BOOK YOUR PERODUA TODAY
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.
//php if (!empty($is_homepage) || !empty($is_promotions)) { ?>
//php if (empty($is_homepage)) { ?> //php } ?> //php include "templates/new_axia_countdown.php" ?>Rawang, 8 July: Not willing to let its Road Safety Programme decelerate with the end of the Raya season, Perodua is collaborating with the Social Security Organisation (PERKESO) to push the road safety envelope for its circa-8,500 staff who commute to and from its headquarters in Sungai Choh.
Perodua this afternoon hosted the launch of PERKESO’s National ‘Safe Driving to Workplace’ Campaign 2019, which was attended by Human Resources Minister YB M Kula Segaran, Chief Secretary to the Human Resources Ministry YBhg Dato’ Amir Omar, PERKESO Chief Executive YBhg Dato’ Sri Dr Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed and Perodua President and Chief Executive Officer YBhg Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Perodua has executed many initiatives under our long-term Road Safety Programme. After carrying out many staff-wide awareness activities to great effect, we are now ready to progress to the Kiken Yochi stage, where we teach our staff to anticipate potential hazards,” Dato’ Zainal said.
This morning, before the launch, PERKESO trainers delivered a talk entitled ‘Vision Zero’ to about 150 Perodua staff, including 40 of its trainers, covering topics such as Kiken Yochi, careful driving and the importance of checking the condition of one’s vehicle regularly.
Bukit Aman Traffic Investigation and Enforcement Department Chief Assistant Director Supt Dr Bakri Zainal Abidin also gave a talk on road rules and safety awareness.
“We express our utmost gratitude to PERKESO for imparting useful road safety pointers and knowledge, parts of which will be incorporated into Perodua’s own road safety training syllabus. We aim to cascade this syllabus through all our HQ staff in the span of two years,” said Dato’ Zainal.
“Being Malaysia’s biggest carmaker by volume and one of Selangor’s biggest employers, Perodua feels it is its duty to contribute significantly to efforts to reduce work commute accidents. We are totally committed to safety and hope our efforts can serve as an example to the rest of the nation.
“As a People First company, Perodua cares very much for the safety and well-being of its employees, customers and the general public, because we believe safety is everyone’s right,” he added.
Perodua giatkan lagi keselamatan perjalanan ke tempat kerja dengan bantuan PERKESO
Rawang, 8hb Julai: Tidak bersedia untuk menghentikan Program Keselamatan Jalan Raya di musim perayaan lalu, Perodua menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk menggiatkan lagi keselamatan untuk 8,500 kakitangannya yang berulang-alik ke dan dari Ibu Pejabatnya di Sungai Choh.
Petang ini, Perodua telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Pelancaran Kempen ‘Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja’ Peringkat Kebangsaan PERKESO 2019 yang telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia YB M Kula Segaran dan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia YBhg Dato’ Amir Omar, Ketua Eksekutif PERKESO YBhg Dato’ Sri Dr Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua YBhg Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Perodua telah melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Program Keselamatan Jalan Raya jangka-panjang kami. Setelah mengadakan banyak aktiviti kesedaran untuk kakitangan kami, kami percaya bahawa kami kini bersedia untuk ke peringkat seterusnya iaitu Kiken Yochi, di mana kakitangan kami akan dididik mengenai cara-cara meramal bahaya,” kata Dato’ Zainal.
Pada pagi tadi sebelum majlis pelancaran, jurulatih PERKESO telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Vision Zero’kepada kira-kira 150 kakitangan Perodua, termasuk 40 jurulatih dalamannya, meliputi topik seperti Kiken Yochi, memandu dengan berhati-hati dan kepentingan memeriksa kenderaan dari semasa ke semasa.
Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Lalu Lintas Bukit Aman Supt Dr Bakri Zainal Abidin turut memberi ceramah mengenai peraturan jalan raya dan kesedaran mengenai keselamatan.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada PERKESO kerana telah berkongsi banyak pedoman dan pengetahuan yang berguna mengenai keselamatan jalan raya, yang akan kami terapkan ke dalam silibus Keselamatan Jalan Raya Perodua. Kami berhasrat untuk menyebarkan maklumat dalam silibus ini kepada semua kakitangan Ibu Pejabat kami dalam tempoh dua tahun,” kata Dato’ Zainal.
“Sebagai pengeluar kenderaan yang terbesar di Malaysia dan antara majikan terbesar di Selangor, Perodua percaya bahawa ia menjadi tanggungjawab kami untuk menyumbang kepada usaha untuk mengurangkan kemalangan perjalanan ke tempat kerja. Kami benar-benar komited terhadap keselamatan dan berharap usaha kami boleh menjadi contoh kepada negara.
“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan, Perodua sangat prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan para pekerjanya, pelanggan dan masyarakat, kerana kami percaya keselamatan itu hak semua,” katanya.
If you have any questions, please reach out to our sales advisors.