Perodua car cropped to rear half, lamp pattern, tailgate and bumper in focus.

PERODUA USHERS IN THE CHINESE NEW YEAR WITH SELAYANG HOSPITAL’S CHILD PATIENTS

Selayang, 4 Feb: Nobody likes to be away from their family and friends during Chinese New Year – more so when you’re a kid. It was with this thought that Perodua revisited Selayang Hospital, bringing the spirit of Chinese New Year to its paediatric ward. 

On Saturday, the national carmaker’s 10 volunteers and UFirst mascot Ari distributed angpows and hampers containing string bags and stationery to some 80 child patients, who were then treated to a delicious lunch with smiles of delight on their faces.

“Delivering on Perodua’s long-term charity commitment with Selayang Hospital’s paediatric ward, we hope our humble contributions today managed to evoke the spirit of Chinese New Year in both the children and hardworking staff, who will not be celebrating at home this year. 

“Last Chinese New Year, we presented the paediatric ward with three ambu bags (handheld breathing apparatus) and distributed hampers to all the children. We keep in constant touch with Selayang Hospital to learn what they need and want – just like we do with our valued customers.

“We have loads of activities planned for the children over the next few years, including puppet and clown performances, colouring and sing-alongs. Our volunteers will also help to maintain and improve the children’s play area by buying more toys and books as well as decorating and cleaning it,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Zainal Abidin Ahmad said.

Perodua also gave the paediatric ward three pulse oximeters (oxygen measurement device) and six portable screens worth RM12,000 in all. Perodua Executive Chief Engineer Mr Albert Ngu presented the items on behalf of the carmaker to the hospital’s Paediatric Department Head Dr Selva Kumar.

“As a People First company, Perodua wishes all Malaysians a healthy, happy and hearty Chinese New Year. Gong Xi Fa Cai! Ensure your vehicles are in good shape and drive safely, courteously and responsibly home to your loved ones,” Dato’ Zainal added.

Tweckbot, Perodua’s free mobile vehicle inspection team, inspected 125 cars in the run-up to this Chinese New Year. It targets to inspect a total of 1,000 vehicles during festive seasons at selected locations this year.

Tweckbot has helped to ensure the roadworthiness of Perodua vehicles during festive seasons since 2011, giving free 50-point checks to nearly 7,000 vehicles to date.

 

Perodua menyambut Tahun Baharu Cina bersama pesakit kanak-kanak Hospital Selayang

Selayang, 4hb Feb: Tiada sesiapa yang suka berjauhan daripada keluarga dan kawan-kawan semasa Tahun Baharu Cina – lebih-lebih lagi ketika masih kecil. Dengan pemikiran ini, Perodua melawat semula Hospital Selayang untuk membawa kemeriahan Tahun Baharu Cina kepada wad pediatriknya.

Pada hari Sabtu yang lalu, 10 sukarelawan Perodua serta maskot UFirst Ari mengedarkan angpow dan hamper yang mengandungi beg tali dan alat tulis kepada kira-kira 80 orang pesakit kanak-kanak, yang kemudiannya menikmati hidangan makan tengah hari yang disediakan dengan gembira.

“Sumbangan kami ini adalah sebahagian daripada komitmen jangka masa panjang kami terhadap wad pediatrik Hospital Selayang. Kami berharap sumbangan ini berjaya membawa semangat dan suasana Tahun Baharu Cina kepada kanak-kanak serta para pekerja yang tidak dapat meraikannya di rumah kali ini.

“Pada Tahun Baharu Cina yang lalu, kami telah menyumbang tiga beg ambu (peralatan bantuan pernafasan) dan mengedarkan hamper kepada semua kanak-kanak di wad pediatrik.

“Kami sentiasa berhubung dengan pihak Hospital Selayang untuk mengetahui keperluan serta kehendak mereka – sama seperti yang kita lakukan dengan pelanggan kami yang dihargai,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Kami telah merancangkan banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak, termasuk persembahan boneka dan badut, mewarna dan menyanyi. Para sukarelawan kami juga akan membantu menceriakan ruang bermain kanak-kanak dengan membeli mainan dan buku baharu serta menghias dan membersihkan tempat tersebut,” tambahnya.

Perodua juga menyumbang tiga unit pulse oximeter (peralatan yang menyukat jumlah oksigen di dalam badan) dan enam buah skrin mudah alih, bernilai RM12,000 keseluruhannya, kepada wad pediatrik. Ketua Jurutera Eksekutif Perodua En Albert Ngu menyampaikan peralatan itu bagi pihak Perodua kepada Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Selayang Dr Selva Kumar.

“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan, Perodua ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat Malaysia. Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan pandulah dengan selamat, sopan dan bertanggungjawab semasa musim perayaan ini,” kata Dato’ Zainal.

Tweckbot, perkhidmatan pemeriksaan kenderaan mudah alih percuma Perodua, telah memeriksa 125 buah kenderaan menjelang Tahun Baharu Cina ini, dan mensasarkan sebanyak 1,000 pemeriksaan semasa musim perayaan di lokasi-lokasi tertentu tahun ini.

Tweckbot telah membantu memastikan kenderaan Perodua berada dalam keadaan selamat semasa musim perayaan sejak 2011 dengan menawarkan pemeriksaan 50-titik percuma kepada hampir 7,000 kenderaan sehingga kini.


BOOK YOUR PERODUA TODAY

If you have any questions, please reach out to our sales advisors.

Chat with me chat with me