Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

PERODUA TO GO AGGRESSIVE ON CHILD CAR SEAT CAMPAIGN AHEAD OF GOVERNMENT MANDATE IN 2020

Kuala Lumpur, 13 May: Perodua is taking its child car seat safety campaign initiative to the next level ahead of the mandatory usage of child seats in vehicles beginning 2020.

“The general lack of compliance by Malaysian motorists with regard to child car seat usage is frightening to say the least, as children are the most vulnerable occupants in a moving vehicle,” said Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Vice-President Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, who is also Chairman of the Perodua Safety Committee.

In October 2017, Perodua launched a slew of long-term safety campaigns aimed at all road users, particularly its customers, on the importance of using turn signals, wearing seat belts, not using mobile devices while driving and restraining children in child seats. 

It also launched its GearUp ISOFIX Child Car Seats in two models – the Infant Seat and the Toddler Seat. The Infant Seat is designed for infants weighing up to 13 kg and is available in red or grey colours. Meanwhile, the Toddler seat is for children weighing 9-36 kg and is offered in red or black.

Perodua will run targeted educational, awareness and promotional campaigns throughout Ramadan on the importance of using child car seats, especially on the balik kampung jaunt in the run-up to Raya, Datuk Suhaimi said.

In conjunction with this, from 13 May to 30 June, Perodua will be offering its GearUp ISOFIX Child Car Seats at promotional prices of RM660 for the Infant Seat and RM780 for the Toddler Seat, reduced from the respective RM785 and RM975 currently.

“As a Malaysian carmaker, we feel it is our responsibility to educate our customers and the public on road safety. We understand that education is a long-term process, and we are committed to it,” added Datuk Suhaimi.

“Our friendly authorised sales and service advisors at your nearest Perodua outlet will only be too happy to explain the benefits of using the GearUp ISOFIX Child Car Seats and how to correctly install them.

“In addition to learning more about our child seats and their benefits, we also welcome the public to learn more about our current after-sales campaign, which offers 50% off labour charges when you spend RM170 and up, before tax and discount, in one receipt.

“This offer is available at all authorised Perodua service centres nationwide on 14, 16, 21 and 23 May (1pm-5pm), 27-31 May (8am-5pm) and 3 June (8am-5pm).

“This safety campaign is very important to us as we believe that safety is a must for everyone. Perodua will continue to work hard to elevate our safety standards for the benefit of our customers and the Malaysian public.

“Perodua takes this opportunity to wish all Muslims Selamat Berpuasa and to all Malaysians,
please drive safely and carefully at all times,” said Datuk Suhaimi.

 

Perodua giat agresif dalam kempen kerusi keselamatan kanak-kanak menjelang mandat kerajaan pada 2020

Kuala Lumpur, 13hb Mei: Perodua akan bergiat agresif dalam kempen penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan sebelum penguatkuasaan bermula pada tahun 2020.

“Kesedaran dan pematuhan yang masih kurang terhadap penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di kalangan para pengguna jalan raya Malaysia amat membimbangkan, kerana kanak-kanaklah yang paling terdedah kepada bahaya ketika berada di dalam kenderaan yang bergerak,” kata Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Datuk Ahmad Suhaimi Hashim yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Perodua.

Perodua pada Oktober 2017 telahmelancarkan kempen keselamatan jangka panjang dengan semua pengguna jalan raya, terutamanya para pelanggannya, sebagai sasaran, mengenai kepentingan menggunakan tanda isyarat, memakai tali pinggang keledar, tidak menggunakan peranti mudah alih semasa memandu dan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Turut dilancarkan pada masa itu adalah Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp dalam dua model – Kerusi Infant dan Kerusi Toddler. Kerusi Infant sesuai untuk bayi yang beratnya sehingga 13 kg dan boleh didapati dalam warna merah atau kelabu, manakala Kerusi Toddler adalah untuk kanak-kanak yang beratnya antara 9-36 kg dan ditawarkan dalam warna merah atau hitam.

Sepanjang Ramadan, Perodua akan menjalankan kempen untuk mendidik, memberi kesedaran serta mempromosikan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan, terutamanya semasa perjalanan balik kampung untuk berhari raya, kata Datuk Suhaimi.

Bersempena dengan ini, bermula 13hb Mei hingga 30hb Jun, Perodua akan menawarkan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp dengan harga promosi RM660 untuk Kerusi Infant dan RM780 untuk Kerusi Toddler, dikurangkan daripada RM785 dan RM975 masing-masing.

“Sebagai pengeluar kenderaan Malaysia, ia menjadi tanggungjawab kami untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para pelanggan kami serta masyarakat ramai mengenai keselamatan jalan raya. Kami sedar bahawa pendidikan adalah satu proses jangka panjang, namun kami akan terus komited terhadap usaha tersebut,” tambah Datuk Suhaimi.

“Penasihat jualan dan servis kami yang sah di cawangan Perodua berdekatan anda amat berbesar hati untuk menjelaskan penggunaan dan manfaat Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp serta kaedah pemasangan yang betul.

“Di samping itu, kami juga mengalu-alukan orang ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen selepas jualan terkini kami, yang menawarkan diskaun caj buruh sebanyak 50% apabila anda membelanjakan RM170 dan ke atas, sebelum cukai dan diskaun, di dalam satu resit.

“Tawaran ini boleh didapati di semua pusat servis sah Perodua di seluruh negara pada 14hb, 16hb, 21hb dan 23hb Mei (1 petang - 5 petang), 27hb-31hb Mei (8 pagi - 5 petang) dan 3hb Jun (8 pagi - 5 petang).

“Kempen keselamatan ini amat penting bagi kami kerana kami percaya keselamatan itu hak semua. Perodua akan terus berusaha untuk meningkatkan piawaian keselamatan kami demi kepentingan para pelanggan kami dan masyarakat Malaysia.

“Perodua mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada yang beragama Islam, dan kepada semua rakyat Malaysia, pandulah dengan cermat, selamat dan berhemah selalu,” pesan Datuk Suhaimi.

 


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me