis Perodua dalam tempoh sekatan ini, Dato’ Zainal berkata bahawa para pelanggan boleh menghubungi pusat servis yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat terkini.
“Bagi penghantaran kenderaan baharu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami yang dihargai atas kefahaman dan kesabaran mereka dalam menunggu kenderaan Perodua mereka,” tambah beliau.
Perodua telah menghasilkan 18,283 kenderaan pada Mei, meningkatkan jumlah pengeluarannya setakat tahun ini kepada 98,944 unit.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.